Thursday, 29 November 2012

10 : Heart Track by Eyza


Sebaik sahaja loceng tamat waktu mata pelajaran Sejarah berbunyi, Zulaikha menutup buku teks dan buku nota. Planner ditarik dari bawah meja. Tangan cekap mencapai buku-buku Biology dari dalam beg tanpa memandang. Tanpa menunggu Quraisya yang masih mencari buku-bukunya, Zulaikha pantas mengatur langkah ke meja Opie.

"Opie, boleh tak bagi aku pinjam nota Sejarah kau. Sebab aku masih confuse yang ordinan-ordinan tu semua." Opie memang terkenal dengan kepandaiannya dalam subjek Sejarah. Nota-notanya selalunya ringkas dan mudah faham. Kadang-kadang classmates menggelar dia sebagai ‘museum’ kerana kebolehan otaknya menyimpan maklumat-maklumat sejarah.

Sekarang ni, Zulaikha sudah mula serius dalam pelajaran. Dah kesuntukan masa untuk lepak santai. Sekarang ini, mereka semua bagai menanti bom jangka untuk meletup. Dah tak ada masa nak matikan bom itu. Yang mereka perlu lakukan saat itu hanyalah lari demi menyelamatkan diri. Oleh sebab itu, Zulaikha sentiasa berusaha cuba mencari bantuan, maklumat tambahan supaya dia faham semuanya. Masa lapang yang tinggal cuma untuk cover balik pelajaran form four yang dia tak faham ataupun lupa. Empat bulan bukanlah waktu yang panjang.

"Tara hal. Tapi bagi balik esok, aku nak sambung nota bab sembilan." Opie menyerahkan buku notanya yang kulit depan dia macam dah nak lunyai. Kalau dah lelaki tu lelaki jugak la. Zulaikha menyimpan senyum dalam hati.

"Thanks. Tapi jap, kau kata nak buat nota bab sembilan?" Kening Zulaikha terangkat sebelah. "Bukan belum belajar lagi ke?"

Opie hanya menayang sengih lalu mencapai buku teks Biology. Lupa pulak Zulaikha yang dia sedang bercakap dengan Historical Brainiac. Itu la Opie atau nama sebenarnya, Saufi. Saat begini, ramai rakan-rakan kelasnya menjadi sumber inspirasi dan role model yang baik untuk Zulaikha contohi. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Zulaikha pusing semula ke majanya. "Sya, cepat sikit Sya. Karang lambat pulak." Zulaikha memanggil dari muka pintu.

"Coming!" Balas Quraisya gelabah sambil mencapai segala benda atas mejanya. Hmm, ni lagi sorang. Kalutnya tak pernah berubah.

Mereka berjalan pantas menuju ke makmal Biology. Takut lambat. Dah la semenjak dua menjak ni Cikgu Zihni macam angin sikit. Cakap tu kadang-kadang pakai bahasa sarkastik yang memang takde dalam silibus sekolah aje. Tapi mereka sekelas semua boleh agak kenapa Cikgu Zihni jadi macam tu.

"Kenapa ek Zinger Burger tu…" Mata Zulaikha mencerun macam Superman nak cairkan besi. "…I mean Cikgu Zihni, mood dia macam K.O sikit? Dengan kelas kita je pulak tu. Safiyah cerita kat aku Cikgu Zihni mengajar kelas dia orang best aje. Siap story-story lawak lagi." Quraisya menyatakan kehairanannya. Sebab kalau disebabkan kes putus tunang tu, takkan la cikgu tiba-tiba nak angin dengan kelas dia orang je?

"Hmm, kau tengok la result Mid-Term kita bulan lepas macam mana. Semua macam dah nak underground je. Okay, fine, aku exaggerate. Bukan la semua, tapi majoriti markah macam hidup segan mati tak mahu je. Maunya tak dia nak marah. Pulak tu, kelas Sains 2 lagi maju, markah up. Memang wajar la." Zulaikha mengeluh pada hujung ayat.

Oh, mungkin juga. Tapi aku bersyukur sangat Bio aku kira tahap okey lagi. Quraisya memanjatkan rasa syukur dalam hati walaupun dia tahu dia tak harus cepat berpuas hati dengan pencapaiannya.

"Assalamualaikum." Quraisya mengetuk pintu makmal sebelum mereka berdua melangkah masuk. Kepala ditekur rendah bimbang dimarahi. Minggu lepas Afiq dengan Wafa dah kena sound dah sebab lambat masuk lab.


"Kenapa? Sesat? Dah tak kenal mana satu lab Bio, mana satu Bilik Pengawas?"


Tapi sungguh, memang wajar dia orang lambat sebab mereka Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar. Kalau ada hal kat Bilik Disiplin atau Bilik Pengawas, mereka berdualah yang Cikgu Zaidi akan cari dulu. Kalau minggu lepas ada kes pelajar ponteng kelas.

