Wednesday, 28 November 2012

9 : Heart Track by Kyra


Di hujung padang kelihatan seorang lelaki sedang bersila mengelap peluh di dahi sambil memerhatikan rakan-rakannya yang sedang bermain bola sepak di tengah padang. 

"Pasti Azad tu". Langkahnya diatur dengan penuh berhati-hati menuju ke arah lelaki itu.

Sedang Azad leka merehatkan dirinya yang baru sahaja lepas bermain bola, dirinya telah disapa oleh seseorang.

"Hai Azad. Baru lepas main bola ke?"

Azad yang terleka terus tersentak apabila menangkap suara orang yang menegurnya. Secara refleks dia menoleh ke arah pemilik suara itu.

'Zulaikha?'. Terkejut Azad di dalam hati.

"Oh. Hai Zue. Haah. Aku baru lepas main bola. Ada apa kau cari aku ni?"

Pelik juga Azad apabila Zulaikha menegurnya. Sebelum ini jangan haraplah Zulaikha ni nak tegur dirinya. Bila Azad menegurnya pun, Zulaikha hanya jawab acuh tak acuh sahaja. Pandang ke arah dirinya pun tidak. Tetapi, hari ini Zulaikha betul-betul berkelakuan pelik.

Zulaikha segera bersila di sebelah kiri Azad tanpa dipelawa.

"Err... Sebenarnya aku..." Tergagap-gagap Zulaikha hendak bersuara.

"Sebenarnya apa?" Soal Azad.

"Nah."

Zulaikha menghulurkan sebuah beg plastik berwarna hitam yang berisi selipar Azad tanpa memandangnya. Kepalanya ditoleh ke arah kiri sambil memejamkan mata. Azad menyambut beg plastik yang dihulurkan.

Zulaikha yang masih menoleh ke arah kiri masih sempat bermonolog di dalam hati.

'Habislah aku! Mengamuklah dia ni nanti! Matilah aku kena jawab!'

Zulaikha sudah bersedia menerima apa sahaja tohmahan mahupun cacian daripada Azad. 

"Oh, selipar aku eh! Ok. Thanks!"

Zulaikha terkejut. Lain yang dirasa, lain pula yang berlaku. Segera dia menoleh ke arah Azad. Zulaikha melihat bungkusan beg plastik itu terikat rapi seperti tadi di sebelah peha pemiliknya. Rupa-rupanya Azad masih tidak perasankan lagi perubahan warna seliparnya. 

"Kaki kau dah ok ke?" Tanya Azad lagi.

"Oh, dah. Dah ok dah."

Zulaikha mengambil kesempatan yang ada untuk melarikan diri. Sebelum Azad perasan, baik dia pergi dahulu. Semakin lama dia berada di sini, semakin kencang degupan jantungnya berdetap.

"Urm, ok lah. Aku ciao dulu! Thanks sebab sudi pinjamkan selipar kau hari tu."

"Ok Zue. Tara hal."

Segera Zulaikha bangun dan pergi dari situ dengan hati yang lega. Hari ini Zulaikha selamatlah. Esok lusa siapa tahu. Azad hanya mengangkat bahu tanda pelik dengan perubahan sikap Zulaikha.

'Ah, biarlah. Asalkan dia bahagia.' Monolog Azad di dalam hati.


*******

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sedar tak sedar tinggal empat bulan sahaja lagi Zulaikha dan rakan-rakannya akan menghadapi peperiksaan SPM. Peperiksaan yang akan menjadi penentu masa hadapan buat dirinya kelak. Zulaikha mengambil sebanyak 10 subjek. Dia mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni sebagai subjek tambahan. Ini semua gara-gara daddynya yang berkeras ingin melihat anaknya menjadi seperti dirinya.

