Thursday, 29 November 2012

10 : Heart Track by Eyza


Sebaik sahaja loceng tamat waktu mata pelajaran Sejarah berbunyi, Zulaikha menutup buku teks dan buku nota. Planner ditarik dari bawah meja. Tangan cekap mencapai buku-buku Biology dari dalam beg tanpa memandang. Tanpa menunggu Quraisya yang masih mencari buku-bukunya, Zulaikha pantas mengatur langkah ke meja Opie.

"Opie, boleh tak bagi aku pinjam nota Sejarah kau. Sebab aku masih confuse yang ordinan-ordinan tu semua." Opie memang terkenal dengan kepandaiannya dalam subjek Sejarah. Nota-notanya selalunya ringkas dan mudah faham. Kadang-kadang classmates menggelar dia sebagai ‘museum’ kerana kebolehan otaknya menyimpan maklumat-maklumat sejarah.

Sekarang ni, Zulaikha sudah mula serius dalam pelajaran. Dah kesuntukan masa untuk lepak santai. Sekarang ini, mereka semua bagai menanti bom jangka untuk meletup. Dah tak ada masa nak matikan bom itu. Yang mereka perlu lakukan saat itu hanyalah lari demi menyelamatkan diri. Oleh sebab itu, Zulaikha sentiasa berusaha cuba mencari bantuan, maklumat tambahan supaya dia faham semuanya. Masa lapang yang tinggal cuma untuk cover balik pelajaran form four yang dia tak faham ataupun lupa. Empat bulan bukanlah waktu yang panjang.

"Tara hal. Tapi bagi balik esok, aku nak sambung nota bab sembilan." Opie menyerahkan buku notanya yang kulit depan dia macam dah nak lunyai. Kalau dah lelaki tu lelaki jugak la. Zulaikha menyimpan senyum dalam hati.

"Thanks. Tapi jap, kau kata nak buat nota bab sembilan?" Kening Zulaikha terangkat sebelah. "Bukan belum belajar lagi ke?"

Opie hanya menayang sengih lalu mencapai buku teks Biology. Lupa pulak Zulaikha yang dia sedang bercakap dengan Historical Brainiac. Itu la Opie atau nama sebenarnya, Saufi. Saat begini, ramai rakan-rakan kelasnya menjadi sumber inspirasi dan role model yang baik untuk Zulaikha contohi. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Zulaikha pusing semula ke majanya. "Sya, cepat sikit Sya. Karang lambat pulak." Zulaikha memanggil dari muka pintu.

"Coming!" Balas Quraisya gelabah sambil mencapai segala benda atas mejanya. Hmm, ni lagi sorang. Kalutnya tak pernah berubah.

Mereka berjalan pantas menuju ke makmal Biology. Takut lambat. Dah la semenjak dua menjak ni Cikgu Zihni macam angin sikit. Cakap tu kadang-kadang pakai bahasa sarkastik yang memang takde dalam silibus sekolah aje. Tapi mereka sekelas semua boleh agak kenapa Cikgu Zihni jadi macam tu.

"Kenapa ek Zinger Burger tu…" Mata Zulaikha mencerun macam Superman nak cairkan besi. "…I mean Cikgu Zihni, mood dia macam K.O sikit? Dengan kelas kita je pulak tu. Safiyah cerita kat aku Cikgu Zihni mengajar kelas dia orang best aje. Siap story-story lawak lagi." Quraisya menyatakan kehairanannya. Sebab kalau disebabkan kes putus tunang tu, takkan la cikgu tiba-tiba nak angin dengan kelas dia orang je?

"Hmm, kau tengok la result Mid-Term kita bulan lepas macam mana. Semua macam dah nak underground je. Okay, fine, aku exaggerate. Bukan la semua, tapi majoriti markah macam hidup segan mati tak mahu je. Maunya tak dia nak marah. Pulak tu, kelas Sains 2 lagi maju, markah up. Memang wajar la." Zulaikha mengeluh pada hujung ayat.

Oh, mungkin juga. Tapi aku bersyukur sangat Bio aku kira tahap okey lagi. Quraisya memanjatkan rasa syukur dalam hati walaupun dia tahu dia tak harus cepat berpuas hati dengan pencapaiannya.

"Assalamualaikum." Quraisya mengetuk pintu makmal sebelum mereka berdua melangkah masuk. Kepala ditekur rendah bimbang dimarahi. Minggu lepas Afiq dengan Wafa dah kena sound dah sebab lambat masuk lab.


"Kenapa? Sesat? Dah tak kenal mana satu lab Bio, mana satu Bilik Pengawas?"


Tapi sungguh, memang wajar dia orang lambat sebab mereka Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar. Kalau ada hal kat Bilik Disiplin atau Bilik Pengawas, mereka berdualah yang Cikgu Zaidi akan cari dulu. Kalau minggu lepas ada kes pelajar ponteng kelas.

Tapi Cikgu Zihni dah tak ada kompromi sekarang. Katanya, dah tahu SPM dah dekat, buat-buat la nak dekatkan diri dengan buku sikit instead of benda lain seperti tanggungjawab kita terhadap sekolah. Bukan tak boleh, tapi pandai-pandai la. Sedikit sebanyak ada benarnya kata-kata Cikgu Zihni itu.

