Nina merebahkan tubuh di atas katilnya.
Mata sudah mengantuk tapi belum rasa nak tidur. Beginilah rutin Nina pada
setiap hari sejak beberapa bulan lepas, enam bulan to be exact. Jiwanya terasa kosong menjalani hari-hari macam ni.
Mak pun dah bising tengok dia macam makan tak kenyang, mandi tak basah, persis
zombi aje. Hari-hari mak beleter selepas dia balik dari kerja menengokkan
keadaannya yang dah tak serupa orang normal, tak seperti Nina yang dulu.
Nina, kau ni manusia tanpa jiwa ke? Kenapa
rasa sangat kosong? Ke tanpa hati? Ya, hati. Dah lama dia tidak merasa
nikmatnya mempunyai sebuah organ bernama
‘hati’. Organnya itu telah dibawa lari ke nun jauh di Eropah sana. Hariz, mana awak sekarang? Mana awak bawak
lari hati saya dan MIA macam tu je? Setahun awak kata awak akan pergi, sekarang
dah hampir setahun saya tunggu awak, Hariz. Dua bulan je awak contact saya. Enam bulan saya sepi tanpa
khabar dari awak Hariz. Mana awak?
Hariz, pulanglah. Mak dah asyik tanya saya
pasal kahwin. Awak tak sempat jumpa mak saya lagi. Baliklah Hariz. Macam mana
saya nak bagitahu mak yang saya dah ada awak kalau awak sendiri pun hilang
macam ni? Nina pejam mata dengan jiwa yang merintih dengan persoalan yang tak
mungkin punya jawapan itu.
*****
Huh, satu bala lagi. Dengan keyakinan yang
separuh Nina mengetuk pintu bilik Encik Farid. Harap harap mood dia okey. Sempat dia menyerapah dan
meniup-niup muka pintu bilik Encik Farid itu. “Masuk.” Arah Encik Farid dari
dalam. Bismillahirahmanirrahim. Dengan kaki kanan Nina melangkah masuk.
“Err, Encik, ni soft copy design rumah dekat Seri Andalas tu. Encik tengoklah dulu,
ada apa-apa saya boleh baiki lagi, saya akan ubah.” Ya, lagi. Semalam rekaannya
telah dipulangkan dan disuruh perbaiki. Sungguh, tak banyak perubahan yang dia
sempat buat. Nampak lebih kurang je dengan rekaan sebelum ini. CD itu diletak di
atas meja Encik Farid yang wajahnya terselindung di balik komputer ribanya.
Sebelum sempat Nina memulas tombol nak
keluar dari bilik itu, Encik Farid bersuara. “Cik Ninazana, I can tell that your performance is going
down hampir bawah tanah day by day. I
don’t care what your personal problem is, but please, don’t mess it up with
your work. Be a professional interior designer, understand? Okay, you may leave
now.” Tanpa perasaan Encik Farid menuturkan dengan nada tegas.
Dengan separuh hati Nina melangkah ke
luar. Teori pekerja-pekerja di bawah Encik Farid ialah perangai Encik Farid
yang cerewet begitu adalah kerana sindrom duda anak satu. Memang dia ketawa
sewaktu pertama kali dengar teori mereka itu, dan dia pun mengesahkan sahaja
teori itu. Tapi jika difikirkan balik, apa yang Encik Farid katakan itu,
semuanya benar belaka, dan juga untuk kebaikan prestasi kerjanya juga. Dia
seharusnya menjadi profesional, bukannya mencampuradukkan urusan peribadi
dengan hal pejabat, ye tak? Tak sangka seorang Muhammad Hariz bin Azman dapat
mengubah hidupnya begini rupa sekali. Nina tersenyum pahit.
*****
“Shit!
Not again!” Adakah sudah tertulis
dalam suratan takdirnya bahawa nasib dia memang malang atau memang sekarang dia
sedang dilanda musim ditimpa malang bertubi-tubi? Helmet kura-kura warna pink tu ditanggalkan dari kepala. Skuter Vespa LX
50-nya disepak tayar depannya. Lagi-lagi tak boleh nak hidup. Agaknya sebab ni
skuter inherit kot, dah berapa
generasi dah yang pakai. Okey, memang dia exaggerate.