'Macam manalah aku nak score subjek Arts ni? Aku tak minatlah. Aku lebih minat ke arah Science. Aku nak jadi doktor. Tapi, kalau aku tak dapat score Arts ni, mesti daddy akan kecewa. Aku tak nak kecewakan daddy. Aku satu-satunya harapan buat daddy dan mummy. Aduh! Aku kena score juga Arts ni. Aku akan belajar betul-betul demi daddy. Aku nekad. Apa nak jadi pun jadilah. Kebahagiaan daddy dan mummy melebihi segala-galanya. Ya Allah. Kau permudahkanlah aku. Aamiin.'

Planner ditutup. Segera dia mencapai beberapa buah buku Arts di atas meja. Tekun dia meneliti satu persatu topik di dalam buku itu. Habis satu buku, segera dia mengambil buku lain. Tangannya lincah melukis beberapa lukisan di atas kertas. Banyak kali jugalah dia gagal. Namun dia tidak akan patah semangat. Dia terus berusaha dan berusaha. 

Ketukan di pintu mengganggu sedikit konsentrasinya menelaah pelajaran. 

"Masuklah." Sahut Zulaikha.

"Assalamualaikum anak daddy. Buat apa tu? Daddy nak cakap dengan Ikha sekejap boleh?" Tanya Datuk Zulkifli di muka pintu.

"Waalaikumsalam daddy. Ikha tengah belajar subjek Arts ni. Masuk ajelah daddy." Segera Zulaikha memfokuskan dirinya ke arah daddynya yang sudah duduk di birai katil. Zulaikha menghampiri daddynya.

"Ikha study subjek Arts? Biar betul anak daddy ni? Bukan ke Ikha tak suka Arts?" Soalan pertama yang terpacul dari bibir daddynya membuatkan Zulaikha tersenyum.

"Tu dulu daddy. Sekarang Ikha betul-betul serius nak study Arts. SPM dah dekat. Takkan Ikha nak burukkan slip keputusan Ikha kot. I have made up my decision. I need to do something. Apa yang Ikha buat ni pun untuk daddy jugak. I want to make you happy." Jujur Zulaikha mengungkapkan kata-kata.

"Thanks dear. Daddy memang nak anak daddy ni jadi macam daddy. Dulu memang daddy paksa Ikha ambil Arts. Tapi sekarang daddy lega bila Ikha dah terbuka pintu hati untuk belajar Arts. Daddy minta maaf kalau Ikha rasa terbeban dengan apa yang daddy nak. Apa-apa pun Ikha jangan paksa diri ye. Buat slow-slow. In shaa Allah boleh. Anak daddy ni kan pandai." Senyum Datuk Zulkifli.

"Daddy jangan minta maaf. Sekarang memang Ikha dah bertekad. In shaa Allah daddy. Daddy doakan kejayaan Ikha tau. Thanks a lot daddy. I love you so much." Segera Zulaikha memeluk daddynya. Matanya sudah digenangi air. Bila-bila masa sahaja boleh menitis. 

"Daddy sentiasa doakan kejayaan anak daddy ni. I love you too. Dah dah. Jangan menangis. Tak comel dah anak daddy ni. Ok lah. Daddy keluar dulu ye. Ikha sambung la belajar." 

Senyum Datuk Zulkifli lagi sebelum dia keluar dari bilik anaknya. Hatinya turut tersentuh melihat kesungguhan anaknya. 

'Semoga kejayaan menjadi milikmu suatu hari nanti.'

Kini Zulaikha bertekad. Dia menjadi lebih semangat dari tadi. Demi sebuah kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia yakin sebarang onak dan duri mampu ditempuhinya. Air mata yang ingin menitis pantas diseka. Lalu dia bangun dan menuju ke meja belajarnya dengan langkah yang penuh dengan keazaman.







**********

Alhamdulillah. Siap jugak Part 9 by me. Sorry kalo tak best. Macam biasa, turn ke... urm... ke 4 kan? Haa. Betullah. Turn ke 4 yang akan diteruskan oleh Eyza. Jyeahh. Go! Go! Go! Ole.. Ole.. Ole.. :D



No comments:

Post a Comment