Sunday, 30 December 2012

14 : Heart Track by Ellyna

Khairul Azad menghenyakkan tubuhnya ke katil. Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa? Azad memejamkan matanya. Argghhh! Bodohnya kau Azad! Kenapa kau buat dia menangis?

Poster Linkin Park di dinding kamar yang berwarna biru laut itu dipandang kosong. Wajah ceria Zulaikha menerjah ke dalam ingatan, sungguh manis senyuman itu, sungguh comel wajah Zulaikha apabila tersenyum begitu. Wajah yang mampu membuatkan dirinya tak keruan. Zulaikha, maafkan Azad, Azad tak sengaja, Azad tak niat pun nak kecilkan hati Zue. Tak terdetik pun. Dia menggeleng penuh kekesalan. Matanya berair. Khairul Azad tak pernah sekali pun mengalirkan air matanya hanya kerana perempuan, tapi kali ni, air mata lelakinya tidak dapat ditahan daripada mengalir. Maafkan aku Zulaikha. Maafkan aku.
Azad bangun lalu menyeluk poket beg slingnya di hujung katil. Earphone dicapai lalu disambung ke phone Sony Ericsson J20inya. Earphone disumbat ke telinga. Ikon radio di dalam phone dihidupkan. Siaran radio yang sedia ada tidak diambil pusing. Matanya dipejamkan sambil melayan lagu yang diputarkan oleh DJ.
 

**********
Laci meja dibuka, diari kecil dibuka. Dia mengusap diari yang sudah lama tidak dibuka. Air matanya mengalir apabila teringatkan kejadian di Secret Recipe. Zulaikha mengelap air matanya dengan belakang telapak tangan.

Zulaikha menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya dipejam rapat. Air mata mengalir lagi. Kali ini air mata itu dibiarkan mengalir. Diari diletakkan di sebelahnya. Dia bangun dengan malas dan radio terus dipasang untuk menghilangkan rasa sedih yang berbuku. Aishh..mana la lagu yang best.. punat radio ditekan lagi untuk mencari siaran radio. Gotcha! Eh? HotFM? Err bolehlaa.. Nak cari FlyFM radio ni susah sikit. Dengar aje la apa yang ada.
Suara Faizal Ismail yang terkenal dengan gelaran FBI berkumandang di corong radio. Lagu Lagi dan Lagi oleh Andra and The Backbone dimainkan.

Aku memang salah
Aku memang hina
Maafkanlah untuk semua


Apa yang terjadi
Tak mungkin kembali
Kini ku sendiri lagi


Karna kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Teriris lagi tercabik lagi


Aku memang salah
Aku memang hina
Maafkanlah untuk semua


Kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Karna kulewati batas
Melukai lagi dan lagi
Dan aku tak bisa tuk mengakhiri


Khairul Azad tersentak apabila mendengar lirik lagu tersebut. Matanya terus dipejam. Zulaikha? Serba salah menyerbu diri.

 
Apa yang terjadi
Tak mungkin kembali
Kini ku sendiri lagi


Karna kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Karna kulewati batas
Melukai lagi dan lagi
Dan aku tak bisa tuk mengakhiri


Aku memang salah
Aku memang hina
Maafkanlah untuk semua


Kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Karna kulewati batas
Melukai lagi dan lagi


Kau memang tak pantas
Buat diriku ini tak tau diri
Kini ku sendiri lagi
Tak ada yang menemani
Dan jangan kembali…….lagi


Air mata Zulaikha makin laju mengalir mendengar bait-bait lagu tersebut. Muka terus ditekup dengan bantal.
 
**********

“Hey bro! Cheer up la. Kenapa ni?” Khairul Azad menggeleng. Farish menepuk belakang Azad. “Ni sah kau ada masalah cinta.” Duga Farish. “Aku tahu la perangai adik aku sorang ni. Muka macam tikus tertelan belacan campur budu gitu tipu la kalau tak ada masalah.” Farish mencapai botol air Revive di dalam beg slingnya. Penutup dibuka, bibir botol dibawa ke mulut. Aiseh.. lega.. Khairul Azad masih tetap membisu. Farish di sebelah dikerling sebentar, ‘Ewah mamat ni, wat iklan pula, tahula kau tu hensem.’ Desis hatinya. Matanya dipandang ke hadapan semula melihat budak-budak kecil main layang-layang.
Farish menghulurkan botol Revive ke arah Azad. Lambat-lambat botol itu diambil. Azad membuka menutup dan terus minum. Botol diberikan semula. “Hey bro. Habis air aku kau minum.” Farish menggeleng. Azad tersentak. “Eh, bila masa aku minum?” dengan muka toya Azad menjawab. “Ah sudah. Parah la kau ni.”

