Thursday, 13 December 2012

12 : Heart Track by Kyra


Zulaikha dan Quraisya leka membuat kerja sekolah Add Maths yang diberikan oleh Cikgu Jazli di sekolah sebentar tadi. Kini, mereka boleh tersenyum puas hati kerana kebanyakan topik-topik yang terdapat dalam subjek Add Maths ini telah dapat mereka kuasai. 

Ini semua berkat kesungguhan Cikgu Jazli yang tidak jemu-jemu memberi mereka latihan dengan begitu banyaknya di samping mengadakan kelas tambahan pada hari cuti. Cikgu Jazli juga berusaha memberi tunjuk ajar kepada para pelajarnya agar memahami setiap topik yang dipelajari. 

Zulaikha dan Quraisya juga sering bertanyakan soalan-soalan Add Maths yang sukar untuk dijawab dengan mengadakan temu janji dengan Cikgu Jazli selepas waktu persekolahan. 

Alhamdulillah. Zulaikha mengucapkan rasa syukur di dalam hati. Dia meletakkan pensel ke atas meja lalu berpaling ke arah Quraisya kerana ingin bertanyakan sesuatu dengannya. 

"Sya, so macam mana preparation kau untuk SPM? Kau dah bersedia untuk menghadapinya?"

Quraisya segera berpaling menghadap ke arah Zulaikha.

"Alhamdulillah. Setakat ni, aku rasa okeylah jugak. Cuma Add Maths la kalau boleh aku nak sangat skor A+. In sha Allah. Kalau subjek Science macam Biology, aku kena ulangkaji balik ingat semua fakta-fakta. Chemistry pulak aku nak hafal eksperimen-eksperimen yang kita dah buat. Yang lain-lain tu aku dah boleh cover rasanya. Physics pulak tinggal nak buat latihan-latihan je banyak-banyak. Soalan dia kan lebih kurang je. Sekarang ni aku dah rasa cuak giler kot. Tinggal 2 bulan je lagi. Hmm. Harap-harap apa yang aku belajar semua ni dapat memberikan keputusan yang cemerlang dalam result SPM aku nanti. In sha Allah. Kau pulak macam mana, Ikha?"

"Wah, bagusnya kau. Aku tabiklah dengan kau. Betul. Aku pun lebih kurang la macam kau. Cuma Biology aku nak jumpa Cikgu Zihni nak minta dia terangkan sikit-sikit mana-mana topik yang aku masih tak faham. Subjek Arts Alhamdulillah. So far so good!", ketawa Zulaikha. 

"Haa. Baguslah macam tu. Aku nampak kau memang dah betul-betul meningkat dalam Arts. Mesti daddy kau akan bangga ada anak macam kau ni."

"In sha Allah. Mudah-mudahan. Kau pun tahu kan, akulah satu-satunya harapan mummy dan daddy aku memandangkan aku anak tunggal dalam keluarga. Aku janji pada diri sendiri yang aku akan cuba buat yang terbaik demi mereka. Apa-apa sahaja aku akan lakukan untuk membuat parents aku bangga dan gembira ada anak macam aku."

"In sha Allah. Dengan izin Allah apa yang kau impikan akan dimakbulkan oleh Allah swt."

Zulaikha tersenyum. Selesai Quraisya berkata-kata, mereka menyambung kembali kerja sekolah Add Maths yang dihentikan sebentar tadi. Sambil-sambil itu mereka menghirup udara nyaman pada waktu petang di taman mini halaman rumah Zulaikha. 


*******

40 hari lagi peperiksaan SPM akan bermula. Kata orang, 40 hari sebelum peperiksaan, kita digalakkan untuk meminta maaf dengan semua orang. Ini termasuklah ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, guru-guru dan semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan dengannya. Ianya bertujuan agar para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang tanpa memikirkan sebarang masalah dengan orang lain. 

Hubungan dengan Pencipta juga haruslah dijaga dengan baik. Usaha, buat dan bertawakal. Kita hanya mampu berusaha. Selebihnya biarlah Allah yang tentukan. Siapa yang usaha lebih, dia pasti akan dapat lebih. Itu janji Allah. 

Jadi hari ini, guru-guru di sekolah Zulaikha mengadakan sesi memohon maaf antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru-guru. Sesi itu dijalankan pada awal pagi hari Jumaat di surau sekolah. Ramai pelajar menangis-nangis memohon ampun dan maaf sesama mereka. Zulaikha dan Quraisya tidak terkecuali.

