Zulaikha dan Quraisya leka membuat kerja sekolah Add Maths yang diberikan oleh Cikgu Jazli di sekolah sebentar tadi. Kini, mereka boleh tersenyum puas hati kerana kebanyakan topik-topik yang terdapat dalam subjek Add Maths ini telah dapat mereka kuasai.
Ini semua berkat kesungguhan Cikgu Jazli yang tidak jemu-jemu memberi mereka latihan dengan begitu banyaknya di samping mengadakan kelas tambahan pada hari cuti. Cikgu Jazli juga berusaha memberi tunjuk ajar kepada para pelajarnya agar memahami setiap topik yang dipelajari.
Zulaikha dan Quraisya juga sering bertanyakan soalan-soalan Add Maths yang sukar untuk dijawab dengan mengadakan temu janji dengan Cikgu Jazli selepas waktu persekolahan.
Alhamdulillah. Zulaikha mengucapkan rasa syukur di dalam hati. Dia meletakkan pensel ke atas meja lalu berpaling ke arah Quraisya kerana ingin bertanyakan sesuatu dengannya.
"Sya, so macam mana preparation kau untuk SPM? Kau dah bersedia untuk menghadapinya?"
Quraisya segera berpaling menghadap ke arah Zulaikha.
"Alhamdulillah. Setakat ni, aku rasa okeylah jugak. Cuma Add Maths la kalau boleh aku nak sangat skor A+. In sha Allah. Kalau subjek Science macam Biology, aku kena ulangkaji balik ingat semua fakta-fakta. Chemistry pulak aku nak hafal eksperimen-eksperimen yang kita dah buat. Yang lain-lain tu aku dah boleh cover rasanya. Physics pulak tinggal nak buat latihan-latihan je banyak-banyak. Soalan dia kan lebih kurang je. Sekarang ni aku dah rasa cuak giler kot. Tinggal 2 bulan je lagi. Hmm. Harap-harap apa yang aku belajar semua ni dapat memberikan keputusan yang cemerlang dalam result SPM aku nanti. In sha Allah. Kau pulak macam mana, Ikha?"
"Wah, bagusnya kau. Aku tabiklah dengan kau. Betul. Aku pun lebih kurang la macam kau. Cuma Biology aku nak jumpa Cikgu Zihni nak minta dia terangkan sikit-sikit mana-mana topik yang aku masih tak faham. Subjek Arts Alhamdulillah. So far so good!", ketawa Zulaikha.
"Haa. Baguslah macam tu. Aku nampak kau memang dah betul-betul meningkat dalam Arts. Mesti daddy kau akan bangga ada anak macam kau ni."
"In sha Allah. Mudah-mudahan. Kau pun tahu kan, akulah satu-satunya harapan mummy dan daddy aku memandangkan aku anak tunggal dalam keluarga. Aku janji pada diri sendiri yang aku akan cuba buat yang terbaik demi mereka. Apa-apa sahaja aku akan lakukan untuk membuat parents aku bangga dan gembira ada anak macam aku."
"In sha Allah. Dengan izin Allah apa yang kau impikan akan dimakbulkan oleh Allah swt."
Zulaikha tersenyum. Selesai Quraisya berkata-kata, mereka menyambung kembali kerja sekolah Add Maths yang dihentikan sebentar tadi. Sambil-sambil itu mereka menghirup udara nyaman pada waktu petang di taman mini halaman rumah Zulaikha.
*******
40 hari lagi peperiksaan SPM akan bermula. Kata orang, 40 hari sebelum peperiksaan, kita digalakkan untuk meminta maaf dengan semua orang. Ini termasuklah ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, guru-guru dan semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan dengannya. Ianya bertujuan agar para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang tanpa memikirkan sebarang masalah dengan orang lain.
Hubungan dengan Pencipta juga haruslah dijaga dengan baik. Usaha, buat dan bertawakal. Kita hanya mampu berusaha. Selebihnya biarlah Allah yang tentukan. Siapa yang usaha lebih, dia pasti akan dapat lebih. Itu janji Allah.
Jadi hari ini, guru-guru di sekolah Zulaikha mengadakan sesi memohon maaf antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru-guru. Sesi itu dijalankan pada awal pagi hari Jumaat di surau sekolah. Ramai pelajar menangis-nangis memohon ampun dan maaf sesama mereka. Zulaikha dan Quraisya tidak terkecuali.
"Sya, aku nak minta maaf banyak-banyak dengan kau sebab aku banyak buat salah dengan kau sepanjang persahabatan kita. Ketahuilah bahawa apa yang aku katakan mahupun ejek tentang kau itu tidak benar belaka. Halalkan segala ilmu yang telah kau ajar pada aku. Aku sayangkan kau. Aku tak ingin kehilangan kau. Kau begitu bererti dalam hidup aku. Semua rahsia aku ada di tangan kau. Aku percayakan kau sangat-sangat. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Maafkan aku ya, Sya?"
