Saturday, 17 November 2012

4 : Heart Track by Eyza


"Weh, bosan la." Quraisya menguap entah untuk kali yang ke berapa. "Lama lagi ke?" Jam di pergelangan dikerling sekilas. Uwaa! 5 minit rasa macam satu jam. Quraisya cover muka dengan buku teks. Dia merebahkan kepala ke atas meja.

Zulaikha yang tengah khusyuk menghadap papan putih tersentak apabila terasa satu cucukan di pinggangnya. "Apa dia?" tanya Zulaikha kurang senang apabila kosentrasinya terganggu. Namun, telinganya dirapatkan sedikit ke arah kepala Quraisya di atas meja sebelah.

"Tolong salin homework untuk aku, eh?" Planner diserahkan dari bawah. Mata terus dipejam. Ngantuk sangat gamaknya. Mana taknya, hari ni hari yang ke empat Add Maths Marathon Cikgu Jazli adakan selepas tamat waktu persekolahan. Katanya, minggu depan dia tak akan berada di sekolah atas urusan rasmi selama seminggu. Jadi, untuk elak daripada ketinggalan, maka kelas ini diadakan.

Itu pun nasib baik semalam cuti hari minggu. Dapat rehat Sabtu dan Ahad. Zulaikha pun mengantuk sebenarnya, cuaca mendung dekat luar lagi meningkatkan dugaan buat Zulaikha untuk bertahan. Tapi Quraisya dah tewas dulu. Selalunya dia akan bergilir dengan Quraisya, kalau seorang tidur, seorang lagi berjaga. Lepas tu, mereka akan cover balik apa yang tertinggal.

"Okey, siapkan soalan ni terakhir ni di rumah. Dan jangan lupa buat modul yang cikgu bagi sampai muka surat dua puluh." Cikgu Jazli memanggung kepala melihat pelajar-pelajarnya. "Ada soalan sebelum kelas dismiss?"

Kebanyakan pelajar yang kepala dah hampir cecah lantai hanya menggeleng tanda tiada soalan. Mata semua macam tengah khayal makan ubat overdose je. Barulah Zulaikha merebahkan kepala atas lengan di atas meja. Fuhh!

"Oh ya sebelum saya terlupa." Cikgu Jazli bersuara lagi. "Esok Add Maths Marathon cancel sebab saya ada mesyuarat panitia." Serta merta semua pelajar duduk tegak. Senyuman dah terukir pada setiap wajah, macam ada nur yang menyuluh muka mereka, berseri-seri. "…atau mungkin dipostpone?" Cikgu Jazli tersengih.

"Alaa!" bergema satu kelas jeritan bantahan daripada pelajar-pelajar, termasuk Quraisya yang entah bila terjaga dari tidur.

"Okey, okey." Cikgu Jazli dah hands up kat depan. "Saya gurau je. Dah, kelas dismiss." Serentak itu Cikgu Jazli melangkah ke luar kelas tanpa sempat Hazim megucapkan terima kasih.

*******

Langit dah semakin gelap. Awan terus-terusan menurunkan titisan hujan yang lebat. Hujan turun lebat menggila dengan angin yang kuat bertiup, tiada tanda akan berhenti dalam waktu yang terdekat ini. Nasib baik tiada petir sabung-menyabung. Zulaikha dan Quraisya masih berteduh di koridor koperasi. Ni semua Quraisya punya fasallah. Tiba-tiba mengada mengidam air soya. Kalau tak mungkin sahaja Zulaikha dah selamat sampai di rumah sekarang.

Quraisya yang sedang menyedut air soya melalui straw menarik Zulaikha duduk di bangku, di sebelahnya. "Lepak ah. Kau tunggu sambil berdiri pun takde makna hujan tu nak berhenti sekarang."

Ek eh, dia ni. "Kau cakap senang la, aku pun tak faham macam mana kau boleh chill sangat." Zulaikha merampas botol soya dari tangan Quraisya. Tergantung straw yang terkepit di mulut Quraisya yang tak mengagak tindakan Zulaikha tersebut. Zulaikha meneguk dari botol soya itu.

Quraisya menarik straw dari bibirnya. "Zue, berapa kali aku nak cakap dekat kau, kalau kau kalut macam mangsa gempa bumi nak selamatkan diri pun, kalau kau tahu benda tu tak akan selesai, tak guna jugak. Kau relaks la, kalau kau kalut bukan boleh settle pun." Quraisya mengambil semula botol soyanya dari tangan Zulakiha.

Zulaikha terdiam. Ada benarnya kata-kata sahabatnya itu. Dia resah pun tak guna. Bukan hujan boleh berhenti. Lain la kalau dia nekad nak redah je hujan ni. Dia cuma bimbang  kalau Daddy dapat tahu dia balik lambat. Mahu kena soal siasat. Zulaikha tunduk lemah.

