Alamak! Suara tu! Suara yang mampu membuatkan semua organ dalamanku menjadi kecut.
“Sya,
camne ni?” Zulaikha menggigit bibir. Tangannya membeku sesejuk kutub Antartika.
“Errr…
manelah aku tahu.” Quraisya separuh berbisik. Mereka cuak.
“Saya
tanya kamu, apa yang kamu buat di meja saya?”
“Kami…
errr… kami…” kata-kata itu terhenti di situ. Terketar-ketar Zulaikha
menghulurkan helaian kertas di tangan kepada Miss Wati. Wanita separuh umur
yang bermekap tebal itu merenung mereka berdua seperti tidak pernah menengok
orang.
“Maaf
Miss sebab saya hantar lewat, semalam saya MC, saya tak tahu ada report yang
kena hantar hari ni.” Zulaikha memandang ke lantai. Quraisya diam seribu
bahasa.
Hurm
apa lagi aku nak cakap ni. Cepatlah otak. Cepatlah berfungsi. Proses maklumat
segera!
Miss
Wati meneliti helaian tersebut satu-persatu.
“Tak
apa, kali ni saya maafkan sebab bersebab.”
Betul
ke ni? Angin dia baik pulak hari ni. Alhamdulillah. Syukur nikmat. Fuhh! Lega!
Beban aku dah lepas. Sekarang? Hurmm… Pandai-pandai kau la ye Quraisya.
“Haa
kamu! Kamu datang kan semalam? Kenapa tak hantar lagi? Sekarang dah pukul
berapa? Tak tahu tengok jam?” bebel Miss Wati bagai nak terkeluar bebola
matanya. Quraisya menggelisah.
“Sa…
Saya… tolong Zulaikha tadi sebab kawan-kawan lain semua dah hantar.”
Huh?
Kepala hek kau! Bila masanya kau tolong aku? Bila?
“Kali
ni saya lepaskan kamu tapi sebelum tu, kamu, Quraisya…” Alamak! Aku ke? Mati
aku. Kantoi sebab tiru buku.
“Kamu
tolong baiki tulisan kamu yang macam budak darjah satu ni. Buat kemas-kemas
macam ni.” Report milik Zulaikha ditayangkan ke muka Quraisya. Dia mengangguk
faham sambil tersengih sumbing.
Haiye
cikgu ni, buat aku terkujat-kujatla.. Kena heart attack naya je.
“Thank
you Miss Wati.” Serentak mereka beredar. Sukar untuk memanjangkan langkah, otot
kejang dan lutut pun bergoncang. Mereka melangkah keluar dari bilik guru
menuruni anak tangga di Blok Alamanda.
“Zu,
sorry eh tadi? Aku tak niat pun nak..”
“Weh,
asal tu? ” Zulaikha pantas mencelah sambil menunjuk-nunjuk ke arah dewan.
*****************
Ini
Part 2 cerita kami yang disambung oleh saya, Ellyna. Ikuti kisah seterusnya yang
akan disambung dalam Part 3 yang akan diteruskan oleh Kyra. Good luck, Kyra!
Redah aje.
Miss Wati tu lawa tak? haha..
ReplyDelete