"Sya, aku nak minta maaf banyak-banyak dengan kau sebab aku banyak buat salah dengan kau sepanjang persahabatan kita. Ketahuilah bahawa apa yang aku katakan mahupun ejek tentang kau itu tidak benar belaka. Halalkan segala ilmu yang telah kau ajar pada aku. Aku sayangkan kau. Aku tak ingin kehilangan kau. Kau begitu bererti dalam hidup aku. Semua rahsia aku ada di tangan kau. Aku percayakan kau sangat-sangat. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Maafkan aku ya, Sya?"

"Ikha, aku dah lama maafkan kau. Aku tak pernah ambil hati dengan apa yang kau katakan pada aku. Aku juga nak memohon ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Aku sayangkan kau. Aku sayangkan persahabatan kita. Tiada sesiapa yang boleh gantikan tempat kau. Aku juga tak mahu kehilangan kau. Kita buat betul-betul ye untuk SPM ni. Kita berdua boleh! Aku nak kita berjaya sama-sama. In sha Allah."

Terus mereka berpelukan dengan begitu erat sekali. Air mata tidak henti-henti mengalir di pipi kedua-dua gadis itu. Esakan mereka kedengaran begitu syahdu sekali bunyinya. Terpancar sinar keikhlasan di kedua-dua wajah mereka. Semoga persahabatan mereka kekal hingga ke syurga hendaknya. Aamiin. 


*******

Setelah beberapa minit mereka berkeadaan begitu, Zulaikha pun segera melepaskan pelukan mereka. Dia tiba-tiba teringat akan sesuatu. Zulaikha segera mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Quraisya bingung melihat keadaan Zulaikha yang seperti mencari sesuatu. Zulaikha ingin mencari Azad. Ye, Khairul Azad. Dia ingin memohon ampun dan maaf sangat-sangat dengan Azad kerana dia banyak membuat kesalahan dengan Azad selama perkenalan mereka. Terutamanya dengan kejadian selipar suatu masa dahulu. 

Setelah puas Zulaikha mencarinya di dalam surau, tiba-tiba dia terpandang akan kelibat Azad di luar surau sekolah. Azad sepertinya ingin melangkah keluar dari surau. 

"Azad!" Jerit Zulaikha. 

Segera Azad berhenti apabila terdengar Zulaikha memanggilnya dari dalam surau. Zulaikha berlari-lari anak ke arah Azad. Kini mereka berdiri antara satu sama lain sambil bertentangan mata. Mereka merasakan bahawa mereka seolah-olah berada di dalam dunia mereka sahaja. Tanpa sedar, setitis air mata Zulaikha gugur ke pipi. 

"Azad, maafkan aku. Maafkan aku sangat-sangat atas semua kesalahan yang telah aku lakukan terhadap kau. Termasuk kes selipar kau dulu. Aku sedar aku sentiasa mengelat untuk bercakap dengan kau. Sebab aku takut kau akan marah aku. Dan aku tak pernah meminta maaf dengan kau. Jadi, sekarang aku betul-betul ingin memohon ampun dan maaf pada kau. Aku selalu buat tak tahu dengan kau. Aku sendiri tak faham. Aku selalu je rasa tak puas hati dengan kau. Padahal, aku tahu kau hanya nak bergurau. Tolonglah Azad. Maafkan aku."

Teresak-esak Zulaikha menangis di hadapan Azad. Matanya merah. Pipinya lencun dengan air mata. Tersentuh hati lelaki Azad melihat keadaan Zulaikha sebegitu. Tidak pernah dia melihat Zulaikha menangis sambil merayu-rayu kepadanya seteruk itu. Sungguh. Dia tidak menyangka yang Zulaikha akan meminta maaf dengannya.

Tidak dinafikan, pada mulanya Azad memang begitu marah dengan kejadian selipar tempoh hari. Setiap kali dia ingin bersemuka dengan Zulaikha, pasti Zulaikha akan berusaha untuk mengelat daripada bersemuka dengannya. Dan setiap kali dia mendapat peluang bersemuka dengan Zulaikha, pasti dia tidak dapat memarahi Zulaikha. Selepas itu, dia pasti akan mengutuk dirinya yang menjadi selemah itu ketika berhadapan dengan Zulaikha. Dia pun bingung dengan dirinya. 

"Zue, aku maafkan kau. Aku ikhlas maafkan kau sebagai seorang kawan. Aku tak sangka kau akan menangis-nangis macam ni depan aku. Aku tak percaya yang kau akan terseksa sebegini rupa. Zue, percayalah. Aku tak pernah simpan dendam terhadap kau. Dulu memang aku marah. Tapi sekarang rasa marah tu semua dah hilang. Aku betul-betul maafkan kau."