Skuter ni Kak Yana bagi pada dia selepas Kak Yana dah beli kereta. Nampaknya
hari ni pun dia terpaksa naik bas lagi. Langkahnya berat-berat diatur ke
perhentian bas dekat depan bangunan pejabatnya itu.
Duh, lambat lagi ke nak sampai? Jam Esprit
di pergelangan dikerling buat ke sekian kalinya. Dah dua puluh minit dia berada
dalam bas ni. Dah la Nina ni jenis mabuk kenderaan sikit, apatah lagi bas awam
macam ni. Tiba-tiba bas Rapid itu brek mengejut, Nina terdorong ke tepi. Ya
Allah, peningnya. Janganlah muntah dekat sini. Oh, ada orang kejar bas rupanya.
Kut ye pun nak buat drama, tolong la jangan masa aku ada atas bas ni.
Ek? Mamat ni rupanya. Sepanjang beberapa
kali naik bas tahun ni disebabkan ‘kesihatan’ skuternya yang teruk, ada la
sekali dua dia terserempak dengan budak basketball ni. Dia panggil mamat tu
‘budak basketball’ sebab setiap kali jumpa mesti dia pakai jersi basketball
nombor 8 tu sambil pegang sebiji bola keranjang.
Elok sangat la tu, kalau mamat tu pun
perasan juga, mesti dia akan rasa kelakar sebab setiap kali mereka berjumpa
Nina akan pegang helmetnya yang berwarna pink itu dia pula pegang bola keranjangnya. Nina
menyimpan senyum. Nina hanya pejam mata melawan pening yang menyerang sewaktu
budak basketball itu melabuh duduk bertentangan dengannya. Lagi pun, lagi sikit
je nak sampai waktu dia turun.
*****
Nina menyangkut kunci skuternya di key holder di atas rak kasut itu. Helmetnya
diletak di atas rak kasut itu. Sewaktu Nina melewati dapur untuk menaiki tangga
ke bilik, Puan Nora hanya menyapa mengajak dia makan malam walaupun dia tahu
Nina akan menolak. Jarang benar Nina makan malam bersamanya sejak akhir-akhir
ini. Bunyi skuter pun tak dengar, mesti Nina pulang dengan bas lagi, sebab dah
banyak kali juga perkara ini berlaku.
Terasa segar selepas mandi. Nina duduk
menghadap laptopnya lagi. Software
designing dibuka untuk edit design
dalaman rumah Mr. Tong. Projek ni Nina tak boleh bebas sangat sebab dia
bekerjasama dengan arkitek Mr. Tong itu. Mr. Tong tu agak cerewet dengan
kehendak dia manakala Nina lebih suka buat berdasarkan idea dia sendiri. Takpe la, customer is always right, kan? Tu yang Encik Farid selalu pesan
pada dia.
Setelah tiga jam menghadap design itu, akhirnya siap jugak. Yes, esok tak
payah masuk pejabat. Terus pergi Damansara Perdana untuk projek ini. Lepas tu
boleh terus fly pergi rumah Hani.
Galaxy Note warna pink dicapai dan pesanan ringkas ditaip untuk beritahu Hani
esok. Esok hari Khamis, hari Hani day-off
dari kafe tempat dia bekerja. Hani tu,
kelulusan tinggi juga, tapi minat jadi barista.
Memang Uncle Azlan marah pada Hani pada mulanya. Tapi itukan Hani Safiya Azlan.
Kata dia, maka kata dialah.
Tak sampai dua puluh saat pesanan
dihantar, mesej baru masuk inbox Nina. Amboi, cepatnya. Maklumlah, orang
tengah bercinta, melekat aje dengan handset
sepanjang masa.
Okey. Jumpa esok! ^^
Sebelum menutup laptopnya, Nina sempat
lagi check inbox e-melnya. Hmm, kosong lagi. Persis jiwanya.