"Ikha, aku dah lama maafkan kau. Aku tak pernah ambil hati dengan apa yang kau katakan pada aku. Aku juga nak memohon ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Aku sayangkan kau. Aku sayangkan persahabatan kita. Tiada sesiapa yang boleh gantikan tempat kau. Aku juga tak mahu kehilangan kau. Kita buat betul-betul ye untuk SPM ni. Kita berdua boleh! Aku nak kita berjaya sama-sama. In sha Allah."
Terus mereka berpelukan dengan begitu erat sekali. Air mata tidak henti-henti mengalir di pipi kedua-dua gadis itu. Esakan mereka kedengaran begitu syahdu sekali bunyinya. Terpancar sinar keikhlasan di kedua-dua wajah mereka. Semoga persahabatan mereka kekal hingga ke syurga hendaknya. Aamiin.
*******
Setelah beberapa minit mereka berkeadaan begitu, Zulaikha pun segera melepaskan pelukan mereka. Dia tiba-tiba teringat akan sesuatu. Zulaikha segera mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Quraisya bingung melihat keadaan Zulaikha yang seperti mencari sesuatu. Zulaikha ingin mencari Azad. Ye, Khairul Azad. Dia ingin memohon ampun dan maaf sangat-sangat dengan Azad kerana dia banyak membuat kesalahan dengan Azad selama perkenalan mereka. Terutamanya dengan kejadian selipar suatu masa dahulu.
Setelah puas Zulaikha mencarinya di dalam surau, tiba-tiba dia terpandang akan kelibat Azad di luar surau sekolah. Azad sepertinya ingin melangkah keluar dari surau.
"Azad!" Jerit Zulaikha.
Segera Azad berhenti apabila terdengar Zulaikha memanggilnya dari dalam surau. Zulaikha berlari-lari anak ke arah Azad. Kini mereka berdiri antara satu sama lain sambil bertentangan mata. Mereka merasakan bahawa mereka seolah-olah berada di dalam dunia mereka sahaja. Tanpa sedar, setitis air mata Zulaikha gugur ke pipi.
"Azad, maafkan aku. Maafkan aku sangat-sangat atas semua kesalahan yang telah aku lakukan terhadap kau. Termasuk kes selipar kau dulu. Aku sedar aku sentiasa mengelat untuk bercakap dengan kau. Sebab aku takut kau akan marah aku. Dan aku tak pernah meminta maaf dengan kau. Jadi, sekarang aku betul-betul ingin memohon ampun dan maaf pada kau. Aku selalu buat tak tahu dengan kau. Aku sendiri tak faham. Aku selalu je rasa tak puas hati dengan kau. Padahal, aku tahu kau hanya nak bergurau. Tolonglah Azad. Maafkan aku."
Teresak-esak Zulaikha menangis di hadapan Azad. Matanya merah. Pipinya lencun dengan air mata. Tersentuh hati lelaki Azad melihat keadaan Zulaikha sebegitu. Tidak pernah dia melihat Zulaikha menangis sambil merayu-rayu kepadanya seteruk itu. Sungguh. Dia tidak menyangka yang Zulaikha akan meminta maaf dengannya.
Tidak dinafikan, pada mulanya Azad memang begitu marah dengan kejadian selipar tempoh hari. Setiap kali dia ingin bersemuka dengan Zulaikha, pasti Zulaikha akan berusaha untuk mengelat daripada bersemuka dengannya. Dan setiap kali dia mendapat peluang bersemuka dengan Zulaikha, pasti dia tidak dapat memarahi Zulaikha. Selepas itu, dia pasti akan mengutuk dirinya yang menjadi selemah itu ketika berhadapan dengan Zulaikha. Dia pun bingung dengan dirinya.
"Zue, aku maafkan kau. Aku ikhlas maafkan kau sebagai seorang kawan. Aku tak sangka kau akan menangis-nangis macam ni depan aku. Aku tak percaya yang kau akan terseksa sebegini rupa. Zue, percayalah. Aku tak pernah simpan dendam terhadap kau. Dulu memang aku marah. Tapi sekarang rasa marah tu semua dah hilang. Aku betul-betul maafkan kau."
"Azad, terima kasih sangat-sangat sebab sudi memaafkan aku. Aku janji lepas ni kita berkawan baik-baik ya. Aku takkan sakitkan hati kau lagi."