Tapi Cikgu Zihni dah tak ada kompromi sekarang. Katanya, dah tahu SPM dah dekat, buat-buat la nak dekatkan diri dengan buku sikit instead of benda lain seperti tanggungjawab kita terhadap sekolah. Bukan tak boleh, tapi pandai-pandai la. Sedikit sebanyak ada benarnya kata-kata Cikgu Zihni itu.

"Oh, Zulaikha. Masuk la." Arah Cikgu Zihni tanpa nada.

Aik? Ingatkan nak kena fire dah tadi. Fuh, selamat, rezeki dia dengan Quraisya agaknya. Zulaikha dan Quraisya pantas mengatur langkah ke meja barisan ke dua sementara Cikgu Zihni sedang menulis sub topic di papan putih.

Saat melitasi meja hadapan, Zulaikha hampir tersandung dek entah apa yang menjadi penghalang. Zulaikha menoleh sekilas. Kaki Azad! Azad membuat isyarat I’m-Watching-You menggunakan jari telunjuk dan jari hantu. Eyes to eyes.

Baru Zulaikha ingin membuka mulut melepaskan kemarahan, Azad menyampuk perlahan. "You owe me." Tanpa perasaan. Kemudian dia menoleh ke depan semula.

Zulaikha merengus lalu menghempaskan punggung ke atas bangku makmal. Dasar kaki ungkit tak guna! Berkira! Tak ada nilai keikhlasan dalam diri langsung! Kerek! Sengal sendi dan otot! Zulaikha menyumpah seranah Azad dalam hati. Quraisya di sebelah meramas bahunya supaya cool down.

Menyedari dirinya telah sedikit ketinggalan maklumat kerana Cikgu Zihni telah memulakan pelajaran dan dia langsung tak dengar apa cikgu cakap dekat depan, Zulaikha pantas menyelak buku teks ke halaman yang tertulis di papan putih. Dia harus serius dan fokus. Ya, fokus! Fokus Zulaikha Zulkifli!

Mana? Mana? Mana? Ha, there you go. Jumpa!

"Ha, Zulaikha. Terangkan." Bergema suara Cikgu Zihni dari hadapan makmal.

Oleh kerana terkejut dengan arahan yang berbunyi seperti sergahan itu, Zulaikha terbangun dari duduknya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Rasa bagaikan dia berada di centre of the earth dan semua memandangnya. Sungguh, wajahnya rasa macam kena cucuk dengan lima belas bilah pisau Rambo, bukan pisau lipat dua puluh sen tu. Bulat mata Zulaikha kerana terlampau terkejut.

"Terangkan." Ulang Cikgu Zihni sekali lagi.

Zulaikha betul-betul tak berani nak tanya apa sebenarnya yang cikgu tanya tadi. Sebab seawal Cikgu Zihni berkhdmat sebagai guru ganti lagi dia dah beritahu, dia tak suka ulang arahan dia lebih dari sekali kerana dia mahu pelajarnya menumpukan perhatian. Peluh tak berjantina mula bermanik di dahi dan tapak tangan Zulaikha.

Saat itu, Zulaikha rasa dunianya gelap, bagaikan terjatuh ke dalam lubang gelap dan dalam tanpa sebarang sumber cahaya. Hati kecilnya menjerit ‘Mummy, daddy, mama, papa, Sya, Zulaikha sayang kalian semua!’


*******

Pinggan nasi lemak diletak di atas meja. Teh ais disambut dari tangan Quraisya. Pantas punggung dilabuhkan di atas kerusi. Perut dah berkeroncong, apatah lagi aroma sambal nasi lemak itu dah memenuhi rongga hidung. Sedapnya makan panas-panas.

Quraisya duduk lambat-lambat. Haila, Zulaikha ni. Bab makan dia memang laju. Moto hidupnya ‘Makan mesti menjadi-jadi’. Eheh! Memandai aje dia reka moto hidup orang. Dasar ajinomoto betul. Quraisya membuka balutan pretzel bread. Quraisya lebih gemar mengamalkan gaya pemakanan sihat. Diet gitu. Lagipun, balik nanti makan jugak. So, rehat ni makan benda ringan je la.

"Kau rasa kenapa dia buat macam tu?" Soalan Quraisya yang secara tiba-tiba itu menyekat tangan Zulaikha daripada menyudu nasi lemak ke mulut.

Zulaikha membenamkan sudu dalam timbunan nasi. "Kau rasa kau nak aku blah dari sini daripada makan dengan kau ke?" soal Zulaikha tanpa nada dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan.

"Laa, relaks la. I just wonder why." Quraisya mengunyah pretzel bread selamba.

Zulaikha menyudu nasi lemak masuk mulut. "Maybe dia nak tunjuk pandai? Who knows?" suara kembang dengan mulut separa penuh.

Quraisya mengangkat bahu lantas menyambung kunyahan. Yeah, who knows?