Azad melihat seorang budak perempuan bergaun merah dalam lingkungan 4 tahun sedang bermain layang-layang bercorak kartun Angry Bird. Comel sungguh budaknya, dia berlari-lari tarik layang-layangnya supaya dapat terbang tapi angin terlampau kuat sampai layang-layang tersebut tidak dapat terbang. Gaun yang dipakainya juga menggerbang ditiup dek angin.

“Azad, tengok budak tu. Comel kan?” Farish bangun dari silanya menuju ke arah budak perempuan itu. “Wei, kau nak pergi mana?” Farish tidak menjawab. Azad hanya memerhati setiap langkah Farish.
“Adik nak abang tolong tak? Kesian Angry Bird tu tak dapat terbang.”

Budak perempuan itu mendongak memandang Farish. “Terima kashih. Takpela abang, mama saya tak bagi cakap dengan orang yang tak kenal. Assalamualaikum.” Pelat-pelat budak itu berkata-kata. Farish tersenyum.

Farish melutut agar ketinggiannya dengan budak itu separas. “Eh? Adik tengok muka abang ni macam budak jahat ke?” Budak perempuan itu menggeleng. “Meh sini, abang tolong terbangkan Angry Bird tu.” Budak perempuan itu memberikan tali yang dipegang kepada Farish. “Abang jangan curi tau.”
“Okey tapi adik kena tolong abang terbangkan Angry Bird ni. Boleh?” Budak perempuan itu teruja mendengarnya. “Nah, kartun Angry Bird ni adik pegang, tali ni abang pegang. Nanti bila abang lari, adik pun kena lari. Bila abang kira satu, dua, tiga, adik lepas. Okey?”

“Ait.. Ait Tuan.” Farish tergelak melihat keletah budak perempuan itu.
“Okey, jom, lari.” Mereka berdua berlari-lari anak di padang macam adik-beradik je. Farish melihat dan menguji kesesuaian kelajuan angin untuk memastikan layang-layang tersebut dapat terbang tinggi ke awan. Hensem juga mamat ni bila rambut dah kena tiup dengan angin. “Okey, satu, dua, tiga. Lepas.” Serentak itu budak perempuan itu melepas layang-layangnya sambil menolaknya ke atas dan akhirnya layang-layang itu terbang. Farish mengawal tali layang-layang itu dengan baik. Fuh, tak sangka, dah 10 tahun tak main tapi masih handal macam waktu kecil-kecil dulu. Farish sudah kembang sebelanga.

“Wahhh hebatnya abang!” Budak perempuan itu menepuk-nepuk tangannya. Tali layang-layang bertukar tangan. “Terima kashih abang.”
“Sama-sama adik. Nanti-nanti jumpa lagi. Nama adik sape?”

“Nia, mama panggil Nia. Nama penuh, Rania.” Rania masih leka melihat layang-layang Angry Bird di langit.

“Okeylah Nia, abang balik dulu.”
Farish berjalan menuju ke arah Azad. “Azad aku ciao dulu. Kalau kau rasa tak tenang, rasa hati tu sedih, kau solat, minta Allah petunjuk. Jangan liat sangat nak solat sebab solat ni tuntutan agama. Ni bukan aku yang suruh tapi Pencipta kita dan Nabi kita yang suruh. Banyakkan berdoa dan berzikir. Jangan layan sangat perasaan tu.”

“Okey bro. Next time jumpa lagi. Sorry, aku takde mood hari ni.” Azad serba-salah. Farish membuat symbol O.K dengan tangannya sebagai tanda okey lalu melangkah pergi.

**********
“Rania, abang Ayish rindu giler kat Rania. Foto Rania dipandang lama.” Wajah Rania tersenyum menampakkan lesung pipinya sambil memeluk belon. Rania Zafira, iaitu adik Farish yang telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu kerana demam panas sewaktu berumur 6 tahun. “Kalau Rania ada tadi mesti seronok, tadi abang jumpa budak perempuan nama dia Rania jugak, dia main layang-layang. Comel macam Rania. Kalau Rania ada lagi mesti Rania dah besar sekarang ni, dah masuk 16 tahun.” Farish tersenyum sendiri. Farish bangun lalu mengambil wuduk dan solat maghrib. Selepas solat, dia mendoakan semoga roh adiknya tenang di sana. Amin.
 
