Friday, 16 November 2012

3 : Heart Track by Kyra

"Semua pelajar diminta duduk dengan senyap!", arah Cikgu Zaidi selaku Guru Disiplin yang paling digeruni oleh para pelajar. Zulaikha dan Quraisya bergegas ke arah dewan lalu duduk di dalam barisan kelas mereka.

"Sejak akhir-akhir ini, kamu semua sudah sedia maklum bahawa jumlah guru di sekolah kita kian berkurangan. Ada guru yang sudah berpindah ke sekolah lain, ada yang sedang cuti bersalin dan macam-macam lagi. Oleh itu, pihak sekolah telah mencari beberapa orang guru ganti untuk menggantikan guru-guru yang tiada. Saya harap semua pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika saya memperkenalkan guru-guru baru anda", ucap Cikgu Zaidi lagi. 

Kelihatan beberapa orang guru baru melangkah masuk ke dalam dewan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Kebanyakan daripada guru ganti itu berumur dalam lingkungan awal 20-an. Semua pelajar diam memerhatikan gerak-geri mereka.

"Ini Cikgu Aishah. Beliau akan menggantikan kelas 5PD1 dan 5PD2 untuk subjek Sejarah." Terdengar beberapa orang pelajar lelaki dari kelas itu bersorak gembira kerana dikurniakan guru yang cantik. 

'Hmm. Untunglah diorang ni. Siapalah agak-agaknya cikgu yang akan ganti subjek Biologi kelas aku nanti? Tahlah aku lemah betul dalam subjek ni', rintih Zulaikha dalam hati. Kepalanya ditunduk ke bawah.

"Seterusnya, ini ialah Cikgu Zihni Zaiyadi. Kamu semua boleh memanggilnya Cikgu Zihni. Beliau pula akan menggantikan Cikgu Zainab untuk subjek Biologi bagi kelas 5SC1 dan 5SC2." 

Segera Zulaikha mendongak ke hadapan setelah mendengar ucapan dari Cikgu Zaidi itu. Gulp! Zulaikha tertelan air liur. Spontan dadanya berombak kencang tatkala bertembung mata dengan guru itu. 

'Aduhai, kenapa dia senyum kat aku tu? Manisnya senyuman dia.' 

Zulaikha segera menoleh ke arah lain. Hatinya menjadi tidak keruan dengan insiden yang baru berlaku sebentar tadi. Zulaikha melihat beberapa rakan perempuan sekelasnya tersenyum-senyum sambil memerhatikan guru itu. 

"Hensem betul Cikgu Zihni tu kan, Zulaikha?", Quraisya memuncungkan bibir ke arah guru itu sambil berjalan ke arah kantin selepas pengumuman itu berakhir. Zulaikha segera menoleh. Dia melihat guru itu sedang berbual mesra dengan guru-guru lain di kantin. 

"Hmm. Bolehlah", Zulaikha seperti menidakkan kenyataan sahaja. Hakikatnya hatinya masih berdegup kencang sedari tadi. Tidak dinafikan bahawa Cikgu Zihni itu memang memiliki daya tarikan yang sangat kuat.  

'Macam aku pernah tengok je lah cikgu tu', monolog Zulaikha dalam hati. 

"Lepas ni, confirm ramai punya budak kelas kita akan terror subjek Bio ni. Termasuk kau, Ikha", sengih Quraisya. Zulaikha tersenyum mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Qarisya. 

"Hmm. Harap-haraplah jugak. Tapi aku tak nak lah nanti bila belajar, semua budak perempuan kelas kita duk sengih-sengih macam kerang busuk tengok cikgu tu mengajar. Mana nak masuk kalau berangan je. Kita tengoklah esok macam mana dia start ajar kita", kata Zulaikha. 

"Betul jugak. Diorang ni dari tadi asik pandang-pandang je cikgu tu. Terutama sekali "Miera and the gang" tu. Miera tu aku tengok macam dah kena ulat bulu je melentok sana melentok sini. Gedik tahap dewa! Huhh", geram Quraisya.

Terus Zulaikha ketawa mendengar kata-kata Quraisya. Selang beberapa minit kemudian,
mereka berdua segera beredar dari kantin setelah mendengar loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.




******************

Ini Part ke-3 kami yang disambung oleh saya, Kyra. Mari sambung dengan round ke-2 yang akan disambung semula oleh Eyza. Best jugak buat macam ni.  HuHuHu. Semangat! Semangat! :D Thank you for reading my Part! :))


1 comment:

  1. Wahhhh ada cikgu baru masuklaa... :) Wow.. Zihni Zaiyadi like Zinger Burger.. :)

    ReplyDelete