"Tapi aku rasa la..." sudu diangkat tinggi paras hidung. "...dia saja nak jatuhkan maruah aku." Dia tersengih sinis.

"But, dia..."

"One more word out, kau makan sorang-sorang dekat sini."



************

Au... (/.\) Cak! \(^.^)/ Sorry dear readers. Been through quite hard times. So, hasilnya pun kurang asam, garam, gula dan bawang. Sorry sebab takde idea, tapi gatal nak post cepat-cepat. It's because I'm running out of time. Banyak benda nak kejar sedangkan tanah pun dah tak cukup nak jejak. :P So, dengan rasminya dah masuk round 4. Lepas ni turn Ellyna. C'mon Elly jelly belly button! You can do better.  

Wednesday, 28 November 2012

9 : Heart Track by Kyra


Di hujung padang kelihatan seorang lelaki sedang bersila mengelap peluh di dahi sambil memerhatikan rakan-rakannya yang sedang bermain bola sepak di tengah padang. 

"Pasti Azad tu". Langkahnya diatur dengan penuh berhati-hati menuju ke arah lelaki itu.

Sedang Azad leka merehatkan dirinya yang baru sahaja lepas bermain bola, dirinya telah disapa oleh seseorang.

"Hai Azad. Baru lepas main bola ke?"

Azad yang terleka terus tersentak apabila menangkap suara orang yang menegurnya. Secara refleks dia menoleh ke arah pemilik suara itu.

'Zulaikha?'. Terkejut Azad di dalam hati.

"Oh. Hai Zue. Haah. Aku baru lepas main bola. Ada apa kau cari aku ni?"

Pelik juga Azad apabila Zulaikha menegurnya. Sebelum ini jangan haraplah Zulaikha ni nak tegur dirinya. Bila Azad menegurnya pun, Zulaikha hanya jawab acuh tak acuh sahaja. Pandang ke arah dirinya pun tidak. Tetapi, hari ini Zulaikha betul-betul berkelakuan pelik.

Zulaikha segera bersila di sebelah kiri Azad tanpa dipelawa.

"Err... Sebenarnya aku..." Tergagap-gagap Zulaikha hendak bersuara.

"Sebenarnya apa?" Soal Azad.

"Nah."

Zulaikha menghulurkan sebuah beg plastik berwarna hitam yang berisi selipar Azad tanpa memandangnya. Kepalanya ditoleh ke arah kiri sambil memejamkan mata. Azad menyambut beg plastik yang dihulurkan.

Zulaikha yang masih menoleh ke arah kiri masih sempat bermonolog di dalam hati.

'Habislah aku! Mengamuklah dia ni nanti! Matilah aku kena jawab!'

Zulaikha sudah bersedia menerima apa sahaja tohmahan mahupun cacian daripada Azad. 

"Oh, selipar aku eh! Ok. Thanks!"

Zulaikha terkejut. Lain yang dirasa, lain pula yang berlaku. Segera dia menoleh ke arah Azad. Zulaikha melihat bungkusan beg plastik itu terikat rapi seperti tadi di sebelah peha pemiliknya. Rupa-rupanya Azad masih tidak perasankan lagi perubahan warna seliparnya. 

"Kaki kau dah ok ke?" Tanya Azad lagi.

"Oh, dah. Dah ok dah."

Zulaikha mengambil kesempatan yang ada untuk melarikan diri. Sebelum Azad perasan, baik dia pergi dahulu. Semakin lama dia berada di sini, semakin kencang degupan jantungnya berdetap.

"Urm, ok lah. Aku ciao dulu! Thanks sebab sudi pinjamkan selipar kau hari tu."

"Ok Zue. Tara hal."

Segera Zulaikha bangun dan pergi dari situ dengan hati yang lega. Hari ini Zulaikha selamatlah. Esok lusa siapa tahu. Azad hanya mengangkat bahu tanda pelik dengan perubahan sikap Zulaikha.

'Ah, biarlah. Asalkan dia bahagia.' Monolog Azad di dalam hati.


*******

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sedar tak sedar tinggal empat bulan sahaja lagi Zulaikha dan rakan-rakannya akan menghadapi peperiksaan SPM. Peperiksaan yang akan menjadi penentu masa hadapan buat dirinya kelak. Zulaikha mengambil sebanyak 10 subjek. Dia mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni sebagai subjek tambahan. Ini semua gara-gara daddynya yang berkeras ingin melihat anaknya menjadi seperti dirinya.

'Macam manalah aku nak score subjek Arts ni? Aku tak minatlah. Aku lebih minat ke arah Science. Aku nak jadi doktor. Tapi, kalau aku tak dapat score Arts ni, mesti daddy akan kecewa. Aku tak nak kecewakan daddy. Aku satu-satunya harapan buat daddy dan mummy. Aduh! Aku kena score juga Arts ni. Aku akan belajar betul-betul demi daddy. Aku nekad. Apa nak jadi pun jadilah. Kebahagiaan daddy dan mummy melebihi segala-galanya. Ya Allah. Kau permudahkanlah aku. Aamiin.'