Memang dia mampu tersenyum, tapi senyuman tanpa jiwa, itu la yang Hani
gambarkan. Well, sometimes person tend to
appear not like their inside. Lebih kurang macam tipu diri sendiri untuk menyedapkan
hati sendiri, ek?
Pen marker merah memangkah lagi tarikh
hari ini.
*****
Nina menghempas tubuhnya di atas sofa. Ah,
leganya. Lengan kanan direhatkan di atas dahi. Hmm, pejam mata sekejap pun okey
juga.
“Eh cik kak, kut ye pun, bukak la dulu tudung tu.”
Oh, ya tak ya. Tudung dicabut dari kepala
dan disangkut di kepala sofa. “Hani, pergi la buat air ke apa ke? Macam ni ke
layan tetamu?” Arahnya lalu merebahkan semula kepala di atas sofa empuk itu.
“Amboi, amboi. Kau tu buat diri sendiri
macam tetamu ke? Selamba badak je tergolek kat sini. Kau nak air pergi buat
sendiri.” Nina menekan butang ‘on’ pada remote
TV.
Teringatkan sesuatu Nina terbangun duduk.
“Weh, Han. Betul ke kau dah nak tunang? Seriously?
Bila masa Adli propose kau? Apasal kau tak up to date dengan aku ha? Aku tahu pun dari Rania.”
Hani angkat tangan surrender. “Whoa. Whoa. Tak boleh tanya satu satu ke?” Hani gelak
kecil. “Kau tu yang busy gila, macam mana nak cerita. Emm, dia propose aku macam lelaki Melayu terakhir
la, tipkal. Tiba-tiba rombongan sampai depan rumah aku kat Melaka tu. Mak aku
pun dah terkejut bukan main. So, overall,
nothing menarik untuk diceritakan
pun. And we are going to engage next
month. The end.” TV yang terpasang
dibiarkan sahaja. Tumpuan Hani jatuh pada Nina.
“Congrats
darl!” Nina bangun memeluk Hani yang
berada di sofa bertentangan. “Aku gembira untuk kau. Sampai jugak seru kau,
kan? Ye ye je aku bet sejak sekolah lagi yang aku kahwin dulu dari
kau. Tengok tengok, jodoh kau sampai dulu.” Nina ketawa kecil pada hujung ayat.
“Kau bila lagi, Nin? Ke kau masih tunggu
Hariz?” Suara Hani berbunga kebimbangan. “Bagi aku la, lelaki kalau dah lebih setengah
tahun ignore kita, tu memang automatically no relation dah. Tak guna kau buang masa tunggu dia.
Kau cari je orang lain. Lagipun aku tengok Hariz tu dah macam entah apa-apa je.”
Hani merenung pada Nina yang menunduk. “Ke nak aku carikan? Aku ada ramai ke
calon. Nak Arshad? Ke Abang Jef? Tak pun lelaki idaman Malaya, si Syazwan?”
Hani angkat-angkat kening. Tangan kiri merangkul bahu Nina.
Nina menarik senyum sinis. Tangan Hani di
bahunya dialih. “Senangnya kau cakap kan Hani? Kau ingat tukar lelaki ni macam
tukar baju ke? Senang senang je nak main buang ganti macam tu? Dulu kau yang encourage
aku sangat untuk baik dengan dia masa aku tak ada apa-apa dulu.
Sekarang, kau nak carikan yang lain pulak?” ujarnya sinis.
“Cuba kalau aku yang suruh kau campak je
Adli tu, ganti dengan Syazwan tu? Kau nak? Ke Taufik ke? Boleh ke?” Nina ketawa
sarkastik sambil mengangkat bebola matanya ke atas. “Ohoho, mungkin je kau
boleh. Tapi aku, sorry to say, aku
tak boleh jadi macam kau.”
“Nin...” muka Hani penuh rasa bersalah.
“Kau jangan risau sebab aku tak marah kau
pun. Aku tak boleh pun nak marah kat kau. Aku cuma nak cakap apa yang aku rasa.
Biar kau faham situasi aku, but if you
don’t aku tak boleh nak kata apa dah. Biar kau dengan thoughts kau, and aku,
with mine.”