**********

“Minah blonde tu sape?” Quraisya mundar-mandir. “Agak-agak Zue kisah ke bila nampak cikgu kesayangan dia dengan minah blonde tahap tak ingat dunia tu?” Quraisya menggaru-garu kepalanya. Hak elah, kau pula yang busy body.. biaq pilahhh…

**********
“Azad, kau dah minta maaf kat Zue?” tanya Quraisya. “Belum.”

“Zulaikha tu asal? Nak menggedik sangat? Nak touching lebih-lebih. Aku relax je.” Miera menyampuk.
“Eh, kau senyaplah! Tak payah nak menyampuk. Ni takde kena mengena dengan kau jadi kau senyap.” Quraisya sudah menembak Miera. Miera membuat muka gedik. “Meluat aku tengok. Kau jangan nak kutuk Zue. Dia tak sama macam kau.” Entah kenapa Quraisya naik angin apabila mendengar kata-kata Miera. Miera beredar dari situ sambil melenggang-lenggang penuh kegedikan.

“Azad, kau cubalah buat yang terbaik. Berbaik dengan Zue. Aku tak suka tengok keadaan korang berdua macam ni. Tak seronok. Aku lagi suka tengok korang bergaduh macam dulu tapi bukan bergaduh macam ni. Kau faham kan maksud aku?”
Azad memandang wajah Quraisya. “Aku cuba tapi aku tak janji.” Azad  mengeluh.

**********
“Hello Quraisya, Sabtu ni datang rumah aku. Lepas zohor kau datang, sebelum zohor kau nak datang pun takpe, solat kat rumah aku je habis cerita.” Zulaikha memintal-mintal wayar telefon.

“Mana salam kau? Assalamualaikum di sana. Asal? Ada apa Sabtu ni sampai aku kena datang rumah kau.”
“Hehe, waalaikumussalam. Panggung Sabtu minggu ni cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai. Datanglah weih. Tengok Shahrukh dengan Kajol. Datanglah weih. Boringlah aku tengok sorang-sorang. Jomlah.” Zulaikha merengek-rengek di hujung talian.

“Hek eh? Sebab Rahul dengan Anjali?”
“Yelaa… Jomlah sayangku.”

“Mulalah tu buat perangai ngada-ngada dia. Yelaa… aku datang.”
Zulaikha menjerit bersorak. “Kau tak payahlah menjerit. Pekak telinga aku nanti.”

“Yeahha yang penting kau datang Sabtu ni. Okey bye darling.”
“Okey bye sayang. Wek geli-geleman aku mendengarnya. Haha.”

“Kalau tak meraban itu tak normal namanya. Okey tata."

"Zue, tunggu jap!"

"Kenapa Qur?"

"Jangan panggil aku Qur boleh tak? Hanya Opah aku aje yang dapat mandat untuk itu."

"Okey, sorry. Kenapa Hanis Quraisya?"

"Kau dah okey? Dengan Azad?"

"Err haha entah. Aku taknak cakap pasal ni yang penting aku bahagia."
"Kau tak payahlah nak gelak, aku tahu tu bukan cara kau gelak. Aku tahu tu bukan kau."

"Ngee.. comel tak aku senyum ni? Kalau kau nampaklah. Tak percaya pulak dia."

"Apa-apa pun, kau jangan layan perasaan sangat, aku kenal kau Ikha, bukan sehari aku kenal kau, bukan seminggu, bukan sebulan tapi dah 8 tahun aku kenal kau. Aku sayang kau, aku rindu kau yang dulu."

"Apa kau merepek ni sayangku." Mata Zulaikha sudah mula berkaca tapi cuba ditahan daripada mengalir kerana Quraisya cukup mengenali dirinya, caranya, dan nada suaranya.

"Haha, aku teremo pulak. Weih Zue, Zinger Burger dengan sape hari tu?" Quraisya mengubah topik.

"Mana la aku tahu. Eh, mama aku dah bising ni, dia suruh aku tidur. Selamat malam. Jumpa esok. Bye."

"Okey. Bye."

Hurm, Cikgu Zihni dengan siapa eh hari tu?
 
*****************

Ini Part 14 cerita ni. Haha. Maaf lambat. Memang lambat giler Ellyna post kali ni. Sorry ye my friends. Cite kali ni macam tak best je tapi terima kasih sebab baca. Comment je kalau rasa nak comment. Cerita ni dah di update untuk kali kedua. harap maklum kepada pembaca. thank you. arigato gozaimasu. Next is Kyra waka waka eh eh.. :D hehu..  

Sunday, 16 December 2012

13 : Heart Track by Eyza


Farish termenung melihat panorama Kuala Lumpur yang dipenuhi neon-neon pada waktu malam dari balkoni tingkat 18 apartment. Tangan kiri diseluk ke dalam poket seluar trek. Tangan kanan menarik snow cap rapat menutup telinga. Sejuknya. Apatah selepas hujan lebat tadi. Fikiran jauh melayang meninggalkan jasad yang masih berdiri.