Planner ditutup. Segera dia mencapai beberapa buah buku Arts di atas meja. Tekun dia meneliti satu persatu topik di dalam buku itu. Habis satu buku, segera dia mengambil buku lain. Tangannya lincah melukis beberapa lukisan di atas kertas. Banyak kali jugalah dia gagal. Namun dia tidak akan patah semangat. Dia terus berusaha dan berusaha. 

Ketukan di pintu mengganggu sedikit konsentrasinya menelaah pelajaran. 

"Masuklah." Sahut Zulaikha.

"Assalamualaikum anak daddy. Buat apa tu? Daddy nak cakap dengan Ikha sekejap boleh?" Tanya Datuk Zulkifli di muka pintu.

"Waalaikumsalam daddy. Ikha tengah belajar subjek Arts ni. Masuk ajelah daddy." Segera Zulaikha memfokuskan dirinya ke arah daddynya yang sudah duduk di birai katil. Zulaikha menghampiri daddynya.

"Ikha study subjek Arts? Biar betul anak daddy ni? Bukan ke Ikha tak suka Arts?" Soalan pertama yang terpacul dari bibir daddynya membuatkan Zulaikha tersenyum.

"Tu dulu daddy. Sekarang Ikha betul-betul serius nak study Arts. SPM dah dekat. Takkan Ikha nak burukkan slip keputusan Ikha kot. I have made up my decision. I need to do something. Apa yang Ikha buat ni pun untuk daddy jugak. I want to make you happy." Jujur Zulaikha mengungkapkan kata-kata.

"Thanks dear. Daddy memang nak anak daddy ni jadi macam daddy. Dulu memang daddy paksa Ikha ambil Arts. Tapi sekarang daddy lega bila Ikha dah terbuka pintu hati untuk belajar Arts. Daddy minta maaf kalau Ikha rasa terbeban dengan apa yang daddy nak. Apa-apa pun Ikha jangan paksa diri ye. Buat slow-slow. In shaa Allah boleh. Anak daddy ni kan pandai." Senyum Datuk Zulkifli.

"Daddy jangan minta maaf. Sekarang memang Ikha dah bertekad. In shaa Allah daddy. Daddy doakan kejayaan Ikha tau. Thanks a lot daddy. I love you so much." Segera Zulaikha memeluk daddynya. Matanya sudah digenangi air. Bila-bila masa sahaja boleh menitis. 

"Daddy sentiasa doakan kejayaan anak daddy ni. I love you too. Dah dah. Jangan menangis. Tak comel dah anak daddy ni. Ok lah. Daddy keluar dulu ye. Ikha sambung la belajar." 

Senyum Datuk Zulkifli lagi sebelum dia keluar dari bilik anaknya. Hatinya turut tersentuh melihat kesungguhan anaknya. 

'Semoga kejayaan menjadi milikmu suatu hari nanti.'

Kini Zulaikha bertekad. Dia menjadi lebih semangat dari tadi. Demi sebuah kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia yakin sebarang onak dan duri mampu ditempuhinya. Air mata yang ingin menitis pantas diseka. Lalu dia bangun dan menuju ke meja belajarnya dengan langkah yang penuh dengan keazaman.







**********

Alhamdulillah. Siap jugak Part 9 by me. Sorry kalo tak best. Macam biasa, turn ke... urm... ke 4 kan? Haa. Betullah. Turn ke 4 yang akan diteruskan oleh Eyza. Jyeahh. Go! Go! Go! Ole.. Ole.. Ole.. :D



Tuesday, 27 November 2012

8 : Heart Track by Ellyna


Aduh, sakitnya! Tak pernah-pernah la pula kaki aku melecet sampai berdarah sampai camni. Mana plaster? Alamak.. kat mana pula mama simpan first-aid-box ni. Zulaikha mengeluh. Kabinet televisyen di ruang tamu di buka macam orang gila semata-mata mencari kotak ajaib tu. Haila kotak.. kalau kaki aku tak sakit, takde maknanya la aku nak cari kau.

Huh! Tak jumpa. Biarlah.. kalau tak silap dalam purse aku ada simpan plaster untuk spare. Ambil yang kat dalam purse tu je la senang. Zulaikha terus menutup pintu dan laci kabinet dan terus berjalan terenjut-enjut menuju ke biliknya.

Pintu bilik dibuka. Pink! Zulaikha baru tersedar yang keseluruhan ruang biliknya itu adalah berwarna pink. Cadar, langsir, permaidani, cat dinding, almari, meja study, selipar Bunny kesayangan tu pun warna pink. Zulaikha tersenyum sendiri.


“Aduh sakitnya mata aku! Sakitnya mata aku. Tolong aku, Zue.”

