Thursday, 15 November 2012

2 : Heart Track by Ellyna


Alamak! Suara tu! Suara yang mampu membuatkan semua organ dalamanku menjadi kecut.
“Sya, camne ni?” Zulaikha menggigit bibir. Tangannya membeku sesejuk kutub Antartika.
“Errr… manelah aku tahu.” Quraisya separuh berbisik. Mereka cuak.
“Saya tanya kamu, apa yang kamu buat di meja saya?”
“Kami… errr… kami…” kata-kata itu terhenti di situ. Terketar-ketar Zulaikha menghulurkan helaian kertas di tangan kepada Miss Wati. Wanita separuh umur yang bermekap tebal itu merenung mereka berdua seperti tidak pernah menengok orang.
“Maaf Miss sebab saya hantar lewat, semalam saya MC, saya tak tahu ada report yang kena hantar hari ni.” Zulaikha memandang ke lantai. Quraisya diam seribu bahasa.
Hurm apa lagi aku nak cakap ni. Cepatlah otak. Cepatlah berfungsi. Proses maklumat segera!

Miss Wati meneliti helaian tersebut satu-persatu.
“Tak apa, kali ni saya maafkan sebab bersebab.”

Betul ke ni? Angin dia baik pulak hari ni. Alhamdulillah. Syukur nikmat. Fuhh! Lega! Beban aku dah lepas. Sekarang? Hurmm… Pandai-pandai kau la ye Quraisya.

“Haa kamu! Kamu datang kan semalam? Kenapa tak hantar lagi? Sekarang dah pukul berapa? Tak tahu tengok jam?” bebel Miss Wati bagai nak terkeluar bebola matanya. Quraisya menggelisah.

“Sa… Saya… tolong Zulaikha tadi sebab kawan-kawan lain semua dah hantar.”

Huh? Kepala hek kau! Bila masanya kau tolong aku? Bila?

“Kali ni saya lepaskan kamu tapi sebelum tu, kamu, Quraisya…” Alamak! Aku ke? Mati aku. Kantoi sebab tiru buku.

“Kamu tolong baiki tulisan kamu yang macam budak darjah satu ni. Buat kemas-kemas macam ni.” Report milik Zulaikha ditayangkan ke muka Quraisya. Dia mengangguk faham sambil tersengih sumbing.

Haiye cikgu ni, buat aku terkujat-kujatla.. Kena heart attack naya je.
“Thank you Miss Wati.” Serentak mereka beredar. Sukar untuk memanjangkan langkah, otot kejang dan lutut pun bergoncang. Mereka melangkah keluar dari bilik guru menuruni anak tangga di Blok Alamanda.
“Zu, sorry eh tadi? Aku tak niat pun nak..”
“Weh, asal tu? ” Zulaikha pantas mencelah sambil menunjuk-nunjuk ke arah dewan.


*****************

Ini Part 2 cerita kami yang disambung oleh saya, Ellyna. Ikuti kisah seterusnya yang akan disambung dalam Part 3 yang akan diteruskan oleh Kyra. Good luck, Kyra! Redah aje.

1 comment: