Tuesday, 20 November 2012

5 : Heart Track by Ellyna


“Raisy! Tolong mama kat dapur ni.” Laung Puan Qistina dari dapur.

“Ye ma..” Quraisya bergegas turun dari biliknya menuju ke dapur. Sungguh lantang suara Puan Qistina tanpa perlu menggunakan mikrofon dan speaker.

“Wahhh sedapnya bau.. Mama mesti masak asam pedas kan ma?” Quraisya tersengih nakal. Perutnya mulai berkeroncong minta agar diisi segera. Tiba-tiba dia teringat akan konsep diffusion dalam buku teks chemistry. Dah belajar kena praktikkan. Betul tak?

Puan Qistina mengacau kuah asam pedas dengan menggunakan senduk. Dia mengambil sudu lalu merasa kuah tersebut. Perfect taste! Ni kena tunggu lagi sikit nak bagi ikan pari ni lembut. Puan Qistina terus mengambil penutup periuk lalu menutup periuk tersebut. Quraisya mengambil gelas lalu berjalan ke meja makan, air sirap bandung di dalam jag dituang ke dalam gelas dan ditambah beberapa kiub ais. Nikmatnya!

“Raisy tolong mama buatkan telur dadar. Ni tolong potong bawang besar, cili api, ni masukkan daun sup ni nak bagi wangi. Okey, mama nak naik atas kejap, papa kamu tu lambat benarnya nak bangun, dah nak masuk tengahari dah ni.” bebelnya.

“Orait Puan Qis!” Quraisya terus mengambil papan pemotong di dinding dan pisau di dalam laci. Bawang di atas meja segera dicapai dan dipotong hiris ala-ala tukang masak tradisional.. haha.. Tradisional?   Eh bukanlah, profesional! Ha tu baru betul.  Baru aku perasan, kawan-kawan panggil aku Quraisya, ada yang panggil ‘Sya’ je, kalau kat rumah pulak mama panggil ‘Raisy’, dah macam Hindustan la pulak, macam sape tu, Aishwarya Rai? Haa lebih kurang la tu. Nasib baik panggil Raisy, kalau panggil ‘Qur’? ha yang tu buat panggil ayam ‘Qur-qurrrrr’. Tu style opah. Haha.

Quraisya terus mengambil mangkuk di rak pinggan dan garfu. Telur dipecahkan. Eh, telur kuning ni ada dua, mesti bakal anak ayam ni kembar. Alolo comelnyer. Tali pusat telur ayam itu terus dibuang sebab mama cakap tak elok makan tali pusat. Tapi kalau telur goreng tu takpela pulak kalau tak buang, terus goreng je. Apa-apa ajela.

Quraisya mendapat akal. Dia terus memandang ke kiri dan ke kanan. Chantek! Line clear. Boleh buat rancangan masakan ala-ala Martha gitu.

“Hai, bersama saya lagi pada minggu ini, Chef Raisya. Pada minggu ini, resepi saya ialah Telur Dadar Special. Tuan-tuan dan puan-puan, bahan-bahan yang diperlukan ialah telur, bawang besar, cili api atau apa-apa cili yang digemari, sedikit garam tapi kali ni kita ada daun sup. Lain daripada yang lain. Okey, masukkan minyak dan panaskan kuali. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul sehingga rata.” Tangan Quraisya ligat memukul telur. “Nampaknya minyak dah panas, sekarang kita masukkan telur.” Aroma telur dadar terus memenuhi ruang dapur. Bunyi recikan minyak di dalam kuali membuatkan Quraisya terlebih feeling menghayati watak sebagai seorang chef. Sekarang dia membalikkan pula telur itu. Fantastic! Pinggan segera dicapai dan telur dihidangkan di meja makan.

Kelihatan mama dan papa turun dari tingkat atas. Mama mendukung adik lelakiku yang berusia 1 tahun 1 bulan. Qusyairi yang sudah mula pandai berjalan merengek agar diturunkan dari didukung. Rimas gamaknya. Que tersengih-sengih memandangku dengan menayangkan dua batang gigi kapaknya. Bertatih-tatih dia berjalan ke arahku lalu memeluk kakiku. Quraisya terus mendukung adiknya. “Elehh manjanya Que ni dengan kak Raisy. Nakal ye.” Pipi Que yang tembam dicubit sayang.

Zzz…zzz…

Phone di poket vibrate. Geli-geli aku dibuatnya. Tangan diseluk ke dalam poket, lalu mesej dibuka. Quraisya terkejut.



*****************
Ini Part 5 cerita kami, tak sangka dah masuk yang kelima. Part 5, saya iaitu Ellyna yang mengarang Part 5 ni. Part ni sempoi je, idea diambil apabila melihat keadaan di rumah saya sendiri. Ikuti kisah seterusnya yang akan disambung dalam Part 6 yang akan diteruskan oleh Kyra. Do the best Kyra.

3 comments:

  1. Nanti saya try wat telur dadar ni.. macam sedap.. haha..

    ReplyDelete
  2. Buat le. Hahah! Lepas tu bagi sikit nak rasa, okey?

    ReplyDelete
  3. okey.. nanti saya post kat awok ye.. :) hehee..

    ReplyDelete