Saturday, 20 April 2013

Short Tale : Kosong by Eyza

     Butang ‘enter’ pada keyboard ditekan. Masih kosong. Tiada mesej baru dalam inbox e-melnya. Mana taknya, hari ni sahaja dah kali ke enam dia check inbox e-mel dia. Nina tertunduk di hadapan skrin laptop Apple Mac miliknya. Wajah diraup buat ke sekian kalinya. Satu keluhan berat dilepaskan. Lambat-lambat tangan Nina mencapai kalender di sudut meja tulisnya. Tarikh hari ini dipangkah menggunakan pen marker merah. Jika dilihat, sudah hampir penuh kalender bulan ini dipangkah merah. Kalau diselak bulan-bulan sebelum ini pun serupa juga.

     
     Nina merebahkan tubuh di atas katilnya. Mata sudah mengantuk tapi belum rasa nak tidur. Beginilah rutin Nina pada setiap hari sejak beberapa bulan lepas, enam bulan to be exact. Jiwanya terasa kosong menjalani hari-hari macam ni. Mak pun dah bising tengok dia macam makan tak kenyang, mandi tak basah, persis zombi aje. Hari-hari mak beleter selepas dia balik dari kerja menengokkan keadaannya yang dah tak serupa orang normal, tak seperti Nina yang dulu.
     
     Nina, kau ni manusia tanpa jiwa ke? Kenapa rasa sangat kosong? Ke tanpa hati? Ya, hati. Dah lama dia tidak merasa nikmatnya mempunyai  sebuah organ bernama ‘hati’. Organnya itu telah dibawa lari ke nun jauh di Eropah sana.  Hariz, mana awak sekarang? Mana awak bawak lari hati saya dan MIA macam tu je? Setahun awak kata awak akan pergi, sekarang dah hampir setahun saya tunggu awak, Hariz. Dua bulan je awak contact saya. Enam bulan saya sepi tanpa khabar dari awak Hariz. Mana awak?
     
     Hariz, pulanglah. Mak dah asyik tanya saya pasal kahwin. Awak tak sempat jumpa mak saya lagi. Baliklah Hariz. Macam mana saya nak bagitahu mak yang saya dah ada awak kalau awak sendiri pun hilang macam ni? Nina pejam mata dengan jiwa yang merintih dengan persoalan yang tak mungkin punya jawapan itu.

*****
     
     Huh, satu bala lagi. Dengan keyakinan yang separuh Nina mengetuk pintu bilik Encik Farid. Harap harap mood  dia okey. Sempat dia menyerapah dan meniup-niup muka pintu bilik Encik Farid itu. “Masuk.” Arah Encik Farid dari dalam. Bismillahirahmanirrahim. Dengan kaki kanan Nina melangkah masuk.
     
     “Err, Encik, ni soft copy design rumah dekat Seri Andalas tu. Encik tengoklah dulu, ada apa-apa saya boleh baiki lagi, saya akan ubah.” Ya, lagi. Semalam rekaannya telah dipulangkan dan disuruh perbaiki. Sungguh, tak banyak perubahan yang dia sempat buat. Nampak lebih kurang je dengan rekaan sebelum ini. CD itu diletak di atas meja Encik Farid yang wajahnya terselindung di balik komputer ribanya.
     
     Sebelum sempat Nina memulas tombol nak keluar dari bilik itu, Encik Farid bersuara. “Cik Ninazana, I can tell that your performance is going down hampir bawah tanah day by day. I don’t care what your personal problem is, but please, don’t mess it up with your work. Be a professional interior designer, understand? Okay, you may leave now.” Tanpa perasaan Encik Farid menuturkan dengan nada tegas.
     
     Dengan separuh hati Nina melangkah ke luar. Teori pekerja-pekerja di bawah Encik Farid ialah perangai Encik Farid yang cerewet begitu adalah kerana sindrom duda anak satu. Memang dia ketawa sewaktu pertama kali dengar teori mereka itu, dan dia pun mengesahkan sahaja teori itu. Tapi jika difikirkan balik, apa yang Encik Farid katakan itu, semuanya benar belaka, dan juga untuk kebaikan prestasi kerjanya juga. Dia seharusnya menjadi profesional, bukannya mencampuradukkan urusan peribadi dengan hal pejabat, ye tak? Tak sangka seorang Muhammad Hariz bin Azman dapat mengubah hidupnya begini rupa sekali. Nina tersenyum pahit.

