Thursday, 22 November 2012

6 : Heart Track by Kyra


"Weh, asal kau tak cakap awal-awal kat aku yang hari ni ada kelas tambahan Bio? Aku baru je lepas tolong mak aku memasak kat dapur tadi. Kelam kabut aku dibuatnya, tau? Tak sempat aku nak jamah makanan tu semua. Aku tahlah tengah lapar ni. Kang aku makan kau kang sia-sia je aku hidup kat dunia ni. Kau ni kan, Ikha! Eee, geramnya!" Marah Quraisya kepada Zulaikha. 

Mana tidaknya, terkejut betul dia tadi masa dapat mesej daripada Zulaikha yang mengatakan bahawa hari ini ada kelas tambahan Biologi jam 2 petang. Zulaikha hanya diam mendengar bebelan mak nenek yang keluar dari mulut Quraisya. Ingatkan masa Cikgu Zihni memberitahu mereka di dalam kelas Khamis lalu, Quraisya mendengarnya. 

"Haa, ni mesti kau tak dengarkan masa cikgu cakap kat kelas hari tu? Ni mesti kes kau buat taik mata la ni. Aku dah agak dah. Bila je lepas cikgu kata Sabtu ni ada kelas tambahan, budak-budak lain semua muka macam tak rela je. Tengoklah, hari ni 15 orang je yang datang. Yang separuh lagi tu pun sama macam kau agaknya tak dengar masa cikgu cakap hari tu." Terang Zulaikha panjang lebar. 

"Dah kalau kau tahu aku tak dengar, baik kau tak payah bagitahu aku. Kau ingat aku suka ke cikgu tu mengajar? Tahlah tak ada pengalaman. Buat aku mengantuk je la waktu Bio ni. Lagi bagus aku tonton drama Hindustan tengok Shahrukh Khan dari tengok Cikgu Zihni tu." Keluh Quraisya.

Terus Zulaikha cubit lengan Quraisya. "Aduh, apa ni, Ikha? Sakitlah!" Zulaikha sudah ketawa terbahak-bahak. 

"Tu la. Padan muka kau! Kau tak nampak ke betapa bagusnya Cikgu Zihni tu mengajar kita? Lagi bagus dari Cikgu Zainab yang baru lepas bersalin sekarang. Dia siap bagi nota mind map, bagi latihan lengkap dengan jawapan. Dalam kelas aku tengok dia bersungguh-sungguh ajar kita semua tau. Tak ke bagus namanya tu? Kecil hati dia kalau dia dengar apa yang kau cakap tadi tu." Kata Zulaikha. 

"Ala, rileks lah. Aku main-main je la. Saja nak tengok reaksi kau macam mana." Kata Quraisya. 

"Ek eleh minah ni. Lagipun, dia kan cikgu baru. Jadi dia belum ada pengalaman. Biasalah tu kalau ajar tak berapa nak bagus. Ni baru permulaan bagi dia. Nanti bila dah ada pengalaman yang banyak nanti, jadilah dia macam Cikgu Jazli tu. Kau tengok Cikgu Jazli tu. Dah tua-tua baru ada orang yang nak hargai dia. Dia ajar Matematik Tambahan hampir 30 tahun. Budak paling lembab pun boleh dapat A- dalam SPM. Tu namanya pengalaman. Dia dah tahu cara-cara nak handle pelajar-pelajar dia biar pandai. Seperti pepatah yang berbunyi, pengalaman boleh mendewasakan manusia." Ucap Zulaikha dengan panjang lebarnya.

"Betul jugak apa yang kau cakap tu, Ikha. Aku setuju sangat-sangat. Menyesal pulak aku cakap macam tu tadi. Sorrylah Ikha. Terima kasih sebab sedarkan aku. Lagipun, tak berkat ilmu yang kita dapat kalau kita mengumpat cikgu yang mengajar kita, kan? Kita kenalah terima dia seadanya." Senyum Quraisya.

Zulaikha turut tersenyum mendengarkan kata-kata dari mulut Quraisya. 

"Tapikan Ikha, ada satu hal je yang aku rasa betul-betul pelik sekarang dan aku nak tanya kau sikit, boleh?" Sengih Quraisya.

"Apa bendalah lagi kau ni? Tak habis-habis rasa pelik. Ha, apa dia?" Tanya Zulaikha.

"Aku peliklah kenapa kau bermati-matian bela cikgu tu dari tadi. Sebelum ni pun sama. Kalau aku cakap buruk sikit pasal cikgu tu, bukan main lagi kau beri ceramah kat aku. Entah-entah kau syok kat cikgu tu tak?" Giat Quraisya.

Wajah Zulaikha sudah merona merah. Malu agaknya. 

"Err.. Mana ada. Aku cakap apa yang betul. Dahlah kau ni. Mengarut je lebih. Manalah pulak ayah aku ni? Tak sampai-sampai pun lagi. Dah 15 minit menunggu kat pondok ni."

Quraisya ketawa dalam hati. 

"Ikha. Ikha. Sekilas ikan di air, aku boleh tahu jantan betinanya. Sekilas aku tengok muka kau, aku boleh tahu apa maknanya. Kita ni dah lama berkawan. Dari kecil lagi. Aku boleh tahulah reaksi muka kau tu memberi makna apa. Tak payahlah kau nak selindung-selindung lagi, Ikha ooi.."

Kini, perubahan wajah Zulaikha sudah sampai ke kemuncaknya. Malu bercampur marah. 

"Eei.. kau ni. Dari tadi tak habis-habis nak kenakan aku. Memang nak kena dengan aku agaknya. Nah, rasakan cubitan ketam gergasi dari aku. Amik kau!"

Quraisya sudah terjerit-jerit apabila jari-jemari Zulaikha hinggap di lengannya. Zulaikha pula sudah ketawa hingga mengeluarkan air mata melihat wajah Quraisya yang berkerut seribu tanda sakit itu. 

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang telah mendengar semua kata-kata mereka berdua di sebalik pepohon rendang belakang kerusi tempat mereka duduki. 






**************************

Alhamdulillah. Enough from me. Sorry for taking a long time. I got many things to do. Hope you guys enjoys. I'm not perfect and still learning. Sorry if I'm disappointing both of you. Next, the third cycle. Begin with Eyza like usual. :)

4 comments:

  1. whoaa... Gempak! haha.... Ni mesti Zulaikha tu suka kat cikgu tuu... Cikgu Jazli tu mst kepala dia besar sbb pakar Addmaths.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..biasalah..tgklah cikgu addmaths kte sape..Cikgu Sahful..

      Delete
  2. Eh, Zulaikha suka cikgu Zihni... bukan cikgu Jazli.. haha..

    ReplyDelete
  3. haha..Zulaikha suka C.Zihni..bkn Jazli..:)

    ReplyDelete