“Kau ni dah kenapa Sya? Sakit mata ke?”

“Bilik kau ni macam pondan! PINK! You know what? I hate PINK!”

“Pondan kau cakap? Hek eh.. bilik aku.. suka hati la nak warna apa pun. Kau jealous cakap jealous la. Right my darling?” pipi Quraisya dicucuk.

“Adoi kau ni. Main pipi aku yang comel ni. Aku tahulah aku tembam. Tapi janganlah main pipi aku.” Quraisya memuncungkan mulutnya. “Merajuk la tu.” Zulaikha terus mencubit pipi Quraisya.


**********

“Azad. Selipar kau mana? Along nak pinjam ni. Along nak pergi surau. Selipar Along basuh, semalam Momo kencing, tak kering lagi. Pinjam selipar kau.” Laung Khairul Azif dari luar rumah. Khairul Azad terus membuka earphone di telinga, lagu Bring Me To life by Evanescence segera dihentikan.

“Along pinjam la. Pakai elok-elok, selipar baru tu.”

“Bro, mana bro? Aku tak nampak pun selipar biru kau tu. Dah 10 minit aku berdiri kat luar ni.”

“Along ni… Ada laa..” Eh? Selipar? Selipar aku? Uik, kat Zulaikha. Alamak!

“Along, pakai selipar papa dululah. Selipar orang kat Zulfiqar.” Goreng belacan je la Azad. Along tahu mati aku, sebab ni berkenaan dan berkaitan perempuan.

“Ye la.. Kau tak nak ikut ke? Ada ceramah hari ni. Along pergi dulu. Assalamualaikum.” Khairul Azif terus melangkah menuju ke surau Raudhatul Iman. Khairul Azif itu tahu yang adiknya itu memang liat ke surau.

Rumah sepi. Mama dengan papa tak balik lagi. Kalau balik pun waktu semua orang dah tidur. Azad duduk menyandar di sofa, otaknya menerawang entah ke mana-mana. Hurm cuma satu je persoalan yang terbit dalam benak fikirannya di kala ini. Siapa Zulfiqar? Aku kenal ke?


**********

Selipar biru dibelek. Kenapa dia baik sangat tolong aku? Kenapa dia? Kenapa tak orang lain? Kenapa tak budak lain? Zue… betul la kau ni menempah maut. Nak tak nak kau mesti kena pulangkan selipar ni balik kepada tuannya. Aduhai.. Khairul Azad..

Wahai selipar biru yang buruk. Jom pergi mandi. Nanti kalau aku bagi balik kau kat tuan kau, kalau dia tengok macam kotor nanti mesti tuan kau bising. Baik aku mandikan kau. Zulaikha segera melangkah menuju ke tandas biliknya. Anak orang kaya sungguh dia ni. Bilik sendiri pun ada tandas. Fuh!

Okey now.. Blue.. You sit hear properly.. then I take the brush and gosok-gosok you. Then sabun-sabun sikit. Letak clorox sikit. Entah ape la ni ada kesan hitam ni. Nanti dia salahkan aku pulak. Then bilas-bilas. Siap! Sekarang jemur!

Now nak wat homework. Chemistry. Esok Miss Wati bebel aku tak sanggup nak tanggung. Buku flying pun silap-silap boleh je berlaku. Ngeri!


************


Alamak! Aku dah lambat! Aku dah lambat! Jam loceng mati! Phone mati! Adui..

“Ikha, cepat turun. Dah lewat dah ni.” Laung Puan Atilia.

“Ye maa..” Selipar? Ambil selipar dulu kat luar. Alangkah terkejutnya. Selipar yang elok berwarna biru sudah bertukar menjadi warna pink yang bertompok-tompok. What the litmus slipper? Blue turns red? Hah? Azad? Aaarrrrghhh!!!!



*****************

Ini Part 8 cerita kami, yang ni, Ellyna yang tulis. Sorry la kalau tak best. Sumimasen. Bukan mi sup masin. Ni bahasa jepun untuk maafkan saya. hehe.. Ikuti kisah seterusnya yang akan disambung dalam Part 9 yang akan diteruskan oleh Kyra. Terima kasih. Arigato gozaimasu. Go Kyra Go!

Friday, 23 November 2012

7 : Heart Track by Eyza


Zulaikha menamatkan panggilan. Samsung Haptic Pop diletakkan di atas riba. Berkerincing bunyi key chain yang bergantungan di hujung handsetnya. Zulaikha menayangkan muka kecewa.

"Kenapa? Tak boleh ke weh?" soal Quraisya perlahan. Turut kecewa.

Tiba-tiba Zulaikha tersenyum lebar. "Aku buat suspend aje. Boleh la! Mummy aku bagi." Terus Zulaikha melepaskan tawa.

"Chet, siot je. Daddy kau? Bukan dia on the way ke?"