Nina bangun menyarung tudung dan mancapai
beg tangannya. “Just give me a break
Hani.” Nina menoleh ke arah Hani yang masih terduduk tak terkata apa. “Don’t worry. We’re still good. Majlis tunang kau pun aku akan datang. Aku
balik dulu. Salam alaik.” Nina terus beredar meninggalkan Hani yang tersentap.
*****
Hariz membaling seketul batu ke dalam
tasik, membentuk satu bulatan gelombang di atas permukaan air jernih itu.
Kemudian dia menoleh ke arah orang sebelah yang sedang makan ais krim sambil
melihat ke arahnya. Hariz ketawa menampakkan barisan gigi atasnya. “Apa ingat
comel sangat la tu tengok orang macam tu?” Hariz melempar segenggam rumput ke
arah Nina.
“Eee, kejinya!” Nina mengibas-ngibas
rumput rumput yang masih melekat tanah itu dari tudungnya. “Nasib baik tak kena
ais krim ni.”
Hariz menggeleng dengan senyuman. “Nina.
Nina. I’m so gonna miss you, dear.” Senyumannya masih tak cair. “Kalaulah saya
boleh angkut awak sekali. But a year
won’t be long, kan awak?”
“Can’t
you just... not go?” suara Nina
kendur.
Tiba-tiba Hariz tergelak besar. “Ni la
yang saya akan rindu kat awak ni. Sangat innocent,
macam budak-budak. Geram je saya nak cubit pipi awak. Tapi tak halal lagi.”
Hariz kenyit mata kanan pada Nina.
Hariz melepaskan keluhan kecil. Kemudian
dia bersuara setelah sepi mengambil alih beberapa ketika. “Saya kena pergi
awak. Lepas je dapat master tu saya terus lari masuk minang awak. Setahun Nina.
Tunggu saya, will you?”
“Tak boleh ke kita kahwin sekarang? Lepas
tu saya ikut awak.” Soal Nina, sangat innocent.
“Adakah Nurul Ninazana Mustaffa baru sahaja lepas meminang Muhammad Hariz
Azman?” Hariz tergelak besar lagi, menampakkan lesung pipit pada pipi kirinya.
“Saya ada komitmen untuk tunaikan impian ayah saya terhadap saya. Lepas tu saya
tunaikan komitmen saya terhadap awak pulak,
okey?” Suara Hariz seperti memujuk.
“Setahun je Nina. Saya janji akan e-mel
awak selalu. Call awak kadang-kadang. Emm, tapi saya tak tulis
surat ye? So lame.” Hariz berjanji
mengangkat tangan kanan seperti berikrar. Mereka ketawa bahagia dengan tasik
yang terbentang luas itu sebagai saksi kebahagian mereka berdua.
Maybe
we’re trying
Trying too
hard
Maybe
we’re torn apart
Maybe the
timing
Is beating
our hearts
We’re
empty
Air mata berjuraian menuruni pipi Nina mendengarkan lagu Empty – The
Click Five. Hariz, mana awak? Sungguh, itulah kali terakhir mereka berjumpa
sebelum Hariz berangkat ke Manchester. Hari yang paling banyak kali dia tengok
senyuman Hariz, gelak tawa Hariz. Sungguh dia rindu pada raut wajah itu.
*****
Alhamdulillah.
Dia dapat tawaran itu. Nina membawa surat itu rapat ke dada. Surat tawaran
untuk Interior Design Experience Program (IDEP) di United States. Dia sudah
tekad nak terima tawaran ini. Pada mulanya, dia hanya mengisi borang itu tanpa
meletak sebarang harapan. Namun, alhamdulillah, rezeki dia dapat.
Memang dia pergi
untuk bawak balik certificate itu, tapi jauh di sudut hati kecilnya, dia
tahu, dia sebenarnya dia hanya ingin lari daripada semua ketegangan ini,
realiti yang pahit ini. Dan program dua tahun ini adalah jalan paling tepat
untuk dia ikuti. Insya-Allah. Moga Allah permudah.