*****
     
     “Shit! Not again!”  Adakah sudah tertulis dalam suratan takdirnya bahawa nasib dia memang malang atau memang sekarang dia sedang dilanda musim ditimpa malang bertubi-tubi? Helmet kura-kura warna pink  tu ditanggalkan dari kepala. Skuter Vespa LX 50-nya disepak tayar depannya. Lagi-lagi tak boleh nak hidup. Agaknya sebab ni skuter inherit kot, dah berapa generasi dah yang pakai. Okey, memang dia exaggerate. Skuter ni Kak Yana bagi pada dia selepas Kak Yana dah beli kereta. Nampaknya hari ni pun dia terpaksa naik bas lagi. Langkahnya berat-berat diatur ke perhentian bas dekat depan bangunan pejabatnya itu.
     
     Duh, lambat lagi ke nak sampai? Jam Esprit di pergelangan dikerling buat ke sekian kalinya. Dah dua puluh minit dia berada dalam bas ni. Dah la Nina ni jenis mabuk kenderaan sikit, apatah lagi bas awam macam ni. Tiba-tiba bas Rapid itu brek mengejut, Nina terdorong ke tepi. Ya Allah, peningnya. Janganlah muntah dekat sini. Oh, ada orang kejar bas rupanya. Kut ye pun nak buat drama, tolong la jangan masa aku ada atas bas ni.
     
     Ek? Mamat ni rupanya. Sepanjang beberapa kali naik bas tahun ni disebabkan ‘kesihatan’ skuternya yang teruk, ada la sekali dua dia terserempak dengan budak basketball ni. Dia panggil mamat tu ‘budak basketball’ sebab setiap kali jumpa mesti dia pakai jersi basketball nombor 8 tu sambil pegang sebiji bola keranjang.
     
     Elok sangat la tu, kalau mamat tu pun perasan juga, mesti dia akan rasa kelakar sebab setiap kali mereka berjumpa Nina akan pegang helmetnya yang berwarna pink  itu dia pula pegang bola keranjangnya. Nina menyimpan senyum. Nina hanya pejam mata melawan pening yang menyerang sewaktu budak basketball itu melabuh duduk bertentangan dengannya. Lagi pun, lagi sikit je nak sampai waktu dia turun.

*****
     
     Nina menyangkut kunci skuternya di key holder di atas rak kasut itu. Helmetnya diletak di atas rak kasut itu. Sewaktu Nina melewati dapur untuk menaiki tangga ke bilik, Puan Nora hanya menyapa mengajak dia makan malam walaupun dia tahu Nina akan menolak. Jarang benar Nina makan malam bersamanya sejak akhir-akhir ini. Bunyi skuter pun tak dengar, mesti Nina pulang dengan bas lagi, sebab dah banyak kali juga perkara ini berlaku.
     
     Terasa segar selepas mandi. Nina duduk menghadap laptopnya lagi. Software designing dibuka untuk edit design dalaman rumah Mr. Tong. Projek ni Nina tak boleh bebas sangat sebab dia bekerjasama dengan arkitek Mr. Tong itu. Mr. Tong tu agak cerewet dengan kehendak dia manakala Nina lebih suka buat berdasarkan idea dia sendiri. Takpe la, customer is always right, kan? Tu yang Encik Farid selalu pesan pada dia.
     
     Setelah tiga jam menghadap design  itu, akhirnya siap jugak. Yes, esok tak payah masuk pejabat. Terus pergi Damansara Perdana untuk projek ini. Lepas tu boleh terus fly pergi rumah Hani. Galaxy Note warna pink dicapai dan pesanan ringkas ditaip untuk beritahu Hani esok. Esok hari Khamis, hari Hani day-off  dari kafe tempat dia bekerja. Hani tu, kelulusan tinggi juga, tapi minat jadi barista. Memang Uncle Azlan marah pada Hani pada mulanya. Tapi itukan Hani Safiya Azlan. Kata dia, maka kata dialah.
     
     Tak sampai dua puluh saat pesanan dihantar, mesej baru masuk inbox  Nina. Amboi, cepatnya. Maklumlah, orang tengah bercinta, melekat aje dengan handset  sepanjang masa.

     Okey. Jumpa esok! ^^
    
     Sebelum menutup laptopnya, Nina sempat lagi check inbox  e-melnya. Hmm, kosong lagi. Persis jiwanya. Memang dia mampu tersenyum, tapi senyuman tanpa jiwa, itu la yang Hani gambarkan. Well, sometimes person tend to appear not like their inside. Lebih kurang macam tipu diri sendiri untuk menyedapkan hati sendiri, ek?
     
     Pen marker merah memangkah lagi tarikh hari ini.

*****
     
     Nina menghempas tubuhnya di atas sofa. Ah, leganya. Lengan kanan direhatkan di atas dahi. Hmm, pejam mata sekejap pun okey juga.
     
     “Eh cik kak, kut ye pun, bukak la dulu tudung tu.”
     
     Oh, ya tak ya. Tudung dicabut dari kepala dan disangkut di kepala sofa. “Hani, pergi la buat air ke apa ke? Macam ni ke layan tetamu?” Arahnya lalu merebahkan semula kepala di atas sofa empuk itu.
     
     “Amboi, amboi. Kau tu buat diri sendiri macam tetamu ke? Selamba badak je tergolek kat sini. Kau nak air pergi buat sendiri.” Nina menekan butang ‘on’  pada remote TV.
     
     Teringatkan sesuatu Nina terbangun duduk. “Weh, Han. Betul ke kau dah nak tunang? Seriously?  Bila masa Adli propose  kau? Apasal kau tak up to date  dengan aku ha? Aku tahu pun dari Rania.”
     
     Hani angkat tangan surrender. “Whoa. Whoa. Tak boleh tanya satu satu ke?” Hani gelak kecil. “Kau tu yang busy  gila, macam mana nak cerita. Emm, dia propose aku macam lelaki Melayu terakhir la, tipkal. Tiba-tiba rombongan sampai depan rumah aku kat Melaka tu. Mak aku pun dah terkejut bukan main. So, overall, nothing  menarik untuk diceritakan pun. And we are going to engage next month. The end.”  TV yang terpasang dibiarkan sahaja. Tumpuan Hani jatuh pada Nina.
     
     “Congrats darl!”  Nina bangun memeluk Hani yang berada di sofa bertentangan. “Aku gembira untuk kau. Sampai jugak seru kau, kan? Ye ye je aku bet  sejak sekolah lagi yang aku kahwin dulu dari kau. Tengok tengok, jodoh kau sampai dulu.” Nina ketawa kecil pada hujung ayat.
     
     “Kau bila lagi, Nin? Ke kau masih tunggu Hariz?” Suara Hani berbunga kebimbangan. “Bagi aku la, lelaki kalau dah lebih setengah tahun ignore  kita, tu memang automatically no relation dah. Tak guna kau buang masa tunggu dia. Kau cari je orang lain. Lagipun aku tengok Hariz tu dah macam entah apa-apa je.” Hani merenung pada Nina yang menunduk. “Ke nak aku carikan? Aku ada ramai ke calon. Nak Arshad? Ke Abang Jef? Tak pun lelaki idaman Malaya, si Syazwan?” Hani angkat-angkat kening. Tangan kiri merangkul bahu Nina.
     
     Nina menarik senyum sinis. Tangan Hani di bahunya dialih. “Senangnya kau cakap kan Hani? Kau ingat tukar lelaki ni macam tukar baju ke? Senang senang je nak main buang ganti macam tu? Dulu kau yang encourage  aku sangat untuk baik dengan dia masa aku tak ada apa-apa dulu. Sekarang, kau nak carikan yang lain pulak?” ujarnya sinis.
     
     “Cuba kalau aku yang suruh kau campak je Adli tu, ganti dengan Syazwan tu? Kau nak? Ke Taufik ke? Boleh ke?” Nina ketawa sarkastik sambil mengangkat bebola matanya ke atas. “Ohoho, mungkin je kau boleh. Tapi aku, sorry to say, aku tak boleh jadi macam kau.”
     