Dua bulan lepas...

"Oi!" Dari jauh Farish melambai.

"Oi!" Dia di tengah padang melambai kembali. Hujung baju ditarik mengesat peluh.

"Apa cer abangku yang budiman?" Azad dah tergolek lembik di tepi peha Farish yang dah bersila selepas sep hi-five dengan Farish. Ai, orang busy pun ada masa lagi nak datang sini?

Farish melibas cap yang tadi tersarung di kepala ke belakang badan Azad yang dah termeniarap tak berubah posisi tu. "Pergi la main lagi. Aku datang bukan nak tengok punggung kau ni. Bukan seksi pun."

Azad mengalih badan baring memandang langit. "Kalau aku main lagi la kau boleh usha punggung aku." Hujung bibir menarik sengih pada langit.

"Whoosh!" Hujung Nike Phylite pantas menyudu punggung Azad. "Dunia belum terbalik lagi untuk aku ubah taste aku doh! Nauzubillah." Dalam hati rasa dah macam nak tergelak. Gila apa?

Azad bangkit membetulkan duduk di sebelah Farish. Rambut yang lencun dengan peluh dikirai laju. Farish mengalihkan sedikit bahunya. Isy budak ni. Kut ye pun nak uji teori inertia. Farish geleng perlahan.

"Kau apa cer tetiba jadi cowboy back in town ni?" Mata menoleh Farish sekilas sebelum kembali melontar pandangan ke tengah padang memberi isyarat tangan pada Akram kat tengah padang tu yang tengah melambai-sambil-tunjuk-bisep-belah-kiri.

Mata Farish hanya memerhati. "Sekarang cuti seminggu tengah-tengah exam. Lepas seminggu sambung exam. Aku balik sebab tension sangat kat sana. Pandang kiri orang duk drown dengan buku, pandang kanan orang duk bergolek dengan buku."

"Ai, baru first year dah tension? Macam mana nak survive dua tahun setengah kalau gitu, bro?" Azad mencabut band captain dari bisep kiri lalu dilastikkan ke tengah padang. Akram menepuk bahu Shahril suruh ambil. Tanda 'okey' diangkat tinggi.

"Kau tu, aku takde terus naik takhta jadi kapten?" Farish angkat kening sambil tersengih. Azad hanya angkat sebelah bahu. "Apa kau ingat engine senang ke? First sem pun dah kena serius.Second sem tak boleh nak main dah.Tapi takde la sampai tension maut. Just adik-adik aku rindu aku. Mak aku rindu nak masak untuk aku." Farish menjawab soalan Azad tadi dalam senyum yang masih tak cair.

"Eceh, big bro malu nak ngaku homesick!" Azad dah mengembungkan pipi tahan gelak dari tersembur.

"Dah dah. Kerja kau takde lain nak membahan orang aje." Bahu kanan Azad disiku perlahan.

"Kau ni tahu aku ada kat sini by heart ke?" Azad menjeling dengan hujung mata.

"Apa, ingat besar sangat ke chemistry kita sampai aku nak ada telipati dengan kau?" Farish gelak geleng kepala. "Tadi aku singgah rumah kau, tapi Cik Yan kata kau main bola, jadi aku datang la ke sini."

"And apa yang buat kau cari aku kat padang ni, bukan padang atas tu, tempat biasa?"

"Err... chemistry?" Ketawa mereka meletus kuat.

"Kau amacam? SPM dah around the corner pun lepak je lagi dengan training?" soal Farish setelah ketawa reda.

"Ahad ni, last match. Lepas tu, aku serah hundred percent dekat form four. Sungguh aku dah start rasa sayang nak lepas semua ni." Azad bersiul rendah.

Heh! "Nak tak nak kena jugak weh." Botol mineral dihulur kepada Azad. Sling bag SAG dizip semula.

Botol Spritzer bertukar tangan. "Tahu takpe." Mata masih di tengah padang. "Weh, foul! Foul!" Azad jerit ke tengah padang membentuk corong di tepi bibir.

"So..." Azad pusing kepala ke orang sebelah. "...dia macam mana?" soal Farish dalam nada mengubah angin perbualan. Angin yang bertiup agak kuat menampar belakang tubuh mereka.

Hampir terkulai tangan Azad yang tengah pulas penutup Spritzer tu. Dia menarik sengih sarkastik. "Dia who?"

"Dia she." Farish bercakap dalam nada You-Know-What-I-Mean. Dia kemudian menarik sengih pada Fakrul yang tengah gelecek bola. Gol! See? Tanpa menoleh pun Farish dah tahu Azad tak perasan pun dah gol kat depan tu.