"Dah dua puluh minit weh kita tunggu. And for your information, mummy aku cakap, daddy pergi main golf. Which means dia tak ingat pun nak jemput aku. Great! Isn’t it?" Zulaikha mengangkat bebola mata ke atas.

"Laa, yeke? What a waste of time!" Quraisya tepuk dahi. "Dah jom. Chalo beti." Quraisya menarik lengan Zulaikha untuk bangun.

*******  

"Assalamualaikum mama. Raisy dah balik." Quraisya melaung kuat di muka pintu.

"Hisy, anak dara buat cara anak dara Raisy." Marah Puan Qistina yang berada di laman rumah, menyiram pokok bunga.

"Laa, mama kat situ ke? Raisy masuk dulu ye? Raisy lapar la mama." Terus Quraisya memboloskan diri ke dalam rumah.

"Mama." Zulaikha menghulurkan salam.

Salam tak bersambut. "Masuk la Zulaikha. Tangan mama basah ni. Pergi ikut Raisy masuk. Makan nasi." Puan Qistina melemparkan senyuman buat Zulaikha.

Tak macam Quraisya, Zulaikha memanggil papa dan mama Quraisya dengan panggilan yang sama dengan Quraisya. Quraisya hanya memanggil mummy dan daddy Zulaikha dengan panggilan aunty dan uncle je. Yela, Zulaikha orang berada, takkan dia nak tibai je panggil Datuk Zulkifli dengan Datin Atilia tu dengan panggilan mummy dan daddy. Lagi pun Quraisya segan. Keluarga dia orang biasa je. Dia sendiri tak rapat dengan mummy dan daddy Zulaikha.

"Emm, sedapnya bau asam pedas ni." Tangan Zulaikha lagi pantas membuka tudung saji.

Tak menyempat. Aku pun lapar jugak Miss Zulaikha oii. Namun, dia hanya tersenyum.

"Kau masak ke ni, Sya?" soal Zulaikha dah capai dua biji pinggan lalu menyendukkan nasi buat mereka berdua.

Quraisya menarik kerusi di hadapan Zulaikha selepas membasuh tangan. "A’ah, aku masak." Huluran pinggan berisi nasi disambut. "Tapi yang ni aje la." Jari ditunding ke arah piring omelette yang tinggal separuh.

"Chet, baik tak payah." Zulaikha mencebik.

"Tak payah, kau jangan makan." Piring omelette ditarik rapat ke arahnya.

Puan Qistina yang baru masuk terus berlalu ke dapur apabila mendengar bunyi bising.

"Mama, tengok Sya ni mama. Dia kedekut tak nak kasi telur dadar tu sikit." Zulaikha terus mengadu.

"Dia yang..."

"Makan elok-elok la sayang. Jangan bising sangat, Que tengah tidur tu."

Terus mereka menyambung makan macam biasa. Puan Qistina melabuhkan duduk di sebelah Quraisya.

"Eh, mama dah makan ke? Lupa nak jemput." Zulaikha rasa serba salah pula.

"Eh, dah. Mama dengan papa dah makan tadi." Puan Qistina tersenyum. Cantik mama Sya ni, terdetik dalam hati Zulaikha.

"Ni, mama nak tanya Zulaikha. Class gathering hari Isnin ni untuk apa Zulaikha? Raisy ni nak sangat pergi. Mama rasa kalau tak penting, mama nak suruh dia balik rumah awal, jaga Que."

"Oh. Emm, mama ingat Zakri tak? Classmate kita orang."

"Yang mana?"

"Ala, Zakri yang datang masa raya tahun lepas tu. Yang tertumpahkan air oren atas Que masa Que tengah tidur tu. Masa tu dia gelabah gila lap baju Que dengan kain samping dia tu. Ingat tak?" Zulaikha cuba explain.

"Oh, a’ah. Mama ingat. Ha, kenapa dengan dia tu?"

"Macam ni, dia dengan kembar dia Zafirah, classmate kita orang jugak, nak pindah pergi Australia ikut family, migrate. Jadi, class gathering tu untuk raikan dia orang la."

"Boleh la mama Raisy nak pergi, eh mama?"  Quraisya dah menarik-narik baju Puan Qistina.

"Oh, kalau si Zakri tu mama tak kisah. Classmate korang jugak. Pergi la."

"Yeay! Sayang mama. Berdiri. Berdiri. Yeay!" Quraisya bersorak riang.

Selepas habis menonton filem hindustan dekat TV3 yang dah tinggal penghujung je tu, pemandu Zulaikha pun tiba di hadapan rumah Quraisya. Selepas salam papa dan mama Quraisya dan mencium pipi Que, Zulaikha keluar ke pagar bersama-sama Quraisya.

"Okey, dah. Pergi la, driver kau dah tolong bukak pintu dah tu." Dia menolak perlahan bahu Zulaikha.

"Okay, bye Sya. Thanks for your hospitality. Kirim salam semua."

