Zulaikha menamatkan panggilan. Samsung Haptic Pop diletakkan di atas riba. Berkerincing bunyi key chain yang bergantungan di hujung handsetnya. Zulaikha menayangkan muka kecewa.
"Kenapa? Tak
boleh ke weh?" soal Quraisya perlahan. Turut kecewa.
Tiba-tiba
Zulaikha tersenyum lebar. "Aku buat suspend
aje. Boleh la! Mummy aku bagi." Terus Zulaikha melepaskan tawa.
"Chet, siot je.
Daddy kau? Bukan dia on the way ke?"
"Dah dua puluh
minit weh kita tunggu. And for your information, mummy aku cakap, daddy pergi
main golf. Which means dia tak ingat pun nak jemput aku. Great! Isn’t it?"
Zulaikha mengangkat bebola mata ke atas.
"Laa, yeke? What
a waste of time!" Quraisya tepuk dahi. "Dah jom. Chalo beti." Quraisya menarik
lengan Zulaikha untuk bangun.
*******
"Assalamualaikum
mama. Raisy dah balik." Quraisya melaung kuat di muka pintu.
"Hisy, anak dara
buat cara anak dara Raisy." Marah Puan Qistina yang berada di laman rumah,
menyiram pokok bunga.
"Laa, mama kat
situ ke? Raisy masuk dulu ye? Raisy lapar la mama." Terus Quraisya memboloskan
diri ke dalam rumah.
"Mama." Zulaikha
menghulurkan salam.
Salam tak
bersambut. "Masuk la Zulaikha. Tangan mama basah ni. Pergi ikut Raisy masuk. Makan nasi."
Puan Qistina melemparkan senyuman buat Zulaikha.
Tak macam
Quraisya, Zulaikha memanggil papa dan mama Quraisya dengan panggilan yang sama
dengan Quraisya. Quraisya hanya memanggil mummy dan daddy Zulaikha dengan
panggilan aunty dan uncle je. Yela, Zulaikha orang berada, takkan dia nak tibai
je panggil Datuk Zulkifli dengan Datin Atilia tu dengan panggilan mummy dan daddy.
Lagi pun Quraisya segan. Keluarga dia orang biasa je. Dia sendiri tak rapat
dengan mummy dan daddy Zulaikha.
"Emm, sedapnya
bau asam pedas ni." Tangan Zulaikha lagi pantas membuka tudung saji.
Tak menyempat.
Aku pun lapar jugak Miss Zulaikha oii. Namun, dia hanya tersenyum.
"Kau masak ke ni,
Sya?" soal Zulaikha dah capai dua biji pinggan lalu menyendukkan nasi buat
mereka berdua.
Quraisya menarik
kerusi di hadapan Zulaikha selepas membasuh tangan. "A’ah, aku masak." Huluran
pinggan berisi nasi disambut. "Tapi yang ni aje la." Jari ditunding ke arah
piring omelette yang tinggal separuh.
"Chet, baik tak
payah." Zulaikha mencebik.
"Tak payah, kau
jangan makan." Piring omelette ditarik rapat ke arahnya.
Puan Qistina yang
baru masuk terus berlalu ke dapur apabila mendengar bunyi bising.
"Mama, tengok Sya
ni mama. Dia kedekut tak nak kasi telur dadar tu sikit." Zulaikha terus
mengadu.
"Dia yang..."
"Makan elok-elok
la sayang. Jangan bising sangat, Que tengah tidur tu."
Terus mereka
menyambung makan macam biasa. Puan Qistina melabuhkan duduk di sebelah
Quraisya.
"Eh, mama dah
makan ke? Lupa nak jemput." Zulaikha rasa serba salah pula.
"Eh, dah. Mama
dengan papa dah makan tadi." Puan Qistina tersenyum. Cantik mama Sya ni,
terdetik dalam hati Zulaikha.