"Azad, terima kasih sangat-sangat sebab sudi memaafkan aku. Aku janji lepas ni kita berkawan baik-baik ya. Aku takkan sakitkan  hati kau lagi."

Zulaikha tidak menyangka Azad akan memaafkan dirinya semudah itu. Apa-apapun dia sangat bersyukur kerana Azad sudi memaafkan dirinya. Dia berjanji bahawa dia akan menjadi kawan yang terbaik buat Azad. Cukup-cukuplah mereka bertikam lidah selama ini. Zulaikha tidak larat lagi. Biarlah mereka menjadi kawan pula. Air mata semakin lebat membasahi pipi. 

"Dahlah. Kau janganlah menangis lagi. Malu ramai orang tengok kita. Nanti diaorang ingat aku buat benda bukan-bukan pulak kat kau."

Segera Zulaikha menoleh ke kiri dan ke kanan. Ramai juga mata-mata yang memandang mereka. Maklumlah mereka berada betul-betul di antara surau lelaki dan surau perempuan. Malu tiba-tiba menguasai dirinya. Segera dia mengelap air mata dengan belakang telapak tangannya.

"Dah-dah. Kau ambil sapu tangan aku ni buat lap air mata kau."

Azad menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Zulaikha. Zulaikha memandang dengan riak muka yang berbeza.

"Jangan risaulah. Aku tak guna lagi sapu tangan ni. Bersih lagi suci." 

Kata-kata Azad membuatkan Zulaikha tersenyum. Dia menyambut sapu tangan yang dihulurkan lalu mengelap air matanya.

"Azad, terima kasih sangat-sangat."

"Sama-sama Zue. Setiap manusia melakukan kesalahan. Aku pun apa kurangnya. Selalu menyakat kau. Kau pun maafkanlah aku ya."

"Aku dah lama maafkan kau. Apalah sangat yang kau buat dekat aku berbanding apa yang aku buat dekat kau."

Azad tersenyum.

"Takde apalah. Selipar tu pun aku dah buang. Selagi selipar tu ada kat rumah aku, selagi tulah aku kena ejek dengan abang aku. Malu aku dibuatnya. Tapi aku peliklah, macam mana selipar tu boleh berubah warna pink? Kau buat apa dekat selipar tu?"

Tanya Azad kehairanan. Zulaikha menggigit bibirnya. Mencari ayat yang sesuai untuk dijadikan jawapan kepada persoalan Azad itu.

"Err... Sebab aku letak clorox kot. Tu yang bertukar warna tu. Hehe."

"Oh, ye ke. Takpelah. Benda nak jadi. Lupakan jelah tentang kejadian tu. Sekarang ni pun kita dah berkawan kan. Aku harap persahabatan kita akan berkekalan selamanya."

"Aamiin. Mudah-mudahan."

Mereka berpandangan sekali lagi. Sekali lagi mereka merasakan bahawa hanya ada mereka berdua sahaja di situ. Zulaikha berasa lain dengan pandangan Azad. Sungguh lain sekali. Pada pandangan matanya, dia merasakan Azad itu nampak sedikit kacak berbanding sebelum ini. 

'Hensem jugak Azad ni', monolog Zulaikha.

'Cantiknya lah senyuman dia', monolog Azad.

"Ehem-ehem"

Mereka berdua terus tersentak. Zulaikha dan Azad terkejut melihat kehadiran Quraisya di antara mereka berdua. Perasaan malu menyelubungi diri.

"Okaylah Zue. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

Azad meminta diri. Dia berasa malu dengan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi. Dia berasa sungguh bahagia sekali. Dunianya terasa indah. Senyuman menghiasi bibirnya sepanjang perjalanannya.

"Okey Azad. Waalaikumussalam."

Jawab Zulaikha dan Quraisya. 

"Lain macam aku tengok korang berdua tadi. Ada pape ke?"

Soal Quraisya bingung. Sambil-sambil itu sempat lagi dia mengusik Zulaikha. Keningnya diangkat sebelah.

"Ah kau ni. Takde papelah. Cuma aku dengan Azad sekarang dah berkawan. Tadi aku minta maaf dengan dia tentang kes selipar tu. Nasib baik dia maafkan aku. So, sekarang aku dah bebas. Bebas dari rasa bersalah aku terhadap dia. Lega hati aku."