     “Nin...” muka Hani penuh rasa bersalah.
     
     “Kau jangan risau sebab aku tak marah kau pun. Aku tak boleh pun nak marah kat kau. Aku cuma nak cakap apa yang aku rasa. Biar kau faham situasi aku, but if you don’t aku tak boleh nak kata apa dah. Biar kau dengan thoughts kau, and  aku, with mine.”
     
     Nina bangun menyarung tudung dan mancapai beg tangannya. “Just give me a break Hani.” Nina menoleh ke arah Hani yang masih terduduk tak terkata apa. “Don’t worry. We’re still good.  Majlis tunang kau pun aku akan datang. Aku balik dulu. Salam alaik.” Nina terus beredar meninggalkan Hani yang tersentap.

*****
     
     Hariz membaling seketul batu ke dalam tasik, membentuk satu bulatan gelombang di atas permukaan air jernih itu. Kemudian dia menoleh ke arah orang sebelah yang sedang makan ais krim sambil melihat ke arahnya. Hariz ketawa menampakkan barisan gigi atasnya. “Apa ingat comel sangat la tu tengok orang macam tu?” Hariz melempar segenggam rumput ke arah Nina.
     
     “Eee, kejinya!” Nina mengibas-ngibas rumput rumput yang masih melekat tanah itu dari tudungnya. “Nasib baik tak kena ais krim ni.”
     
     Hariz menggeleng dengan senyuman. “Nina. Nina. I’m so gonna miss you, dear.”  Senyumannya masih tak cair. “Kalaulah saya boleh angkut awak sekali. But a year won’t be long, kan awak?”
     
     “Can’t you just... not go?”  suara Nina kendur.
      
     Tiba-tiba Hariz tergelak besar. “Ni la yang saya akan rindu kat awak ni. Sangat innocent, macam budak-budak. Geram je saya nak cubit pipi awak. Tapi tak halal lagi.” Hariz kenyit mata kanan pada Nina.
     
     Hariz melepaskan keluhan kecil. Kemudian dia bersuara setelah sepi mengambil alih beberapa ketika. “Saya kena pergi awak. Lepas je dapat master tu saya terus lari masuk minang awak. Setahun Nina. Tunggu saya, will you?”
     
     “Tak boleh ke kita kahwin sekarang? Lepas tu saya ikut awak.” Soal Nina, sangat innocent.
     
    “Adakah Nurul Ninazana Mustaffa baru sahaja lepas meminang Muhammad Hariz Azman?” Hariz tergelak besar lagi, menampakkan lesung pipit pada pipi kirinya. “Saya ada komitmen untuk tunaikan impian ayah saya terhadap saya. Lepas tu saya tunaikan komitmen saya terhadap awak pulak, okey?” Suara Hariz seperti memujuk.
     
     “Setahun je Nina. Saya janji akan e-mel awak selalu. Call  awak kadang-kadang. Emm, tapi saya tak tulis surat ye? So lame.” Hariz berjanji mengangkat tangan kanan seperti berikrar. Mereka ketawa bahagia dengan tasik yang terbentang luas itu sebagai saksi kebahagian mereka berdua.

Maybe we’re trying
Trying too hard
Maybe we’re torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We’re empty

     Air mata berjuraian menuruni pipi Nina mendengarkan lagu Empty – The Click Five. Hariz, mana awak? Sungguh, itulah kali terakhir mereka berjumpa sebelum Hariz berangkat ke Manchester. Hari yang paling banyak kali dia tengok senyuman Hariz, gelak tawa Hariz. Sungguh dia rindu pada raut wajah itu.

*****
     Alhamdulillah. Dia dapat tawaran itu. Nina membawa surat itu rapat ke dada. Surat tawaran untuk Interior Design Experience Program (IDEP) di United States. Dia sudah tekad nak terima tawaran ini. Pada mulanya, dia hanya mengisi borang itu tanpa meletak sebarang harapan. Namun, alhamdulillah, rezeki dia dapat.

     Memang dia pergi untuk bawak balik certificate  itu, tapi jauh di sudut hati kecilnya, dia tahu, dia sebenarnya dia hanya ingin lari daripada semua ketegangan ini, realiti yang pahit ini. Dan program dua tahun ini adalah jalan paling tepat untuk dia ikuti. Insya-Allah. Moga Allah permudah.