Azad dah tertunduk mengeluh. "Macam tu la weh. Nak macam mana lagi?"

"No progress at all?"

Azad tergelak kecil. "Aku bukan macam kau."

Farish mencebik. "Ye la tu." Macam aku macam mana, Zad? Macam yang macam Nina fly pergi Aussie macam tu aje tanpa sebarang kata? Macam tu ke? Farish menggosok hujung hidungnya dengan telunjuk. Matanya dikelip-kelipkan menghapus air yang mula bergenang di tubir mata.Tumpuan dialihkan pada kiub rubik yang berada di tangan kiri sejak tadi. Ni bahana nak tolong Fazli tadi la ni sampai terbawa-bawa nak menyiapkan benda alah ni.

"Entah la, Rish. Aku rasa, aku yang ruinkan everything before anything get started. Aku messkan keadaan setiap kali. Aku rasa dia pun dah menyampah dengan aku." Dia sengih tawar. "Aku tak tahu kenapa setiap kali mesti aku buat dia alergi dengan aku. Aku tak boleh nak sembang bebual lepak santai macam tu aje dengan dia. I just can’t. Apa yang aku buat is tak berhenti sakitkan hati dia. Aku tak sengaja, Rish. Macam tindakan refeleks."

"Tiga tahun, Zad. Nearly three years kau hold back. Sampai bila, Zad?” Farish dah keluar aura abang mithali. "Sampai bila kau nak suffer macam ni?"

"Aku tak tahu, Rish. Mula-mula aku ingatkan main-main je. Aku tak sangka jadi macam ni. Sungguh, Rish. Aku dah penat. Aku dah tak sabar nak blah dari semua ni." Dalam masa yang sama, Tuhan je tahu apa yang dia rasa. Nafas berat dilepaskan perlahan. Kemudian ditoleh ke arah Farish di sebelah yang dah tergaru kepalanya, atau lebih tepat garu cap dia.

"Bak sini aku buat." Tanpa banyak soal Farish meletakkan kiub itu atas telapak tangan Azad. Fed-up! "Benda ni senang je. Kau turn right inverted, down inverted, right, down..."

"Kau buat je. Tak payah explain theory linear kau kat aku." Farish menekan suara. "Kau nak aku do kau a favour ke?" suara Farish bertukar berbaur prihatin pula.

Azad geleng. Mata masih pada kiub rubik. Jari lincah memusing kiub. "Favour kau bukan boleh percaya sangat." Azad senyum segaris. "No offence ha!"

"It’s too late. I’m already offended." Farish dah buat suara ajuk dialog Sue dalam filem Curly Sue.

"Pondan la kau!" Azad lempar kiub rubik yang dah siap atas riba Farish. "Settle. Menda kacang kut!”

"Kalau la sekacang baca hati orang, kan?" soal Farish sengaja menduga Azad. Melihatkan Azad diam tak berkutik dia menyambung,"By the way, dia scout kan?"

"A’ah. Kenapa?"

"Just because..." Farish angkat sebelah bahu. "...just because."

Memang betul Azad tak mintak dia untuk tolong. Tapi adinda sorang tu memang nampak desperate sangat. Dia faham apa yang Azad rasa, sebab dia sendiri pun pernah ada in the same shoe as Azad does. Hai Rish, diri sendiri pun entah apa cerita, nak buat ihsan kat orang pulak. Farish hanya tersengih apabila terasa vibrate dalam saku hoodie dia. Tangan diseluk mencapai BlackBerrynya. Mesej yang baru diterima dibuka.


Bro, jumpa besok. Tempat biasa. :)


Farish tersengih merenung skrin. Teringat favour yang Azad-tak-suruh-tapi-dia-memandai-nak-buat tu. Alasan mengapproach budak kecik sorang tu turut berputar dalam kotak ingatan. Belek-belek buku log? Padahal jenuh dia punggah almari dia, rak buku dia semata-mata nak cari buku log Usaha tu. Nasib baik jumpa jugak dengan lima belas lagi buku log yang lain dalam kotak atas almari. Dan memang dia sangat bernasib baik sebab nama 'dia' memang ada dalam senarai 12 Orang Sahabat tu.

Lepas dapat Pengakap Raja tahun lepas, memang dia dah simpan semua benda alah pengakap semua tu. Bukan sebab lain, tapi sebab dia dah penat menghadap benda tu semua, sampaikan sebulan budak-budak junior panggil dia Abang Farish Sunburn semata-mata nak dapat Pengakap Raja tu. Kenangan lama terus bermain di layar minda dengan sengih yang masih belum padam. Kalau umi nampak sure umi kata dia angau. Nak angau apa umi? Orang jauh tak ingat kita pun.