*****
Nina menahan
kuap dengan tangan kanan. Mengantuknya. Semalam dia sampai rumah dari Melaka
hampir pukul sebelas malam. Majlis pertunangan Hani diadakan sebelah malam
selepas Isyak. Lepas berborak-borak dengan kawan-kawan sekolah lamanya, barulah
Nina berangkat pulang dengan skuternya. Memang kerja gila. Nasib baik skuter
dia tak buat hal tengah highway semalam.
Nina mengerling jam tangan Esprit di
pergelangan kiri. Dah pukul empat lebih. Tinggal beberapa jam lagi dia ada di
pejabat ini. Hari ni merupakan hari terakhir dia di pejabat ini. Tadi ada
jamuan kecil-kecilan dekat department ini. Dah kenyang dia makan nasi dagang
yang Farhana bawa.
Nina menyimpan kalender, pembaris, alat
tulis, hard disknya dan segala bagai
khazanahnya ke dalam kotak. Frame gambar yang berisi gambar dirinya, Hani, dan
Hariz dicapai. Barang terakhir yang tinggal. Gambar ni diambil sewaktu birthday partynya dua tahun lepas. Nina tersenyum.
Sorry
Hani. Mungkin berjauhan dari kau buat aku boleh berfikir sendiri. Beri aku
ruang untuk cari jawapan untuk segala persoalan. Dia hanya meninggalkan sepucuk
surat yang dititip kepada mak untuk diserah pada Hani selepas dia berangkat ke
States.
“Aku
minta maaf Nina. Aku cuma nak kau happy. Tu je.”
Aku tahu
Hani. Aku tahu. Hani meminta maaf lagi sekali padanya sebelum dia pulang pada
hari majlis pertunangannya semalam.
Encik Farid menghampiri meja Nina,
mematikan lamunan Nina. “Cik Ninazana, I
wish you all the best. Saya kena balik sekarang. Jadi perpisahan kita di
sini aje lah ye. Ingat, syarikat ni sentiasa terbuka untuk awak selepas awak
kembali. Sejujurnya, awak seorang pekerja yang baik, Ninazana.” Encik Farid
senyum lalu membuka langkah untuk beredar.
“Encik,
ni soft copy design rumah Mr. Tong.
Projek terakhir saya.” Nina tersenyum sambil menghulurkan sekeping case CD.
“Told
‘ya. Awak bagus.” Encik Farid menyambut
CD lalu beredar.
“Terima kasih Encik Farid.” Nina senyum
senang.
Encik Farid hanya mengangkat tangan kanan
tanpa berpaling.
*****
Nina pusing ke belakang lalu mendongak memandang ke atas.
Bangunan pejabatnya yang berdiri megah mencakar langit. Farid Nordin Architect.
Selamat tinggal. Nina pusing dan melangkah ke arah perhentian bas di hadapan.
Nasib dia hari ini agak baik. Belum sempat
duduk pun bas sudah sampai. Hari ini Nina naik bas untuk pulang sebab dia
membawa banyak sangat barang. Kotaknya yang besar itu mana muat nak letak atas
skuter kesayangannya itu. Ni pun isi dia dah nak melimpah ke luar.
Apabila bas berhenti di perhentian bas
stesen minyak itu, mamat basketball itu naik. Nina senyum sahaja. Sebab
selalunya memang dia naik dekat bus
stop yang itu. Dah boleh ingat
sangat sebab dah selalu sangat terserempak.
Eh, kotak Nina hampir terjatuh sewaktu bas
itu brek. Frame gambar yang berada di
atas sekali itu terjatuh di atas lantai bas. Belum sempat Nina capai, mamat
basketball tu dah tolong angkat. Nina mendongak ke arah mamat itu yang sedang
menghulurkan frame tersebut dengan sebuah senyuman simple
yang bertampal pada wajahnya.
“Err, terima kasih.” Nina menundukkan
sedikit kepalanya. Pantas hidung Nina menangkap bau perfume yang digunakan oleh
mamat itu. Perfume Bvlgari. Dia cam sangat bau ni, sebab first time dia terbau masa mula-mula terserempak dengan
mamat ni dulu pun dia ingat baunya. Lepas tu jenuh dia paksa Abang Aizat
beritahu tu perfume apa sebab Abang
Aizat pun pakai perfume tu jugak.