"Zue, Zue, Zue!" Quraisya menepuk peha Zulaikha bertubi-tubi.

"Apa dia? Sakitlah weh!"

"Tu, Zinger Burger kau tu." Quraisya memberi isyarat mata ke arah tangga guru.

Zulaikha tak menoleh pun. "Sya, nama dia Zihni Zaiyadi. Bukan Zinger Burger. Berapa kali aku nak cakap? Orang lain pun panggil nama kau proper je, Hanis Quraisya. Kalau orang panggil kau Kurap ke apa ke kau marah tak?" Zulaikha pandang macam nak warn aje.

Teringat lagi macam mana Quraisya boleh memberi gelaran itu pada Cikgu Zihni, iaitu pada minggu lepas, hari pertama Cikgu Zihni masuk ke kelas. Hari itu waktu Biology adalah sebelum rehat, perut Quraisya memang tengah lapar gila pada masa tu. Dah lembik lentok dah dekat meja dia. Waktu Cikgu Zihni memperkenalkan namanya, Quraisya bersuara "Apa dia? Zinger Burger?" Nasib baik suara dia tak kuat sangat. Tapi Hazim dengan Faizal dekat meja depan memang dah bantai gelak dah. Atikah dengan Maisara di meja sebelah pun dah mengekek ketawa.

Yang paling kelakarnya bila Cikgu Zihni tanya "Kenapa lawak sangat ke nama saya?" Innocent gila. Lepas tu memang satu kelas terus tibai gelak. Kecuali Zulaikha, itu yang Quraisya syak something is going on tu dengan Zulaikha ni. Tapi sungguh la, Cikgu Zihni mengajar memang bosan gila. Tulis sub topic dekat papan putih, lepas tu duduk, lepas tu baca dari buku teks. Kalau macam tu study kat rumah pun boleh la cikgu oii. Yang macam kebal je mata dia tahan ngantuk yang Quraisya lihat ialah Zulaikha sendiri dan Miera yang masih maintain cover ayu.

"Eleh, nak bela aje Zinger Burger kau tu. Kata belakang Zue, siapa tahu? Nak marah pun, aku tak tahu. Kalau ye pun ada orang panggil aku Kurap, aku redha je weh. Benda aku buat, orang buat balik kat aku, tu namanya cycle of life." Quraisya sengih. "By the way, kau betul-betul pernah dengar orang panggil aku Kurap ke?" soalnya ingin tahu.

Zulaikha geleng kepala sambil tersengih. "You know what? You speak just like orang yang takde tujuan hidup."

"Ha. Ha." Macamlah lawak sangat pun. "Hmm, buat apa kita nak mess sangat dengan life kita weh? Bagi aku, just follow the flow. Otak kita pun tak serabut. Hati pun tak sakit." Quraisya angkat bahu selamba. "Bagi aku la, dalam sesetengah situasi, kita tak perlu serius sangat dengan life kita ni. Bikin kacau je otak kita ni weh. Masak!"

Zulaikha diam aje, lebih pada diam tanda setuju sebenarnya.

Quraisya cuit bahu Zulaikha. "Jom la weh. Hujan dah rintik-rintik je tu. Kau no hal kan nak redah?"

Zulaikha senyum tawar. "Jom." Dia berjalan seiring dengan Quraisya menuju ke pagar sekolah. Sempat Zulaikha menoleh belakang melepasi bahu Quraisya ke arah tangga guru, mencuri pandang. Quraisya steady je pandang depan, dia tak perasan kut. Dia duk merepek entah apa "…nanti aku datang rumah kau…" Zulaikha bukan dengar sangat pun. "…tu tengok, pak cik guard usha kau tu…" dan macam-macam lagi.

Apabila Zulaikha pandang ke depan semula, Quraisya bersuara, "Zue, you know what, pada aku la, Cikgu Jazli lagi handsome daripada Zinger Burger kau yang dah hilang dari pandangan tu." Sedikit pun Quraisya tak menoleh ke arah Zulaikha. Terus dia lari ke hadapan sambil tergelak-gelak selepas mengkantoikan Zulaikha.

Wajah Zulaikha terasa panas selepas kena caught red handed dengan Quraisya. "Sya! Tak guna punya member. Hoi!" Zulaikha sendiri dah terbahak-bahak sambil mengejar Quraisya 
yang dah duk gelak hentak-hentak kaki di seberang jalan.

************

Warm up's over. Time to get serious. Let's make it like how it should be. Panjang, kan? It should be this way anyway. Haha. Sorry kalau tak menarik hati readers semua. Servis bola tangkis dekat Ellyna pula. Yah! 

1 comment:

  1. Tak sanggup rasanya kalau kena wat marathon Addmaths.. pecah otak whoaaa.... :(((

    ReplyDelete