Apaper jela. BlackBerry disimpan semula ke dalam saku hoodie. Betul ke apa yang kau buat ni, Rish? Ini ke caranya? Farish mendongak ke langit malam tak berbintang dalam senyum tawar.

********

Carton susu Dutchlady Fresh ditarik keluar dari mini fridge yang memang berada di hujung bilik Zulaikha. Ni sebab dia jenis malas nak melangkah ke dapur yang padahal  jaraknya hanya tujuh-lapan kaki sahaja dari biliknya. Jadi segala choc bars, air mineral dan susu segar memang sentiasa ada dalam peti ais mininya ini.

Penutup dibuka lalu susu diteguk perlahan menuruni kerongkong. Ah, nikmat sungguh. Selepas menutup carton susu, Zulaikha menyimpannya semula di dalam peti ais. Time to sleep, Zuey!

Terus sahaja dia melontarkan tubuh ke katil. Mulut ditutup dengan bantal empuk menahan kuap. Jam digital di atas meja lampu sebelah katil dijeling. Bacaan dari mata kelam dek air mata yang bergenang di tubir mata menunjukkan pukul 11:52 P.M. Mengantuknya!

Baru sesaat wajah dibenam pada bantal, Samsung Haptic Popnya berbunyi dari atas meja lampu. Dengan malas tangan mencapai Haptic Pop merah kesayangan. Skrin dislide untuk unlock. Oh, ada What’s App dari Quraisya.


 -Aku dah text semua spotted topics for semua subjek in SPM :)


Jari Zulaikha berlari di atas skrin membalas What’s App Quraisya.


 +Tak dapat pun?


 
 -Tu yang aku nak bagitahu. Aku silap sent dekat public phone kau. :(



Quraisya memang memanggil Galaxy Wondernya sebagai ‘public phone’ sebab phone number yang tu dia bagi untuk urusan rasmi je sebab dia jarang on handset yang tu. Sebab kes tu, langsung dia off terus simpan masuk laci. Eee, ngeri!



 +Dah tu, send la balik kat number ni  



 -Dah penat aku type 

+Forward jela *rolling eyeballs*
 -Sayang kredit. Hehe :P 

 +Yela. Thanks. Bye. Aku nak tidur. 




Tangan pantas membuka laci. Galaxy Wonder berwarna pink itu ditarik keluar. Handsetnya itu dihidupkan.
[Two new messages.]

Mesej terbaru yang dari Quraisya. Butang forward ditekan dan dihantar pada Haptic Popnya. Mesej kedua dibuka. Maxis.

[You have 2 missed call(s) (2) +601156549** since 10.21 pm 28.9.2012]

Nombor ni...? Ni nombor Abang Farish. Ada hal apa lagi ni?

Terus handset dimatikan. Bateri dan sim card dicabut dan semuanya diletakkan semula ke dalam laci tanpa dicantum. Sorry la. Zue memang tak kuat nak balas mesej Abang Farish. Zue rasa segan lepas Zue rasa apa yang abang nasihat kat Zue selama ni betul. Tapi Abang Farish dengan Azad ni kenal ke? Nasihat yang dia bagi pun macam kena je dengan situasi dia dengan Azad. Hey, tapi dia tak mention nama Azad pun kan? So, take it as an advice je la. Zulaikha menepuk pipinya beberapa kali. Stop thinking nonsense Zue. Sleep!

Muka terus dibenamkan pada bantal. Tamau ingat dah. Tamau. Kepala digeleng laju dengan muka masih melekat pada bantal. Sungguh dia tak nak ingat dah orang yang menyebabkan dia ambil keputusan yang tak terduga macam dekat sekolah tadi tu. Malunya! Sya, aku malu.

*******

"Ha, ada apa?"

"She said sorry."

"She what..??"

"You heard me." Dia  menarik sengih pada orang yang dah jatuh rahang di hadapannya itu.

*******

Zulaikha mengangkat muka dari latihan Physics apabila intro In My Remains – Linkin Park mula menerjah telinga. Pensel mekanikal diletakkan di atas buku. Handset yang bergetar vibrate atas meja studi dicapai.

"Zue, jom teman aku beli baju." Tanpa mukaddimah suara Quraisya menerjah telinga.

"Assalamualaikum Miss Hanis Quraisya Qamarul." Zulaikha membalas dalam nada sarkastik.

"Waalaikumussalam. Hehe, jom teman aku? Aku dah takde baju nak pakai untuk class gathering esok. Last kut! Ni la masa nak melaram doh!" Quraisya dah mengekek di hujung talian.