*****
     
     Nina menahan kuap dengan tangan kanan. Mengantuknya. Semalam dia sampai rumah dari Melaka hampir pukul sebelas malam. Majlis pertunangan Hani diadakan sebelah malam selepas Isyak. Lepas berborak-borak dengan kawan-kawan sekolah lamanya, barulah Nina berangkat pulang dengan skuternya. Memang kerja gila. Nasib baik skuter dia tak buat hal tengah highway  semalam.
     Nina mengerling jam tangan Esprit di pergelangan kiri. Dah pukul empat lebih. Tinggal beberapa jam lagi dia ada di pejabat ini. Hari ni merupakan hari terakhir dia di pejabat ini. Tadi ada jamuan kecil-kecilan dekat department  ini. Dah kenyang dia makan nasi dagang yang Farhana bawa.
     Nina menyimpan kalender, pembaris, alat tulis, hard disknya dan segala bagai khazanahnya ke dalam kotak. Frame  gambar yang berisi gambar dirinya, Hani, dan Hariz dicapai. Barang terakhir yang tinggal. Gambar ni diambil sewaktu birthday partynya  dua tahun lepas. Nina tersenyum.
     Sorry Hani. Mungkin berjauhan dari kau buat aku boleh berfikir sendiri. Beri aku ruang untuk cari jawapan untuk segala persoalan. Dia hanya meninggalkan sepucuk surat yang dititip kepada mak untuk diserah pada Hani selepas dia berangkat ke States.
     “Aku minta maaf Nina. Aku cuma nak kau happy. Tu je.”
     Aku tahu Hani. Aku tahu. Hani meminta maaf lagi sekali padanya sebelum dia pulang pada hari majlis pertunangannya semalam.
     Encik Farid menghampiri meja Nina, mematikan lamunan Nina. “Cik Ninazana, I wish you all the best. Saya kena balik sekarang. Jadi perpisahan kita di sini aje lah ye. Ingat, syarikat ni sentiasa terbuka untuk awak selepas awak kembali. Sejujurnya, awak seorang pekerja yang baik, Ninazana.” Encik Farid senyum lalu membuka langkah untuk beredar.
      “Encik, ni soft copy design rumah Mr. Tong. Projek terakhir saya.” Nina tersenyum sambil menghulurkan sekeping case  CD.
     “Told ‘ya.  Awak bagus.” Encik Farid menyambut CD lalu beredar.
     “Terima kasih Encik Farid.” Nina senyum senang.
     Encik Farid hanya mengangkat tangan kanan tanpa berpaling.

*****
     
     Nina pusing ke belakang lalu mendongak memandang ke atas. Bangunan pejabatnya yang berdiri megah mencakar langit. Farid Nordin Architect. Selamat tinggal. Nina pusing dan melangkah ke arah perhentian bas di hadapan.
     
     Nasib dia hari ini agak baik. Belum sempat duduk pun bas sudah sampai. Hari ini Nina naik bas untuk pulang sebab dia membawa banyak sangat barang. Kotaknya yang besar itu mana muat nak letak atas skuter kesayangannya itu. Ni pun isi dia dah nak melimpah ke luar.
     
     Apabila bas berhenti di perhentian bas stesen minyak itu, mamat basketball itu naik. Nina senyum sahaja. Sebab selalunya memang dia naik dekat bus stop  yang itu. Dah boleh ingat sangat sebab dah selalu sangat terserempak.
     
     Eh, kotak Nina hampir terjatuh sewaktu bas itu brek. Frame gambar yang berada di atas sekali itu terjatuh di atas lantai bas. Belum sempat Nina capai, mamat basketball tu dah tolong angkat. Nina mendongak ke arah mamat itu yang sedang menghulurkan frame  tersebut dengan sebuah senyuman simple  yang bertampal pada wajahnya.
     