"Oh, Zulaikha. Masuk la." Arah Cikgu Zihni tanpa nada.

Aik? Ingatkan nak kena fire dah tadi. Fuh, selamat, rezeki dia dengan Quraisya agaknya. Zulaikha dan Quraisya pantas mengatur langkah ke meja barisan ke dua sementara Cikgu Zihni sedang menulis sub topic di papan putih.

Saat melitasi meja hadapan, Zulaikha hampir tersandung dek entah apa yang menjadi penghalang. Zulaikha menoleh sekilas. Kaki Azad! Azad membuat isyarat I’m-Watching-You menggunakan jari telunjuk dan jari hantu. Eyes to eyes.

Baru Zulaikha ingin membuka mulut melepaskan kemarahan, Azad menyampuk perlahan. "You owe me." Tanpa perasaan. Kemudian dia menoleh ke depan semula.

Zulaikha merengus lalu menghempaskan punggung ke atas bangku makmal. Dasar kaki ungkit tak guna! Berkira! Tak ada nilai keikhlasan dalam diri langsung! Kerek! Sengal sendi dan otot! Zulaikha menyumpah seranah Azad dalam hati. Quraisya di sebelah meramas bahunya supaya cool down.

Menyedari dirinya telah sedikit ketinggalan maklumat kerana Cikgu Zihni telah memulakan pelajaran dan dia langsung tak dengar apa cikgu cakap dekat depan, Zulaikha pantas menyelak buku teks ke halaman yang tertulis di papan putih. Dia harus serius dan fokus. Ya, fokus! Fokus Zulaikha Zulkifli!

Mana? Mana? Mana? Ha, there you go. Jumpa!

"Ha, Zulaikha. Terangkan." Bergema suara Cikgu Zihni dari hadapan makmal.

Oleh kerana terkejut dengan arahan yang berbunyi seperti sergahan itu, Zulaikha terbangun dari duduknya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Rasa bagaikan dia berada di centre of the earth dan semua memandangnya. Sungguh, wajahnya rasa macam kena cucuk dengan lima belas bilah pisau Rambo, bukan pisau lipat dua puluh sen tu. Bulat mata Zulaikha kerana terlampau terkejut.

"Terangkan." Ulang Cikgu Zihni sekali lagi.

Zulaikha betul-betul tak berani nak tanya apa sebenarnya yang cikgu tanya tadi. Sebab seawal Cikgu Zihni berkhdmat sebagai guru ganti lagi dia dah beritahu, dia tak suka ulang arahan dia lebih dari sekali kerana dia mahu pelajarnya menumpukan perhatian. Peluh tak berjantina mula bermanik di dahi dan tapak tangan Zulaikha.

Saat itu, Zulaikha rasa dunianya gelap, bagaikan terjatuh ke dalam lubang gelap dan dalam tanpa sebarang sumber cahaya. Hati kecilnya menjerit ‘Mummy, daddy, mama, papa, Sya, Zulaikha sayang kalian semua!’


*******

Pinggan nasi lemak diletak di atas meja. Teh ais disambut dari tangan Quraisya. Pantas punggung dilabuhkan di atas kerusi. Perut dah berkeroncong, apatah lagi aroma sambal nasi lemak itu dah memenuhi rongga hidung. Sedapnya makan panas-panas.

Quraisya duduk lambat-lambat. Haila, Zulaikha ni. Bab makan dia memang laju. Moto hidupnya ‘Makan mesti menjadi-jadi’. Eheh! Memandai aje dia reka moto hidup orang. Dasar ajinomoto betul. Quraisya membuka balutan pretzel bread. Quraisya lebih gemar mengamalkan gaya pemakanan sihat. Diet gitu. Lagipun, balik nanti makan jugak. So, rehat ni makan benda ringan je la.

"Kau rasa kenapa dia buat macam tu?" Soalan Quraisya yang secara tiba-tiba itu menyekat tangan Zulaikha daripada menyudu nasi lemak ke mulut.

Zulaikha membenamkan sudu dalam timbunan nasi. "Kau rasa kau nak aku blah dari sini daripada makan dengan kau ke?" soal Zulaikha tanpa nada dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan.

"Laa, relaks la. I just wonder why." Quraisya mengunyah pretzel bread selamba.

Zulaikha menyudu nasi lemak masuk mulut. "Maybe dia nak tunjuk pandai? Who knows?" suara kembang dengan mulut separa penuh.

Quraisya mengangkat bahu lantas menyambung kunyahan. Yeah, who knows?


"Tapi aku rasa la..." sudu diangkat tinggi paras hidung. "...dia saja nak jatuhkan maruah aku." Dia tersengih sinis.

"But, dia..."

"One more word out, kau makan sorang-sorang dekat sini."



************

Au... (/.\) Cak! \(^.^)/ Sorry dear readers. Been through quite hard times. So, hasilnya pun kurang asam, garam, gula dan bawang. Sorry sebab takde idea, tapi gatal nak post cepat-cepat. It's because I'm running out of time. Banyak benda nak kejar sedangkan tanah pun dah tak cukup nak jejak. :P So, dengan rasminya dah masuk round 4. Lepas ni turn Ellyna. C'mon Elly jelly belly button! You can do better.  

No comments:

Post a Comment