"Hmm, okey. Dalam sejam lagi aku siap."

"Kau nak shopping sama?"

"Tak. Aku teman aje."

"Sure?"

"Iye."

"Okay then. See ‘ya." Talian dimatikan.

*******

"Kawan aje?"

"Still far better than enemy, huh?"

"Betul la tu. Aku tumpang gembira." Dalam hati, dia makin yakin apa yang dibuat tu betul. Alhamdulillah keadaan sempat dibetulkan lagi. Kalau tak jadi macam dia la. "By the way, minggu depan aku fly pergi Aussie."

Orang sebelah dah berpaling laju. "Aussie? Study kau belum habis, kan?"

"Aku ada mission." Pandangan dilontar jauh melihat orang main layang-layang.

"Misi apanya?"

"Cari hati aku yang dah hilang." Dia senyum lagi.

"Kau yakin ke?"

"Heii.." dia ketawa perlahan. "...kau dengar apa aku cakap ni. Kita ada Allah. Sesetengah perkara kita boleh usaha aje, hasilnya kita serah kepada Dia. Dapat ke tak tu belakang kira, yang penting aku usaha. Dan selain tu, kita boleh doa. Doa tu senjata orang mukmin Zad. In shaa Allah. Kalau kita gagal sekalipun, kita boleh bangkit dan cuba lagi. Kegagalan adalah satu jalan untuk kita capai kejayaan. Kau ingat apa aku cakap ni bro." Dia senyum lagi pada orang sebelah yang terangguk-angguk. "Eh, dah azan Asar. Jom solat."

"Mana?"

"Masjid jom? Jemaah, kumpul pahala lebih."

"Oh. Okey."

*******

"Kau tak payah la tension sangat. Chill sikit. Aku pun cuak jugak." Milo ais dikacau dengan straw. "Dah. Kau makan ni. Sure hilang stress." Pinggan nasi briyaninya ditolak hadapan Zulaikha.

Ek? "Sedap ke?" Teragak-agak dia menyudu nasi briyani itu. Yela, dia mana pernah makan dekat restoran mamak macam ni. Ni pun diikutkan aje Quraisya lepas penat shopping tadi.

Zulaikha mengunyah perlahan. Not bad la rasanya. Dia meneruskan lagi beberapa suapan. Sesekali dia mengipas wajah dengan majalah G3 yang dibeli tadi. Panas la restoran ni, dah la ramai orang. Bising pulak tu.

"Ha, kan aku cakap. Mesti kau suka punya."

Zulaikha menghempas sudunya ke dalam pinggan. Hais, ni dah tak boleh kompromi lagi ni. Anak-anak siapa la ni yang bising sangat kat meja belakang aku ni, sorang mengilai, sorang terbahak-bahak. Zulaikha pusing kepala mengusyar panas je makhluk kat meja belakang tu. Dia dan penghuni meja belakang bertentangan mata sejenak. Serentak. Masing-masing macam tersentak.

Ek? Dia…? Zulaikha jatuh rahang.

"Sya, jom balik." Quraisya yang sedang menyedut milo aisnya melalui straw terbangun apabila ditarik oleh Zulaikha. Dia mengikuti langkah Zulaikha ke luar restoran.

Saat melintasi meja belakang dia terperasankan sesuatu. Eh? Apa burger ni buat kat sini? …dengan minah blonde pulak tu? Ah, lantak la. Ni Zulaikha apekehalnya pulak? Tersedak nasi ke?

"Zue, nanti. Biar aku bayar dulu."

*******

"Nah nah. Oreo cheese. Oreo cheese." Faizal yang memang kecoh bertambah kecoh mengagihkan kek kepada semua orang.

Chun Yew menghulur piring kosong. "Aku mau lagi."

"Ek eh, kau dah makan dua potong tadi. Dah la tu." Naim menyampuk dari belakang. 

Meletus ketawa dari dua puluh dua bibir yang lain.

Akma si tubuh kecil mengetuk gelas dengan hujung sudu. "Attention. Attention." Dua puluh tiga kepala berpaling menghadap Akma termasuk Thaqif dan Khairin yang tengah makan kek sama-sama tu. "Masa untuk buat ucapan. Siapa nak start dulu?" Akma menyambung.

"Aku. Aku." Bersemangat Hazim mengangkat tinggi sudu di tangan.

Hazim bangun dan berdehem membetulkan anak tekak. "Sebagai ketua kelas korang selama dua tahun ni, aku nak cakap, aku gembira dengan korang yang memang happening. Persahabatan kita yang gempak ni takkan aku lupakan kerana ini adalah salah satu nikmat hidup terbaik yang aku dapat sepanjang tujuh belas tahun aku hidup." Masing-masing dah tersenyum memandang antara satu sama lain.