Mesti abang sepupunya itu pelik dengan dia yang tiba-tiba berminat nak tahu
pasal perfume lelaki.
“No
biggie.” Balasnya.
Oh,
macam tu ke suara mamat ni? Pertama kali bertegur sapa walaupun dah banyak kali
jumpa.
“Tak bawak helmet pulak hari ni?” Soal
mamat tu seraya melabuhkan duduk di kerusi setentang Nina.
Ek, ramah pulak dia ni. Mesti dia ingat
aku ni kena buang kerja punya lah. Berbaju kurung dan bawak kotak besar isi
barang-barang macam ni. Memang lulas lah kalau nak kata rupa orang kena pecat.
“Err, hari ni tak.” Nina senyum sedikit menjawab pertanyaan mamat tu.
Mamat tu pun balas senyuman dia. Beberapa
saat kemudian bas tu berhenti di perhentian berhampiran rumah Nina apabila Nina
menekan loceng. Nina bangun mengangkat kotak yang berat itu. Sebelah tangan
membetulkan letak beg tangan di bahu.
“Bye.” Sapa mamat tu sepatah dengan senyum mesra.
Nina cuma membalas segaris senyuman buat mamat itu sebelum
turun dari bas.
*****
2 TAHUN 7 BULAN KEMUDIAN...
“Nina, bangun Nina. Karang mak simbah kau
dengan air ni karang.” Puan Nora berlawan menarik selimut tebal itu dengan Nina
yang masih terpejam matanya.
“Mak. Apa ni mak? Awal lagi lah.” Nina
menutup mukanya dengan bantal.
“Nina. Dah pukul sepuluh pagi ni. Kan dah
janji dengan mak hari tu. Tolonglah jangan ubah fikiran pulak tiba-tiba.” Pujuk Puan
Nora.
Nina bangun duduk malas-malas dengan
rambut yang kusut dan muka sememeh begitu. “Ala mak, dia orang nak datang dah
ke?” Nina menggaru-garu kepalanya dengan muka mamai. “Awalnya mak oii. Orang
tengah jet lag lagi ni mak oii.” Nina menguap luas.
“Huish!” Pantas tangan Puan Nora hinggap
di bahu Nina. “Anak dara apa menguap macam tu. Dah pergi mandi, nanti turun
masak.” Puan Nora terus beredar keluar dari bilik Nina.
Masak? Nina tercengang. Dah lama tak
masak, nak masak apa? Sirloin steak aku ingatlah nak buat macam mana. Nina
terus beredar masuk ke dalam bilik air.
*****
“Mak,
bila dia orang nak sampai ni? Penat je bersiap awal-awal.” Nina menguap lagi.
Mana taknya, dia baru sampai dari States semalam. Jet lag pun tak habis lagi. Dia kalau boleh nak spend
winter kat sana. Tapi mak dah hari-hari call suruh dia balik lepas
mak tahu dia dah lama habis IDEP tu. Siap buat perjanjian paksaan lagi. Haila.
Tangan lincah mengacau kuah tom yam dalam periuk. Ni je la yang paling senang
nak masak.
“Kejap kejap lagi sampai la tu Aunty
Salina awak tu.” Jawab mak malas malas.
Ek eh, kawan dia, kata aunty kita pulak.
Apaper je la mak oii. Janji mak
bahagia. Nina menggelengkan kepala.
Nina sedang menuang kuah tom yam campur
itu ke dalam mangkuk apabila dia terdengar suara mak dan seorang perempuan,
yang berkemungkinan besar Aunty Salina di ruang tamu. Nina meletakkan mangkuk
berisi kuah tom yam itu di atas pelapik untuk di bawa ke ruang makan di depan.
Nina membawa mangkuk itu berhati-hati sebab isi dia penuh.
“Ha Nina, ni la Aunty Salina dengan
Johan.” Suara mak menerjah lubang telinganya. Nina mengangkat muka memandang
Aunty Salina dengan...