"Ni, mama nak
tanya Zulaikha. Class gathering hari Isnin ni untuk apa Zulaikha? Raisy ni nak
sangat pergi. Mama rasa kalau tak penting, mama nak suruh dia balik rumah awal,
jaga Que."
"Oh. Emm, mama
ingat Zakri tak? Classmate kita orang."
"Yang mana?"
"Ala, Zakri yang
datang masa raya tahun lepas tu. Yang tertumpahkan air oren atas Que masa Que
tengah tidur tu. Masa tu dia gelabah gila lap baju Que dengan kain samping dia
tu. Ingat tak?" Zulaikha cuba explain.
"Oh, a’ah. Mama
ingat. Ha, kenapa dengan dia tu?"
"Macam ni, dia
dengan kembar dia Zafirah, classmate kita orang jugak, nak pindah pergi
Australia ikut family, migrate. Jadi, class gathering tu untuk raikan dia orang
la."
"Boleh la mama
Raisy nak pergi, eh mama?" Quraisya dah
menarik-narik baju Puan Qistina.
"Oh, kalau si
Zakri tu mama tak kisah. Classmate korang jugak. Pergi la."
"Yeay! Sayang
mama. Berdiri. Berdiri. Yeay!" Quraisya bersorak riang.
Selepas habis
menonton filem hindustan dekat TV3 yang dah tinggal penghujung je tu, pemandu
Zulaikha pun tiba di hadapan rumah Quraisya. Selepas salam papa dan mama
Quraisya dan mencium pipi Que, Zulaikha keluar ke pagar bersama-sama Quraisya.
"Okey, dah. Pergi la, driver kau dah tolong bukak pintu dah tu." Dia menolak perlahan
bahu Zulaikha.
"Okay, bye Sya. Thanks for your hospitality. Kirim salam
semua."
"Tak payah nak
formal sangat la, kan?" Mereka ketawa.
*******
I Don’t Care – Apocalyptica berdentum kuat dari speaker
laptop Vaio pink milik Zulaikha
menamaninya yang sedang download movie Cowboys
and Aliens. Kepalanya bergoyang kuat mengikut irama I Don’t Care yang tengah bahagian korus.
Tiba-tiba Samsung
Haptic Popnya bergetar vibrate di
atas karpet Shaggy berbulu panjang itu. Zulaikha menekan butang hijau sebelum
sempat Linkin Park memulakan nyanyian.
"Zue, kau dalam
bilik ke?" Terus suara Quraisya yang macam kalut menerjah telinga.
"A’ah, kenapa
kau..."
"Okeh, chantek!"
"Ada apa ni, Sya?"
"Kau stand by dekat tingkap bilik kau yang
paling hujung sekali, belah kanan." Talian dimatikan.
Terus Zulaikha
terbangun menuju ke tingkap panjang yang paling hujung. Dia mengintai ke luar.
Terkejut apabila dia melihat Quraisya sedang memanjat tembok tinggi di belakang
rumahnya. Atau lebih tepat lagi, belakang biliknya.
Quraisya mendarat
dengan selamat. Dia masuk ke dalam bilik Zulaikha melalui tingkap yang telah
dibuka oleh Zulaikha. Nasib baik bilik Zulaikha tingkat bawah. Kalau tak entah apa lagi si Quraisya ni nak panjat.
"Now can you please explain what’s going on? Sneak in
like a first class theif?" soal Zulaikha, bercekak pinggang. Belum sempat Quraisya membuka mulut
Zulaikha mencelah. "Before that, please
take off your Converse. No shoes in my room except for my bunny slippers." Jari
ditunding tepat ke arah kasut Quraisya.
Lagu I Don’t Care dah berganti dengan Castle of Glass – Linkin Park. "Kejap,
aku tengah pening tengok banyak sangat pinky
pinky blinky dalam bilik kau ni." Quraisya duduk bersila megelakkan tapak
kasutnya menyentuh lantai lamina bilik Zulaikha. "First, sorry for sneaking in. Second, I rather to go this way in stead
of melalui pagar besar kau tu, jumpa guards
kau, isi buku pelawat, tunjuk My Kad bla bla bla. Third, aku sebenarnya bosan and nak ajak kau keluar sebab tu aku
tak bukak kasut aku ni." Senafas Quraisya menjelaskan.