"...terima kasih juga kepada Maisara my asistant yang setia bersama-sama aku waktu susah dah senang, masa happy dan masa korang mengada." Mata kiri dikenyitkan pada Maisara. Satu kelas dah sorak gamat. Kecoh benar Secret Recipe siang itu. Nasib baik dah reserve untuk class gathering terakhir mereka sebelum SPM ini.

"...and aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Jumpa lagi masa reunion sepuluh tahun lagi. And aku nak umumkan pada semua, kalau result aku keluar nanti okey, aku nak masuk minang Maisara. Sekian terima kasih." Bertambah gamat Secret Recipe dengan sorakan dan tepukan. Maisara tersipu malu di sebelah Atikah.

Selepas dua puluh empat orang buat ucapan bergilir, mereka sambung makan. Ada yang cakap pasal kahwin la, pergi oversea la, pindah rumah la, buat bisnes jual baja la apa la. Macam macam. Tapi ni la kawan yang ada masa susah senang. Azad melabuhkan duduk di hadapan Zulaikha. Dia menarik segaris senyum pada Zulaikha yang sedikit tersentak.

Apahal duduk depan ni pulak? Zulaikha tunduk merenung kek dalam piring daripada merenung makhluk berambut pacak berkemeja plaid biru-hitam dengan black khakis di depannya itu. Garfu menguis cebisan kek dalam piring. Muka dah rasa macam ada orang main hembus-hembus nafas je.

Alahai tunduk pulak dia. Mata masih tak lepas pada gadis di hadapannya. Cantik dengan memakai fishnet sweater berwarna krim di atas black wife beater itu. Rambut panjang melepasi bahu yang diikat side twist fishtail braid menambah seri. Tapi sayang, kecantikan yang dia nampak tu semuanya aurat.

"Why not kau pakai tudung?" Tanpa sedar bibir menuturkan isi hati. Alamak.

Kepala yang dituduk tadi refleks terangkat merenung wajah pemilik tubuh dihadapannya itu. Tidak terkecuali beberapa kepala classmatesnya yang turut mendengar. Zulaikha merenungnya dengan mata berkaca. Alamak, aku cakap kuat sangat ke tadi?

"You’re just too much." Zulaikha bangun dari duduk. Telunjuk ditunding tepat ke muka Azad. "Hei Azad, aku pandang kau kecik-besar-kecik-besar je sekarang ni. Aku nak kau tahu title ‘kawan’ yang aku baru bagi kat kau tu belum cukup untuk bagi hak dekat kau untuk insult aku macam ni. It’s over Azad. You've just crossed the limit. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz Khairul Azad Anuar." Zulaikha terus berlalu keluar dengan langkah laju. Apa? Ingat orang free hair ni takde iman? Dia ingat dia tu baik sangat ke? Dia tu main bola nampak kepala lutut amende? Air mata yang mengalir di bawah sedar dibiar tak diseka.

Azad dah terhenyak di kerusi. Sekelip mata je Zad. Tangan meramas rambut di kepala. Quraisya dah menggaru kepala tak gatal yang berlapik shawl. Hancus! Kut ya pun tak tegur, jangan la depan orang ramai. Dia pun ada maruah juga Zad. Kepala digeleng kesal. Dah la mood dia tak berapa betul lagi pasal kes semalam tu.

"Heii, kau ni dah kenapa Zad?" Miera bersuara tak puas hati. Rasa seolah-olah dia turut sama disindir. Diana, Wafa, dan Ain turut terasa. Masing-masing terdiam membisu bersama-sama seisi pelajar 5SC1 yang turut diam tak berkutik.

Apa nak jadi ni Azad? Teringat kata-katanya sendiri kepada Farish tidak lama dahulu.

Aku yang ruinkan everything before anything get started.

Ya, memang aku. Azad tertunduk meraup rambut di belakang kepala dengan kedua-dua belah tangan. Shit! Tanpa sedar tangan menumbuk geram permukaan meja dengan perasaan yang berbuku.

Afiq melabuh duduk di sebelah Azad. Bahu Azad ditepuk disuruh bertenang. Sabar Zad, sabar. Mata merenung pintu keluar Secret Recipe dengan pandangan penuh kesal bercampur simpati.



************

Ha... apa pulak dah jadi ni? Pandai pandai la korang sambung. *ketuk gong* Ding! Dengan rasminya... Round 5! Actually, post ni dah lama siap, tapi when it comes to the editting part, oh sure it's killing me! So, here is it. And you know what you gonna do next, Ell?