"Oh. Baguslah kalau macam tu. Tak guna bermusuh-musuh ni. Suka aku tengok korang berdua tadi. Huhu."

"Haha. Dahlah. Jomlah masuk kelas. Pelajaran dah nak mula ni."

Segera mereka beredar dari situ dan melangkah ke kelas mereka. Zulaikha menyimpan sapu tangan yang diberikan Azad ke dalam poket bajunya. Langkahnya penuh dengan kegembiraan. Senyumannya tidak lekang di bibir.










*********************************

Satu.. Dua.. Oh mak ai.. Lebih kurang seminggu baru aku nak update aku punya part cerita. Haiyya.. Sungguh lama sekali. Bukannya apa. Korang tau kan yang aku gi Sarawak. That's why la it takes a long time. Ehe. Sorry kay guys. Kan aku dah bagi souvenirs. Muehehehe. Ok. Next, the fifth round. Go Eyza Go! huhuhu.. :D

Wednesday, 5 December 2012

11 : Heart Track by Ellyna

Phone Sony Ericsson J20i berwarna hitam dibelek. Nak telefon ke tak nak? Telefon? Ke tak? Telefon? Tak? Okey! Telefon.
Nombor telefon segera didail. Butang hijau ditekan. Telefon? Ahhh.. tak payah! Butang merah segera ditekan. Phone dicampak ke katil. Phone diambil semula, skrin phone dipandang kosong. Phone diletakkan semula di tepi bantal.
Azad? Khairul Azad! Apa masalah kau sekarang ni? Yang kau jadi macam ni kenapa? Telefon aje la dia. Wait a minute! Why not aku mesej dia. Tapi tak salahkan kalau aku mesej dia? Lagipun dia tak tahu nombor aku? Am I right? Azad mundar-mandir di dalam biliknya macam kucing nak beranak. Kucing pun tak macam ni rasanya. Nak call?


*******

Zulaikha sedang sibuk menyalin nota Sejarah yang dipinjamnya dari Opie. Fuhh budak sorang ni.. nota dia macam nota perempuan walaupun buku dia ni dah lunyai. Tengok ni, mind maps colourful, siap ada arrow, awan-awan, dah macam rainbow aku tengok. Gua tabik sama lu Opie.
Oh tadi mama ada wat kek tiramisu, dalam freezer. Nak ambil sikitlah. Terasa lapar pula tengok buku Sejarah ni, haila memang bersejarah dan berselirat la kepala ni kalau mengadap Sejarah yang akan menjadi sejarah. Macam mana nak skor sejarah kalau aku lupakan sejarah. Eh, apa aku meraban ni?

Pintu bilik dibuka perlahan, mama dengan papa dah tidur la ni, sunyi je. Zulaikha menyarung selipar bunny kesayangannya lalu menuju ke dapur. I hope kek tu ada lagi. Zulaikha bermonolog sendiri. Pintu freezer dibuka perlahan. Sejuk! Udara yang keluar memang sejuk. Naik bulu roma pipinya. Yippie! I got you tonight darling misu!
Piring terus diambil di rak pinggan, kek tiramisu dipotong besar gedabak. Senonohnya budak ni. Hilang keayuanmu. Bantaila Zue, malam-malam takde sape nak usyar kau makan banyak ke makan sikit ke. Just be yourself.

Zulaikha menyimpan semula kek ke dalam freezer. Pisau segera dibasuh supaya semut hitam tak datang. Nanti tak pasal-pasal je bersemut dapur ni. Tanpa memandang kiri kanan, dia terus menuju ke biliknya semula.
Phone Samsung Galaxy Wonder segera dicapai di atas meja. Eh? Ada mesej? Sape?  Mesti Quraisya. Nak apa dia malam-malam ni? Homework? Piring kek diletakkan di atas katil sementara tangan membuka inbox. Nombor sape ni? 011-56549**?

Mesej dibuka…


Assalamualaikum? Ni Zulaikha ke?

 Huh? Mustahil Quraisya. Apa halnya dia nak tanya aku ni sape? Mungkin budak kelab, tak pun budak kelas agaknya. Aku kan bendahari Kelab Pencinta Alam. Mana tahu ada budak nak bayar yuran. Think positive!


Iye.. saya Zulaikha.. ada apa ye? Maaf, saya tak kenal awak sebab nombor phone awak takde dalam list saya.. maaf, ni sape?