"Okey, okey!"
Zulaikha angkat tangan. "First, it’s
okay. Aku tak marah tapi terkejut. Second,
you’re exagerrating. Mana ada sampai kena tunjuk MyKad. Third, I’m sorry and jom keluar, okey?"
suara Zulaikha mengendur pada hujung ayat.
"Macam ni la member. Gimmie a hug!" Zulaikha terus
memeluk Quraisya yang masih bersila.
"Kejap. Kau nak
keluar macam ni aje ke?" bebola mata Quraisya naik turun meneliti Zulaikha.
Rambut diikat side ponytail, oversized
hoodie gambar Baby Tazmania, shorts warna
hitam paras peha, bunny slippers warna
pink.
Oh. Baru Zulaikha
perasan. "Aku salin kejap." Zulaikha berlalu ke walk-in wardrobenya. Siap! V-neck
t-shirt dengan straight cut jeans. Rambut
je masih sama macam tadi. Takpe la, lawa je Zulaikha ni walaupun buat rambut messy macam mana pun. Zulaikha pantas
mencapai sepasang kasut baru dalam kotak dan sling bagnya yang tergantung di belakang pintu.
"Nak pergi arah
mana?" Zulaikha menunjuk ke arah pintu dan tingkap.
"Tempat aku masuk
tadi." Mereka ketawa. Zulaikha pun ikut je memanjat tembok. Ala, sekejap je.
Daddy pun tak sedar agaknya dia keluar. Laptop pun dibiarkan terpasang lagi.
*******
Hazim, Maisara,
Faizal dan Atikah tak kira. Dia orang dah settle
tempat. Zakri dengan Zafirah mesti la out
jugak. Quraisya cancel nama mereka di atas kertas senarai nama.
Okey, Miera, Diana, Wafa, Ain, dessert. Azad,
Afiq, Chun Yew, Naim, main dish. Aku,
Zulaikha, Izzati, Zahirah air dan kek. Hehehe. Opie, Razif, Haziqah, Syafiqah,
Akma, Ifwat pizza. Dia orang kan kaya. Last sekali, Thaqif dan
Khairin the sweet couple settle pinggan,
mangkuk, sudu semua. Selesai! Kelas tak ramai senang sikit. Dia selaku
setiausaha membahagikan tugas. Nasib baik masing-masing senang beri kerjasama.
Dia menoleh ke
arah Zulaikha di sebelah yang masih melarikan Pilot Shaker di atas dada sketching paper. Dia tak berniat nak
ganggu, tapi apabila melihat entah helaian yang ke berapa menjadi santapan tong
sampah di sebelah Zulaikha, dia bersuara. "Zue, kau tahu kan, kau tu tangan
kayu, tak pandai melukis, buruk. So what
are you still doing?"
"I’m trying. Damn it!" Helaian itu turut dikoyakkan dan dicampak ke dalam tong
sampah kelabu tu. Kenyang makan kertas.
"Kau jangan paksa
diri kau kalau tak boleh, boleh tak?" Quraisya tak tahan dah.
"Kau tak faham.
My daddy..."
"Yeah. Daddy kau and kau, korang tak speak the same language. Kau ingat arts ni mengalir ikut darah ke yang kau
senang-senang nak inherit bakat daddy
kau? Dia nak kau jadi pelukis doesn’t
meant you have to. Kau dah bazirkan hampir setengah tahun ambil subjek seni
Ikha. Apa yang kau dapat? Fail subjek tu dan burukkan slip keputusan kau setiap
kali exam?" Quraisya menuturkan
serius, berterus terang aje. Dah lama dia simpan.
"Kau tak tahu,
Sya. Aku anak tunggal. When he say I
must, it means I have to." Sedih sekali nada suaranya.
"Okay, let’s change the subject. Letak
pensel dan sketch book ni ke tepi,
okey?" Anak rambut Zulaikha yang terjuntai disangkut ke belakang telinga. “Dah
jangan sedih sedih. Aku minta maaf.”
Zulaikha senyum
tawar. "By the way, kenapa
kadang-kadang kau panggil aku Zue, kadang-kadang Ikha?"
Quraisya sengih.
Itu pulak dia nak tanya. "Nama kau terlalu panjang untuk diguna sikit je Zue.
Aku panggil la selagi boleh. Takkan panggil Lai pulak, kan? Lai lai, chi mi fan. Wo zidao ni ele." Quraisya
tergelak.
"Eee, speak the
language I can understand la." Pipi Quraisya ditarik.
"Does this shows the face I care?" Quraisya
buat muka Terminator. Ketawa mereka pecah.
"Sebenarnya, aku
panggil Zue when kita biasa-biasa je. Bila aku panggil Ikha, tu maknanya aku serius,
okey?" terang Quraisya selepas tawa mereka reda.
Zulaikha angguk
sekali. Dia manarik sila di atas bangku taman. Kasut flat dibuka. Jari kaki yang melecet dipegang, dah berdarah pun. Ni
sebab tadi pusing taman banyak kali la ni. Macam mana nak jalan balik? Call driver? Tak! Pinjam kasut Quraisya?
Lagi la tak!
"Hei, korang
tengah buat apa tu?"
Zulaikha angkat
muka. "Memancing." Jawabnya sinis sebelum memalingkan muka. Menyampah.
"Oh, Azad! Kita
orang lepak-lepak je." Quraisya jawab bagi pihak mereka berdua. Azad ni tak
payah tanya pun dah tahu dia baru balik main bola. Jersi yang tersarung dan kasut bola di
tangan dah menjelaskan semuanya.
Azad. Khairul
Azad. Classmate mereka yang paling
dibenci oleh Zulaikha. Bila ditanya kenapa dia jawab "There’s always a person that you hate for no reason." Entah la.
Dia kata Azad ni macam berlagak, kerek, suka show off. Padahal dia rasa biasa je. Tapi sejak form three Azad ditransferkan ke sekolah ni,
Zulaikha memang alergi dengan si Azad ni.
Zulaikha mengalih
pandang ke arah tong sampah kelabu semasa Quarisya dan Azad tengah borak entah
apa. Quraisya ni senang aje kamceng dengan orang.
"Oh. By the way Zue. Nah selipar aku." Fipper
biru ditanggalkan dari kaki. "Nah." Fipper diunjukkan ke hadapan muka Zulaikha.
Matanya memberi isyarat ke arah jari kaki Zulaikha yang berdarah. Zulaikha
menjeling panas. Perasan aje mamat tak semenggah ni. Nak tak nak dia takde
pilihan lain. Fipper biru ditarik kasar dari tangan Azad.
"Thanks." Ucapnya perlahan hampir tak kedengaran.
"Apa dia? Tak dengar." Azad ketawa. "Takde la, gurau je. Okey la, Sya. Aku
chow dulu. Pasal main dish tu aku
tara hal. Bye, Sya."
Quraisya sengih je. Selepasa Azad berlalu dengan kasut bola yang disarung macam selipar Croc tu, dia menoleh ke arah Zulaikha yang nampak macam tak puas hati je. Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Nafas dilepaskan.
***********
Fuhh! Habis jugak menaip entri ni! *lap peluh* Sorry guys! I can't help it. My idea flows non-stop since pukul 2 pagi tadi. Hasilnya... mangai! Panjang. Hope korang dapat buat macam ni jugak. Again, sorry kalau tak menepati citarasa readers semua. Selepas ni Ellyna's turn. Chaiyok Ell!
Saya suka..... menarik.... unik.... :)
ReplyDelete