“Awak?” Hampir terlepas mangkuk tom yam tu
sebab terkejut.
“Ek?”
“La, Joe dah kenal ke Nurul?”
“Joe ke nama awak?”
“Nurul ke nama awak?”
Serentak mereka bertanya. Pecah ketawa
mereka di tengah-tengah ruang tamu itu.
“No wonder saya nampak helmet kura-kura tu masa
masuk tadi.” Johan membetulkan rambut depannya sambil ketawa. “So, vespa
buruk dekat luar tu la motor awak ye?” sambung dia dan ketawa lagi.
Amboi, boleh tahan jugak mulut dia ni
cakap dengan orang tak kenal macam tu, tak berlapik langsung. Err, dia orang ni
kira tak kenal la, kan? “Helo, buruk apa macam tu? Ada nilai estestika tahu?”
Nina meletakkan mangkuk tu atas meja makan.
Tangan Aunty Salina disalaminya. “Mulut
Joe memang macam tu. Nurul kena biasa la ye.” Aunty Salina ketawa mesra. Nina
hanya tersenyum senang.
*****
“So...”
“So?”
“So, you’re THE Johan Adzry Adnan, huh?” Nina menarik
senyum sungging pada Johan yang berdiri rapat di balkoni tingkat dua rumah
mereka. Mak dengan Aunty Salina suruh mereka berborak selepas makan tadi.
“What do you mean by THE?” soal
Johan dengan kening terangkat sebelah.
“The one yang buat mak saya call hari-hari suruh balik.
The arkitek muda yang handsome bak kata mak.” Nina ketawa pada hujung ayat. “...and
the one yang nak cari jodoh pun kena
mak yang carikan.” Nina mengekek nakal.
“Heii, keji ek?”
“By the way, awak nampak lain dari
selalu.” Yela, selalunya dia nampak Johan berpakaian sukan, hari ni dia lepak
je pakai t-shirt dengan jean. “Tak sangka awaklah mamat basketball tu.” Nina
menggumam perlahan.
“Mamat basketball? Awak panggil saya mamat
basketball?” Johan ketawa besar.
“Kenapa gelak? Ingatkan nak marah.” Soal
Nina innocent.
“Sebab saya panggil awak minah helmet.”
Johan sambung ketawa.
“Sengal!” Nina campak bunga plastik pada
muka Johan.
“Rilek la Nurul.” Johan angkat tangan
menyerah kalah. “By the way, awak menghilang ke mana few years
ni?”
“Johan, it’s Nina lah. Tak biasa orang
panggil Nurul.”
“Suka hati sayalah.”
Nina ketawa kecil. “Nampaknya there’a a
lot more we need to catch up, kan?”
Ya, siapa sangka? Rupa-rupanya Johan ini
jodohnya? Jawapan kepada istikharahnya, yang menyuruh dia bersetuju dengan
pilihan mak? Siapa sangka, orang asing yang kita terserempak kat mana mana je
tu adalah jodoh kita? Sungguh, percaturan Allah tak siapa yang tahu. Di United
States, setiap malam dia membuat solat istikharah, meminta Allah beri dia
petunjuk. Insya-Allah Johan ialah insan yang bakal mengisi kekosongan di
hatinya.
Dan Hariz? Sungguh dia tak pernah tahu di
mana Hariz dan apa yang terjadi dengan Hariz. Dia hanya menganggap bahawa Hariz bukan
jodohnya. Mungkin sahaja Hariz telah bahagia berumah tangga? Mungkin juga
sebaliknya. Apa yang dia yakin, Johan Adzry ialah pasangannya, jawapan yang
Allah beri, yang telah ditetapkan di luh mahfuz lagi, insya-Allah khair.
-TAMAT-
130419;2348
************
Sementara tunggu cerita kami, Heart Track disambung, enjoy la dulu my short story ni, dibuat selingan aje. Saja nak mengasah balik, tengok la gaya penulisan pun dah agak teruk, kan? Hehe, sorry. Enjoy la. Tunggu ye sambungan Heart Track yang digantung tak bertali ni? (^.^)v
No comments:
Post a Comment