 Amboi baiknya bahasa kau. Berbudi bahasa tahap Giga. Kek tiramisu dipandang, sudu memotong sedikit kek tiramisu. Krim keju yang lemak-lemak itu disuap ke mulut. Wow.. heaven and earth! Fantastic baby!
Intro lagu The Show by Lenka berbunyi menandakan mesej masuk. Inbox dibuka.



Awak tengah wat apa tu? :) hehee..

 Huh? Sape ni? Nak manja-manja dengan aku pulak malam-malam ni.



Kalau takde urusan jangan ganggu saya. Assalamualaikum.

 Heish.. sape ni? Wat seram aku je. Nak makan kek pun ada orang bikin semak!



Waalaikumussalam. Tapi tunggu la kejap. Tak nak tahu ke saya sape? Saya ni pengerusi PRS last year. Kalau tahu cubalah teka.. :D

 Abang Farish? Farish Izaham? Hah? Abang sepet tu? Apa kes budak senior mesej budak junior dia? Haila.. nak pengsan nak pengsan.. tangan dah sejuk tahap menggeletar.



Abang Farish eh? Betul ke? Mana dapat nombor Zue? Kenapa mesej?

 Send. Bulu roma sudah meremang. Budak hensem sekolah tahun lepas tu and Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya. Kenapa dia tetibe mesej aku? Demam ke?



Saje. Tadi abang belek-belek buku log pengakap tu. Nampak nama Zulaikha, tu yang abang saja mesej, lagipun Maxis-Maxis murah! Haha..

 Pulak? Main aci abang pulak dia ni. Tapi betul apa. Tahun lepas budak-budak panggil dia abang Farish. Betul la dia pangkat abang. Kasi hormat!



Ouh..  okeyla abang Farish.. Zue nak tido. Assalamualaikum.

 Kek terus disuap ke mulut.



Okey waalaikumussalam. Selamat malam. Good luck in SPM.

Hurm..baik juga dia ni.. wish me luck in SPM. Zulaikha bermonolog lagi.



Thank you. Bye.

 Haila mimpi ngeri!

*******************

Jam di dinding ditenung. What? Dah pukul 1 pagI? Hua? Nasib baik semua homework dah siap. Cepat kemas buku and gosok gigi. Waktu untuk tidur. Goodnight Sleeping Beauty!

Selimut comforter bercorak hati berwarna pink itu ditarik menutupi dada. Kenapa dia mesej aku? Tanda tanya itu tinggal menjadi tanya dan bersarang dalam kepalanya sehingga dia tertidur.


********************

“Zulaikha, minta nota Sejarah aku.” Kata Opie. “Nota?” beg segera dibuka. Buku di dalam beg dibelek sekali, dua kali, tiga kali dan TAK ADA! Aku tak bawak ke?
“Oops Opie, ak..aku..tak bawak..” Zulaikha menggaru kepala.

“Tak bawak? Kau tahu kan aku nak buku aku hari ni.” Suara Opie naik nadanya dari selalu. “Kau punya? Kau bawak tak?”
Zulaikha mengangguk. “Kejap lagi kalau cikgu tanya aku punya nota kau yang jawab.” Zulaikha mengangguk lagi. Tak pernah dia melihat Opie bersikap begitu kerana dia tahu Opie memang baik orangnya. Betullah, salah aku jugak semua ni jadi macam ni.

Opie mengatur langkah ke mejanya. “Opie!” Opie menoleh.
“Apa?” nadanya memang lain dari selalu.

“Aku minta maaf.” Opie tersenyum tawar dan kembali duduk di kerusinya.
Zulaikha oh Zulaikha, apa kau dah buat ni??? Kesian Opie. Dahla kau dah wat masalah dengan Azad, sekarang Opie. Lepas ni sape lagi? Kau selalu buat salah dengan orang dan kau selalu susahkan orang. Matanya sedikit berair.


Semua pelajar berdiri, Cikgu Zihni Zaiyadi masuk. “Selamat pagi cikgu.” Semua pelajar turut mengucapkan ayat yang sama.
Hek eh? Kerek giler si Azad. Mentang-mentang Hazim si ketua kelas tak datang kau nak kerek nak bagi salam.

“Hari ni cikgu Hanisah awak tak datang. Jadi saya relieve.”
Lengan Zulaikha disiku Quraisya. “Tu cikgu favourite kau dah masuk.”

Zulaikha mengetap gigi. “Diamlah kau Qur.”
“Qur? Kau ingat aku ayam? Jangan nak wat style opah aku.” lengan Zulaikha disiku lagi. Zulaikha membawa jari telunjuknya ke mulut mengisyaratkan Quraisya supaya diam.