"Tak payah nak formal sangat la, kan?" Mereka ketawa.

*******

I Don’t Care – Apocalyptica berdentum kuat dari speaker laptop Vaio pink milik Zulaikha menamaninya yang sedang download movie Cowboys and Aliens. Kepalanya bergoyang kuat mengikut irama I Don’t Care yang tengah bahagian korus.

Tiba-tiba Samsung Haptic Popnya bergetar vibrate di atas karpet Shaggy berbulu panjang itu. Zulaikha menekan butang hijau sebelum sempat Linkin Park memulakan nyanyian.

"Zue, kau dalam bilik ke?" Terus suara Quraisya yang macam kalut menerjah telinga.

"A’ah, kenapa kau..."

"Okeh, chantek!"

"Ada apa ni, Sya?"

"Kau stand by dekat tingkap bilik kau yang paling hujung sekali, belah kanan." Talian dimatikan.

Terus Zulaikha terbangun menuju ke tingkap panjang yang paling hujung. Dia mengintai ke luar. Terkejut apabila dia melihat Quraisya sedang memanjat tembok tinggi di belakang rumahnya. Atau lebih tepat lagi, belakang biliknya.

Quraisya mendarat dengan selamat. Dia masuk ke dalam bilik Zulaikha melalui tingkap yang telah dibuka oleh Zulaikha. Nasib baik bilik Zulaikha tingkat bawah. Kalau tak entah apa lagi si Quraisya ni nak panjat.

"Now can you please explain what’s going on? Sneak in like a first class theif?" soal Zulaikha, bercekak pinggang. Belum sempat Quraisya membuka mulut Zulaikha mencelah. "Before that, please take off your Converse. No shoes in my room except for my bunny slippers." Jari ditunding tepat ke arah kasut Quraisya.

Lagu I Don’t Care dah berganti dengan Castle of Glass – Linkin Park. "Kejap, aku tengah pening tengok banyak sangat pinky pinky blinky dalam bilik kau ni." Quraisya duduk bersila megelakkan tapak kasutnya menyentuh lantai lamina bilik Zulaikha. "First, sorry for sneaking in. Second, I rather to go this way in stead of melalui pagar besar kau tu, jumpa guards kau, isi buku pelawat, tunjuk My Kad bla bla bla. Third, aku sebenarnya bosan and nak ajak kau keluar sebab tu aku tak bukak kasut aku ni." Senafas Quraisya menjelaskan.

"Okey, okey!" Zulaikha angkat tangan. "First, it’s okay. Aku tak marah tapi terkejut. Second, you’re exagerrating. Mana ada sampai kena tunjuk MyKad. Third, I’m sorry and jom keluar, okey?" suara Zulaikha mengendur pada hujung ayat.

"Macam ni la member. Gimmie a hug!" Zulaikha terus memeluk Quraisya yang masih bersila.

"Kejap. Kau nak keluar macam ni aje ke?" bebola mata Quraisya naik turun meneliti Zulaikha. Rambut diikat side ponytail, oversized hoodie gambar Baby Tazmania, shorts warna hitam paras peha, bunny slippers warna pink.

Oh. Baru Zulaikha perasan. "Aku salin kejap." Zulaikha berlalu ke walk-in wardrobenya. Siap! V-neck t-shirt dengan straight cut jeans. Rambut je masih sama macam tadi. Takpe la, lawa je Zulaikha ni walaupun buat rambut messy macam mana pun. Zulaikha pantas mencapai sepasang kasut baru dalam kotak dan sling bagnya yang tergantung di belakang pintu.

"Nak pergi arah mana?" Zulaikha menunjuk ke arah pintu dan tingkap.

"Tempat aku masuk tadi." Mereka ketawa. Zulaikha pun ikut je memanjat tembok. Ala, sekejap je. Daddy pun tak sedar agaknya dia keluar. Laptop pun dibiarkan terpasang lagi.

*******

Hazim, Maisara, Faizal dan Atikah tak kira. Dia orang dah settle tempat. Zakri dengan Zafirah mesti la out jugak. Quraisya cancel nama mereka di atas kertas senarai nama. Okey, Miera, Diana, Wafa, Ain, dessert. Azad, Afiq, Chun Yew, Naim, main dish. Aku, Zulaikha, Izzati, Zahirah air dan kek. Hehehe. Opie, Razif, Haziqah, Syafiqah, Akma, Ifwat pizza. Dia orang kan kaya. Last sekali, Thaqif dan Khairin the sweet couple settle pinggan, mangkuk, sudu semua. Selesai! Kelas tak ramai senang sikit. Dia selaku setiausaha membahagikan tugas. Nasib baik masing-masing senang beri kerjasama.