     “Err, terima kasih.” Nina menundukkan sedikit kepalanya. Pantas hidung Nina menangkap bau perfume  yang digunakan oleh mamat itu. Perfume  Bvlgari. Dia cam sangat bau ni, sebab first time  dia terbau masa mula-mula terserempak dengan mamat ni dulu pun dia ingat baunya. Lepas tu jenuh dia paksa Abang Aizat beritahu tu perfume apa sebab Abang Aizat pun pakai perfume tu jugak. Mesti abang sepupunya itu pelik dengan dia yang tiba-tiba berminat nak tahu pasal perfume  lelaki.
     
     “No biggie.”  Balasnya.
     
     Oh, macam tu ke suara mamat ni? Pertama kali bertegur sapa walaupun dah banyak kali jumpa.
     
     “Tak bawak helmet pulak hari ni?” Soal mamat tu seraya melabuhkan duduk di kerusi setentang Nina.
     
     Ek, ramah pulak dia ni. Mesti dia ingat aku ni kena buang kerja punya lah. Berbaju kurung dan bawak kotak besar isi barang-barang macam ni. Memang lulas lah kalau nak kata rupa orang kena pecat. “Err, hari ni tak.” Nina senyum sedikit menjawab pertanyaan mamat tu.
     
     Mamat tu pun balas senyuman dia. Beberapa saat kemudian bas tu berhenti di perhentian berhampiran rumah Nina apabila Nina menekan loceng. Nina bangun mengangkat kotak yang berat itu. Sebelah tangan membetulkan letak beg tangan di bahu.
     
     “Bye.”  Sapa mamat tu sepatah dengan senyum mesra.
    
     Nina cuma membalas segaris senyuman buat mamat itu sebelum turun dari bas.

*****

2 TAHUN 7 BULAN KEMUDIAN...
     
     “Nina, bangun Nina. Karang mak simbah kau dengan air ni karang.” Puan Nora berlawan menarik selimut tebal itu dengan Nina yang masih terpejam matanya.
     
     “Mak. Apa ni mak? Awal lagi lah.” Nina menutup mukanya dengan bantal.
     
     “Nina. Dah pukul sepuluh pagi ni. Kan dah janji dengan mak hari tu. Tolonglah jangan ubah fikiran pulak  tiba-tiba.” Pujuk Puan Nora.
     
     Nina bangun duduk malas-malas dengan rambut yang kusut dan muka sememeh begitu. “Ala mak, dia orang nak datang dah ke?” Nina menggaru-garu kepalanya dengan muka mamai. “Awalnya mak oii. Orang tengah jet lag lagi ni mak oii.” Nina menguap luas.
     
     “Huish!” Pantas tangan Puan Nora hinggap di bahu Nina. “Anak dara apa menguap macam tu. Dah pergi mandi, nanti turun masak.” Puan Nora terus beredar keluar dari bilik Nina.
     
     Masak? Nina tercengang. Dah lama tak masak, nak masak apa? Sirloin steak aku ingatlah nak buat macam mana. Nina terus beredar masuk ke dalam bilik air.

*****
    
     “Mak, bila dia orang nak sampai ni? Penat je bersiap awal-awal.” Nina menguap lagi. Mana taknya, dia baru sampai dari States semalam. Jet lag  pun tak habis lagi. Dia kalau boleh nak spend winter kat sana. Tapi mak dah hari-hari call suruh dia balik lepas mak tahu dia dah lama habis IDEP tu. Siap buat perjanjian paksaan lagi. Haila. Tangan lincah mengacau kuah tom yam dalam periuk. Ni je la yang paling senang nak masak.
     
     “Kejap kejap lagi sampai la tu Aunty Salina awak tu.” Jawab mak malas malas.
     
     Ek eh, kawan dia, kata aunty kita pulak. Apaper  je la mak oii. Janji mak bahagia. Nina menggelengkan kepala.
     
     Nina sedang menuang kuah tom yam campur itu ke dalam mangkuk apabila dia terdengar suara mak dan seorang perempuan, yang berkemungkinan besar Aunty Salina di ruang tamu. Nina meletakkan mangkuk berisi kuah tom yam itu di atas pelapik untuk di bawa ke ruang makan di depan. Nina membawa mangkuk itu berhati-hati sebab isi dia penuh.
     
     “Ha Nina, ni la Aunty Salina dengan Johan.” Suara mak menerjah lubang telinganya. Nina mengangkat muka memandang Aunty Salina dengan...
     