“Okey pelajar, sila duduk, buat kerja masing-masing dan jangan buat  bising.” Cikgu Zihni duduk lalu membuka buku rekod kedatangan.
“Psttt.. pstt.. Zue…” Quraisya disebelah dijeling.

“Kenapa?”
“Asal cikgu pandang kau?”

“Merepekla kau ni.” Zulaikha terus menyiapkan latihan Fizik, dalam diam matanya menjeling Cikgu Zihni dan akhirnya mata mereka bertembung lagi. Air liur yang ditelan terasa kesat.


********************

“Quraisya, minta tolong? Tolong belikan nugget? Aku nak pergi kedai buku, nak fotostat peta. Please my lady?”
“Okey, tolong fotostat untuk aku sekali.” Zulaikha mengangguk.

“Alright!”


“Kak, tolong fotostat ni dua.” Suara bergema di kedai buku. Huh? Telinga aku masuk air ke? Asal bergema je? Macam pondan! Suara perempuan! Khairul Azad menepuk telinganya. Masuk air? Akak kedai buku sudah memandangnya pelik. Khairul Azad menoleh ke kanan, Zulaikha berdiri di sebelahnya sambil memegang buku Sejarah. Mereka berdua sama-sama terkejut.
Azad?

“Fotostat juga?” Zulaikha mengangguk. Alamak, jangan dia tanya pasal selipar buruk dia tu sudahlah.
“Akak, tolong fotostat ni empat.”

“Sekali?” akak kedai buku bertanya.
“Ye sekali.” Azad pantas menjawab. Zulaikha berdiri kaku di sebelah Azad. Nak cakap apa ni kat dia?

“Okey 40 sen.” Azad terus menghulurkan 50 sen kepada akak kedai buku. Kertas fotostat bertukar tangan.
“Nah, dua helai kau punya.”

“Err terima kasih Azad, ni duitnya ganti duit kau tadi.” Zulaikha menghulurkan syiling di tangan.
It’s okay. Aku belanja!” Azad tersenyum dan terus beredar dari situ.

Zulaikha masih bingung. Bau tu. Perfume tu. Wangi. Macam Adidas Sport. Zulaikha menarik nafas lagi dan bau itu masih ada. Macho punya perfume! Zulaikha menggigit bibir malu sendiri.
Khairul Azad melihat kertas fotostat di tangan. Zulaikha? Selipar? Aisehh..Lepas lagi peluang nak cakap, walaupun aku dengan dia satu kelas tapi kau memang susah nak cakap dengan dia walaupun kau boleh nak berborak dengan Quraisya macam nak roboh sekolah tapi kenapa kau tak boleh dekat dengan Zulaikha? Zulaikha? Haish..Kenapa dengan kau ni Azad? Kuch kuch ho ta hai?


************

Yeahhha… panjangnya…. Ni Ellyna yang buat.. Ellyna harap korang sudi baca. Tak best harap maaf tapi at least leave some comment please. Thank you readers. :) Next turn is Kyra.. Get ready my lady. Good luck to you!


Thursday, 29 November 2012

10 : Heart Track by Eyza


Sebaik sahaja loceng tamat waktu mata pelajaran Sejarah berbunyi, Zulaikha menutup buku teks dan buku nota. Planner ditarik dari bawah meja. Tangan cekap mencapai buku-buku Biology dari dalam beg tanpa memandang. Tanpa menunggu Quraisya yang masih mencari buku-bukunya, Zulaikha pantas mengatur langkah ke meja Opie.

"Opie, boleh tak bagi aku pinjam nota Sejarah kau. Sebab aku masih confuse yang ordinan-ordinan tu semua." Opie memang terkenal dengan kepandaiannya dalam subjek Sejarah. Nota-notanya selalunya ringkas dan mudah faham. Kadang-kadang classmates menggelar dia sebagai ‘museum’ kerana kebolehan otaknya menyimpan maklumat-maklumat sejarah.

Sekarang ni, Zulaikha sudah mula serius dalam pelajaran. Dah kesuntukan masa untuk lepak santai. Sekarang ini, mereka semua bagai menanti bom jangka untuk meletup. Dah tak ada masa nak matikan bom itu. Yang mereka perlu lakukan saat itu hanyalah lari demi menyelamatkan diri. Oleh sebab itu, Zulaikha sentiasa berusaha cuba mencari bantuan, maklumat tambahan supaya dia faham semuanya. Masa lapang yang tinggal cuma untuk cover balik pelajaran form four yang dia tak faham ataupun lupa. Empat bulan bukanlah waktu yang panjang.