Dia menoleh ke arah Zulaikha di sebelah yang masih melarikan Pilot Shaker di atas dada sketching paper. Dia tak berniat nak ganggu, tapi apabila melihat entah helaian yang ke berapa menjadi santapan tong sampah di sebelah Zulaikha, dia bersuara. "Zue, kau tahu kan, kau tu tangan kayu, tak pandai melukis, buruk. So what are you still doing?"

"I’m trying. Damn it!" Helaian itu turut dikoyakkan dan dicampak ke dalam tong sampah kelabu tu. Kenyang makan kertas.

"Kau jangan paksa diri kau kalau tak boleh, boleh tak?" Quraisya tak tahan dah.

"Kau tak faham. My daddy..."

"Yeah. Daddy kau and kau, korang tak speak the same language. Kau ingat arts ni mengalir ikut darah ke yang kau senang-senang nak inherit bakat daddy kau? Dia nak kau jadi pelukis doesn’t meant you have to. Kau dah bazirkan hampir setengah tahun ambil subjek seni Ikha. Apa yang kau dapat? Fail subjek tu dan burukkan slip keputusan kau setiap kali exam?" Quraisya menuturkan serius, berterus terang aje. Dah lama dia simpan.

"Kau tak tahu, Sya. Aku anak tunggal. When he say I must, it means I have to." Sedih sekali nada suaranya.

"Okay, let’s change the subject. Letak pensel dan sketch book ni ke tepi, okey?" Anak rambut Zulaikha yang terjuntai disangkut ke belakang telinga. “Dah jangan sedih sedih. Aku minta maaf.”

Zulaikha senyum tawar. "By the way, kenapa kadang-kadang kau panggil aku Zue, kadang-kadang Ikha?"

Quraisya sengih. Itu pulak dia nak tanya. "Nama kau terlalu panjang untuk diguna sikit je Zue. Aku panggil la selagi boleh. Takkan panggil Lai pulak, kan? Lai lai, chi mi fan. Wo zidao ni ele." Quraisya tergelak.

"Eee, speak the language I can understand la." Pipi Quraisya ditarik.

"Does this shows the face I care?" Quraisya buat muka Terminator. Ketawa mereka pecah.

"Sebenarnya, aku panggil Zue when kita biasa-biasa je. Bila aku panggil Ikha, tu maknanya aku serius, okey?" terang Quraisya selepas tawa mereka reda.

Zulaikha angguk sekali. Dia manarik sila di atas bangku taman. Kasut flat dibuka. Jari kaki yang melecet dipegang, dah berdarah pun. Ni sebab tadi pusing taman banyak kali la ni. Macam mana nak jalan balik? Call driver? Tak! Pinjam kasut Quraisya? Lagi la tak!

"Hei, korang tengah buat apa tu?"

Zulaikha angkat muka. "Memancing." Jawabnya sinis sebelum memalingkan muka. Menyampah.

"Oh, Azad! Kita orang lepak-lepak je." Quraisya jawab bagi pihak mereka berdua. Azad ni tak payah tanya pun dah tahu dia baru balik main bola. Jersi yang tersarung dan kasut bola di tangan dah menjelaskan semuanya.

Azad. Khairul Azad. Classmate mereka yang paling dibenci oleh Zulaikha. Bila ditanya kenapa dia jawab "There’s always a person that you hate for no reason." Entah la. Dia kata Azad ni macam berlagak, kerek, suka show off. Padahal dia rasa biasa je. Tapi sejak form three Azad ditransferkan  ke sekolah ni, Zulaikha memang alergi dengan si Azad ni.

Zulaikha mengalih pandang ke arah tong sampah kelabu semasa Quarisya dan Azad tengah borak entah apa. Quraisya ni senang aje kamceng dengan orang.

"Oh. By the way Zue. Nah selipar aku." Fipper biru ditanggalkan dari kaki. "Nah." Fipper diunjukkan ke hadapan muka Zulaikha. Matanya memberi isyarat ke arah jari kaki Zulaikha yang berdarah. Zulaikha menjeling panas. Perasan aje mamat tak semenggah ni. Nak tak nak dia takde pilihan lain. Fipper biru ditarik kasar dari tangan Azad.

"Thanks." Ucapnya perlahan hampir tak kedengaran.

"Apa dia? Tak dengar." Azad ketawa. "Takde la, gurau je. Okey la, Sya. Aku chow dulu. Pasal main dish tu aku tara hal. Bye, Sya."

Quraisya sengih je. Selepasa Azad berlalu dengan kasut bola yang disarung macam selipar Croc tu, dia menoleh ke arah Zulaikha yang nampak macam tak puas hati je. Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Nafas dilepaskan.



***********

Fuhh! Habis jugak menaip entri ni! *lap peluh* Sorry guys! I can't help it. My idea flows non-stop since pukul 2 pagi tadi. Hasilnya... mangai! Panjang. Hope korang dapat buat macam ni jugak. Again, sorry kalau tak menepati citarasa readers semua. Selepas ni Ellyna's turn. Chaiyok Ell!