     “Awak?” Hampir terlepas mangkuk tom yam tu sebab terkejut.
     
     “Ek?”
     
     “La, Joe dah kenal ke Nurul?”
     
     “Joe ke nama awak?”
     
     “Nurul ke nama awak?”
     
     Serentak mereka bertanya. Pecah ketawa mereka di tengah-tengah ruang tamu itu.
     
     “No wonder  saya nampak helmet kura-kura tu masa masuk tadi.” Johan membetulkan rambut depannya sambil ketawa. “So, vespa buruk dekat luar tu la motor awak ye?” sambung dia dan ketawa lagi.
      
     Amboi, boleh tahan jugak mulut dia ni cakap dengan orang tak kenal macam tu, tak berlapik langsung. Err, dia orang ni kira tak kenal la, kan? “Helo, buruk apa macam tu? Ada nilai estestika tahu?” Nina meletakkan mangkuk tu atas meja makan.
     
     Tangan Aunty Salina disalaminya. “Mulut Joe memang macam tu. Nurul kena biasa la ye.” Aunty Salina ketawa mesra. Nina hanya tersenyum senang.

*****
     
     “So...”
     
     “So?”
    
     “So, you’re THE Johan Adzry Adnan, huh?”  Nina menarik senyum sungging pada Johan yang berdiri rapat di balkoni tingkat dua rumah mereka. Mak dengan Aunty Salina suruh mereka berborak selepas makan tadi.
     
    “What do you mean by THE?” soal Johan dengan kening terangkat sebelah.
    
    “The one  yang buat mak saya call hari-hari suruh balik. The  arkitek muda yang handsome bak kata mak.” Nina ketawa pada hujung ayat. “...and the one  yang nak cari jodoh pun kena mak yang carikan.” Nina mengekek nakal.
    
     “Heii, keji ek?”
     
     “By the way, awak nampak lain dari selalu.” Yela, selalunya dia nampak Johan berpakaian sukan, hari ni dia lepak je pakai t-shirt dengan jean. “Tak sangka awaklah mamat basketball tu.” Nina menggumam perlahan.
     
     “Mamat basketball? Awak panggil saya mamat basketball?” Johan ketawa besar.
     
     “Kenapa gelak? Ingatkan nak marah.” Soal Nina innocent.
     
     “Sebab saya panggil awak minah helmet.” Johan sambung ketawa.
     
     “Sengal!” Nina campak bunga plastik pada muka Johan.
     
     “Rilek la Nurul.” Johan angkat tangan menyerah kalah. “By the way, awak menghilang ke mana few years ni?”
     
     “Johan, it’s Nina lah. Tak biasa orang panggil Nurul.”
     
     “Suka hati sayalah.”
     
     Nina ketawa kecil. “Nampaknya there’a a lot more we need to catch up, kan?”
     
     Ya, siapa sangka? Rupa-rupanya Johan ini jodohnya? Jawapan kepada istikharahnya, yang menyuruh dia bersetuju dengan pilihan mak? Siapa sangka, orang asing yang kita terserempak kat mana mana je tu adalah jodoh kita? Sungguh, percaturan Allah tak siapa yang tahu. Di United States, setiap malam dia membuat solat istikharah, meminta Allah beri dia petunjuk. Insya-Allah Johan ialah insan yang bakal mengisi kekosongan di hatinya.
     
     Dan Hariz? Sungguh dia tak pernah tahu di mana Hariz dan apa yang terjadi dengan Hariz.  Dia hanya menganggap bahawa Hariz bukan jodohnya. Mungkin sahaja Hariz telah bahagia berumah tangga? Mungkin juga sebaliknya. Apa yang dia yakin, Johan Adzry ialah pasangannya, jawapan yang Allah beri, yang telah ditetapkan di luh mahfuz lagi, insya-Allah khair.

-TAMAT-
130419;2348

************
Sementara tunggu cerita kami, Heart Track disambung, enjoy la dulu my short story ni, dibuat selingan aje. Saja nak mengasah balik, tengok la gaya penulisan pun dah agak teruk, kan? Hehe, sorry. Enjoy la. Tunggu ye sambungan Heart Track yang digantung tak bertali ni? (^.^)v