"Tara hal. Tapi bagi balik esok, aku nak sambung nota bab sembilan." Opie menyerahkan buku notanya yang kulit depan dia macam dah nak lunyai. Kalau dah lelaki tu lelaki jugak la. Zulaikha menyimpan senyum dalam hati.

"Thanks. Tapi jap, kau kata nak buat nota bab sembilan?" Kening Zulaikha terangkat sebelah. "Bukan belum belajar lagi ke?"

Opie hanya menayang sengih lalu mencapai buku teks Biology. Lupa pulak Zulaikha yang dia sedang bercakap dengan Historical Brainiac. Itu la Opie atau nama sebenarnya, Saufi. Saat begini, ramai rakan-rakan kelasnya menjadi sumber inspirasi dan role model yang baik untuk Zulaikha contohi. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Zulaikha pusing semula ke majanya. "Sya, cepat sikit Sya. Karang lambat pulak." Zulaikha memanggil dari muka pintu.

"Coming!" Balas Quraisya gelabah sambil mencapai segala benda atas mejanya. Hmm, ni lagi sorang. Kalutnya tak pernah berubah.

Mereka berjalan pantas menuju ke makmal Biology. Takut lambat. Dah la semenjak dua menjak ni Cikgu Zihni macam angin sikit. Cakap tu kadang-kadang pakai bahasa sarkastik yang memang takde dalam silibus sekolah aje. Tapi mereka sekelas semua boleh agak kenapa Cikgu Zihni jadi macam tu.

"Kenapa ek Zinger Burger tu…" Mata Zulaikha mencerun macam Superman nak cairkan besi. "…I mean Cikgu Zihni, mood dia macam K.O sikit? Dengan kelas kita je pulak tu. Safiyah cerita kat aku Cikgu Zihni mengajar kelas dia orang best aje. Siap story-story lawak lagi." Quraisya menyatakan kehairanannya. Sebab kalau disebabkan kes putus tunang tu, takkan la cikgu tiba-tiba nak angin dengan kelas dia orang je?

"Hmm, kau tengok la result Mid-Term kita bulan lepas macam mana. Semua macam dah nak underground je. Okay, fine, aku exaggerate. Bukan la semua, tapi majoriti markah macam hidup segan mati tak mahu je. Maunya tak dia nak marah. Pulak tu, kelas Sains 2 lagi maju, markah up. Memang wajar la." Zulaikha mengeluh pada hujung ayat.

Oh, mungkin juga. Tapi aku bersyukur sangat Bio aku kira tahap okey lagi. Quraisya memanjatkan rasa syukur dalam hati walaupun dia tahu dia tak harus cepat berpuas hati dengan pencapaiannya.

"Assalamualaikum." Quraisya mengetuk pintu makmal sebelum mereka berdua melangkah masuk. Kepala ditekur rendah bimbang dimarahi. Minggu lepas Afiq dengan Wafa dah kena sound dah sebab lambat masuk lab.


"Kenapa? Sesat? Dah tak kenal mana satu lab Bio, mana satu Bilik Pengawas?"


Tapi sungguh, memang wajar dia orang lambat sebab mereka Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar. Kalau ada hal kat Bilik Disiplin atau Bilik Pengawas, mereka berdualah yang Cikgu Zaidi akan cari dulu. Kalau minggu lepas ada kes pelajar ponteng kelas.

Tapi Cikgu Zihni dah tak ada kompromi sekarang. Katanya, dah tahu SPM dah dekat, buat-buat la nak dekatkan diri dengan buku sikit instead of benda lain seperti tanggungjawab kita terhadap sekolah. Bukan tak boleh, tapi pandai-pandai la. Sedikit sebanyak ada benarnya kata-kata Cikgu Zihni itu.

"Oh, Zulaikha. Masuk la." Arah Cikgu Zihni tanpa nada.

Aik? Ingatkan nak kena fire dah tadi. Fuh, selamat, rezeki dia dengan Quraisya agaknya. Zulaikha dan Quraisya pantas mengatur langkah ke meja barisan ke dua sementara Cikgu Zihni sedang menulis sub topic di papan putih.

Saat melitasi meja hadapan, Zulaikha hampir tersandung dek entah apa yang menjadi penghalang. Zulaikha menoleh sekilas. Kaki Azad! Azad membuat isyarat I’m-Watching-You menggunakan jari telunjuk dan jari hantu. Eyes to eyes.

