“Raisy!
Tolong mama kat dapur ni.” Laung Puan Qistina dari dapur.
“Ye
ma..” Quraisya bergegas turun dari biliknya menuju ke dapur. Sungguh lantang
suara Puan Qistina tanpa perlu menggunakan mikrofon dan speaker.
“Wahhh
sedapnya bau.. Mama mesti masak asam pedas kan ma?” Quraisya tersengih nakal.
Perutnya mulai berkeroncong minta agar diisi segera. Tiba-tiba dia teringat
akan konsep diffusion dalam buku teks
chemistry. Dah belajar kena
praktikkan. Betul tak?
Puan
Qistina mengacau kuah asam pedas dengan menggunakan senduk. Dia mengambil sudu
lalu merasa kuah tersebut. Perfect taste!
Ni kena tunggu lagi sikit nak bagi ikan pari ni lembut. Puan Qistina terus
mengambil penutup periuk lalu menutup periuk tersebut. Quraisya mengambil gelas
lalu berjalan ke meja makan, air sirap bandung di dalam jag dituang ke dalam
gelas dan ditambah beberapa kiub ais. Nikmatnya!
“Raisy
tolong mama buatkan telur dadar. Ni tolong potong bawang besar, cili api, ni
masukkan daun sup ni nak bagi wangi. Okey, mama nak naik atas kejap, papa kamu
tu lambat benarnya nak bangun, dah nak masuk tengahari dah ni.” bebelnya.
“Orait
Puan Qis!” Quraisya terus mengambil papan pemotong di dinding dan pisau di
dalam laci. Bawang di atas meja segera dicapai dan dipotong hiris ala-ala
tukang masak tradisional.. haha.. Tradisional? Eh bukanlah, profesional! Ha tu baru betul. Baru aku perasan, kawan-kawan panggil aku
Quraisya, ada yang panggil ‘Sya’ je, kalau kat rumah pulak mama panggil
‘Raisy’, dah macam Hindustan la pulak, macam sape tu, Aishwarya Rai? Haa lebih
kurang la tu. Nasib baik panggil Raisy, kalau panggil ‘Qur’? ha yang tu buat
panggil ayam ‘Qur-qurrrrr’. Tu style
opah. Haha.
Quraisya
terus mengambil mangkuk di rak pinggan dan garfu. Telur dipecahkan. Eh, telur
kuning ni ada dua, mesti bakal anak ayam ni kembar. Alolo comelnyer. Tali pusat
telur ayam itu terus dibuang sebab mama cakap tak elok makan tali pusat. Tapi
kalau telur goreng tu takpela pulak kalau tak buang, terus goreng je. Apa-apa
ajela.
Quraisya
mendapat akal. Dia terus memandang ke kiri dan ke kanan. Chantek! Line clear.
Boleh buat rancangan masakan ala-ala Martha gitu.
“Hai,
bersama saya lagi pada minggu ini, Chef Raisya. Pada minggu ini, resepi saya
ialah Telur Dadar Special. Tuan-tuan dan puan-puan, bahan-bahan yang diperlukan
ialah telur, bawang besar, cili api atau apa-apa cili yang digemari, sedikit
garam tapi kali ni kita ada daun sup. Lain daripada yang lain. Okey, masukkan
minyak dan panaskan kuali. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul
sehingga rata.” Tangan Quraisya ligat memukul telur. “Nampaknya minyak dah
panas, sekarang kita masukkan telur.” Aroma telur dadar terus memenuhi ruang
dapur. Bunyi recikan minyak di dalam kuali membuatkan Quraisya terlebih feeling menghayati watak sebagai seorang
chef. Sekarang dia membalikkan pula telur itu. Fantastic! Pinggan segera dicapai dan telur dihidangkan di meja
makan.
Kelihatan
mama dan papa turun dari tingkat atas. Mama mendukung adik lelakiku yang
berusia 1 tahun 1 bulan. Qusyairi yang sudah mula pandai berjalan merengek agar
diturunkan dari didukung. Rimas gamaknya. Que tersengih-sengih memandangku
dengan menayangkan dua batang gigi kapaknya. Bertatih-tatih dia berjalan ke
arahku lalu memeluk kakiku. Quraisya terus mendukung adiknya. “Elehh manjanya Que
ni dengan kak Raisy. Nakal ye.” Pipi Que yang tembam dicubit sayang.
Zzz…zzz…
Phone
di poket vibrate. Geli-geli aku
dibuatnya. Tangan diseluk ke dalam poket, lalu mesej dibuka. Quraisya terkejut.
*****************
Ini Part 5 cerita kami, tak
sangka dah masuk yang kelima. Part 5, saya iaitu Ellyna yang mengarang Part 5
ni. Part ni sempoi je, idea diambil apabila melihat keadaan di rumah saya
sendiri. Ikuti kisah seterusnya yang akan disambung dalam Part 6 yang akan
diteruskan oleh Kyra. Do the best Kyra.
Nanti saya try wat telur dadar ni.. macam sedap.. haha..
ReplyDeleteBuat le. Hahah! Lepas tu bagi sikit nak rasa, okey?
ReplyDeleteokey.. nanti saya post kat awok ye.. :) hehee..
ReplyDelete