Baru Zulaikha ingin membuka mulut melepaskan kemarahan, Azad menyampuk perlahan. "You owe me." Tanpa perasaan. Kemudian dia menoleh ke depan semula.

Zulaikha merengus lalu menghempaskan punggung ke atas bangku makmal. Dasar kaki ungkit tak guna! Berkira! Tak ada nilai keikhlasan dalam diri langsung! Kerek! Sengal sendi dan otot! Zulaikha menyumpah seranah Azad dalam hati. Quraisya di sebelah meramas bahunya supaya cool down.

Menyedari dirinya telah sedikit ketinggalan maklumat kerana Cikgu Zihni telah memulakan pelajaran dan dia langsung tak dengar apa cikgu cakap dekat depan, Zulaikha pantas menyelak buku teks ke halaman yang tertulis di papan putih. Dia harus serius dan fokus. Ya, fokus! Fokus Zulaikha Zulkifli!

Mana? Mana? Mana? Ha, there you go. Jumpa!

"Ha, Zulaikha. Terangkan." Bergema suara Cikgu Zihni dari hadapan makmal.

Oleh kerana terkejut dengan arahan yang berbunyi seperti sergahan itu, Zulaikha terbangun dari duduknya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Rasa bagaikan dia berada di centre of the earth dan semua memandangnya. Sungguh, wajahnya rasa macam kena cucuk dengan lima belas bilah pisau Rambo, bukan pisau lipat dua puluh sen tu. Bulat mata Zulaikha kerana terlampau terkejut.

"Terangkan." Ulang Cikgu Zihni sekali lagi.

Zulaikha betul-betul tak berani nak tanya apa sebenarnya yang cikgu tanya tadi. Sebab seawal Cikgu Zihni berkhdmat sebagai guru ganti lagi dia dah beritahu, dia tak suka ulang arahan dia lebih dari sekali kerana dia mahu pelajarnya menumpukan perhatian. Peluh tak berjantina mula bermanik di dahi dan tapak tangan Zulaikha.

Saat itu, Zulaikha rasa dunianya gelap, bagaikan terjatuh ke dalam lubang gelap dan dalam tanpa sebarang sumber cahaya. Hati kecilnya menjerit ‘Mummy, daddy, mama, papa, Sya, Zulaikha sayang kalian semua!’


*******

Pinggan nasi lemak diletak di atas meja. Teh ais disambut dari tangan Quraisya. Pantas punggung dilabuhkan di atas kerusi. Perut dah berkeroncong, apatah lagi aroma sambal nasi lemak itu dah memenuhi rongga hidung. Sedapnya makan panas-panas.

Quraisya duduk lambat-lambat. Haila, Zulaikha ni. Bab makan dia memang laju. Moto hidupnya ‘Makan mesti menjadi-jadi’. Eheh! Memandai aje dia reka moto hidup orang. Dasar ajinomoto betul. Quraisya membuka balutan pretzel bread. Quraisya lebih gemar mengamalkan gaya pemakanan sihat. Diet gitu. Lagipun, balik nanti makan jugak. So, rehat ni makan benda ringan je la.

"Kau rasa kenapa dia buat macam tu?" Soalan Quraisya yang secara tiba-tiba itu menyekat tangan Zulaikha daripada menyudu nasi lemak ke mulut.

Zulaikha membenamkan sudu dalam timbunan nasi. "Kau rasa kau nak aku blah dari sini daripada makan dengan kau ke?" soal Zulaikha tanpa nada dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan.

"Laa, relaks la. I just wonder why." Quraisya mengunyah pretzel bread selamba.

Zulaikha menyudu nasi lemak masuk mulut. "Maybe dia nak tunjuk pandai? Who knows?" suara kembang dengan mulut separa penuh.

Quraisya mengangkat bahu lantas menyambung kunyahan. Yeah, who knows?


"Tapi aku rasa la..." sudu diangkat tinggi paras hidung. "...dia saja nak jatuhkan maruah aku." Dia tersengih sinis.

"But, dia..."

"One more word out, kau makan sorang-sorang dekat sini."



************

Au... (/.\) Cak! \(^.^)/ Sorry dear readers. Been through quite hard times. So, hasilnya pun kurang asam, garam, gula dan bawang. Sorry sebab takde idea, tapi gatal nak post cepat-cepat. It's because I'm running out of time. Banyak benda nak kejar sedangkan tanah pun dah tak cukup nak jejak. :P So, dengan rasminya dah masuk round 4. Lepas ni turn Ellyna. C'mon Elly jelly belly button! You can do better.