Zulaikha tidak menyangka Azad akan memaafkan dirinya semudah itu. Apa-apapun dia sangat bersyukur kerana Azad sudi memaafkan dirinya. Dia berjanji bahawa dia akan menjadi kawan yang terbaik buat Azad. Cukup-cukuplah mereka bertikam lidah selama ini. Zulaikha tidak larat lagi. Biarlah mereka menjadi kawan pula. Air mata semakin lebat membasahi pipi.
"Dahlah. Kau janganlah menangis lagi. Malu ramai orang tengok kita. Nanti diaorang ingat aku buat benda bukan-bukan pulak kat kau."
Segera Zulaikha menoleh ke kiri dan ke kanan. Ramai juga mata-mata yang memandang mereka. Maklumlah mereka berada betul-betul di antara surau lelaki dan surau perempuan. Malu tiba-tiba menguasai dirinya. Segera dia mengelap air mata dengan belakang telapak tangannya.
"Dah-dah. Kau ambil sapu tangan aku ni buat lap air mata kau."
Azad menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Zulaikha. Zulaikha memandang dengan riak muka yang berbeza.
"Jangan risaulah. Aku tak guna lagi sapu tangan ni. Bersih lagi suci."
Kata-kata Azad membuatkan Zulaikha tersenyum. Dia menyambut sapu tangan yang dihulurkan lalu mengelap air matanya.
"Azad, terima kasih sangat-sangat."
"Sama-sama Zue. Setiap manusia melakukan kesalahan. Aku pun apa kurangnya. Selalu menyakat kau. Kau pun maafkanlah aku ya."
"Aku dah lama maafkan kau. Apalah sangat yang kau buat dekat aku berbanding apa yang aku buat dekat kau."
Azad tersenyum.
"Takde apalah. Selipar tu pun aku dah buang. Selagi selipar tu ada kat rumah aku, selagi tulah aku kena ejek dengan abang aku. Malu aku dibuatnya. Tapi aku peliklah, macam mana selipar tu boleh berubah warna pink? Kau buat apa dekat selipar tu?"
Tanya Azad kehairanan. Zulaikha menggigit bibirnya. Mencari ayat yang sesuai untuk dijadikan jawapan kepada persoalan Azad itu.
"Err... Sebab aku letak clorox kot. Tu yang bertukar warna tu. Hehe."
"Oh, ye ke. Takpelah. Benda nak jadi. Lupakan jelah tentang kejadian tu. Sekarang ni pun kita dah berkawan kan. Aku harap persahabatan kita akan berkekalan selamanya."
"Aamiin. Mudah-mudahan."
Mereka berpandangan sekali lagi. Sekali lagi mereka merasakan bahawa hanya ada mereka berdua sahaja di situ. Zulaikha berasa lain dengan pandangan Azad. Sungguh lain sekali. Pada pandangan matanya, dia merasakan Azad itu nampak sedikit kacak berbanding sebelum ini.
'Hensem jugak Azad ni', monolog Zulaikha.
'Cantiknya lah senyuman dia', monolog Azad.
"Ehem-ehem"
Mereka berdua terus tersentak. Zulaikha dan Azad terkejut melihat kehadiran Quraisya di antara mereka berdua. Perasaan malu menyelubungi diri.
"Okaylah Zue. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."
Azad meminta diri. Dia berasa malu dengan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi. Dia berasa sungguh bahagia sekali. Dunianya terasa indah. Senyuman menghiasi bibirnya sepanjang perjalanannya.
"Okey Azad. Waalaikumussalam."
Jawab Zulaikha dan Quraisya.
"Lain macam aku tengok korang berdua tadi. Ada pape ke?"
Soal Quraisya bingung. Sambil-sambil itu sempat lagi dia mengusik Zulaikha. Keningnya diangkat sebelah.
"Ah kau ni. Takde papelah. Cuma aku dengan Azad sekarang dah berkawan. Tadi aku minta maaf dengan dia tentang kes selipar tu. Nasib baik dia maafkan aku. So, sekarang aku dah bebas. Bebas dari rasa bersalah aku terhadap dia. Lega hati aku."
"Oh. Baguslah kalau macam tu. Tak guna bermusuh-musuh ni. Suka aku tengok korang berdua tadi. Huhu."
"Haha. Dahlah. Jomlah masuk kelas. Pelajaran dah nak mula ni."
Segera mereka beredar dari situ dan melangkah ke kelas mereka. Zulaikha menyimpan sapu tangan yang diberikan Azad ke dalam poket bajunya. Langkahnya penuh dengan kegembiraan. Senyumannya tidak lekang di bibir.
*********************************
Satu.. Dua.. Oh mak ai.. Lebih kurang seminggu baru aku nak update aku punya part cerita. Haiyya.. Sungguh lama sekali. Bukannya apa. Korang tau kan yang aku gi Sarawak. That's why la it takes a long time. Ehe. Sorry kay guys. Kan aku dah bagi souvenirs. Muehehehe. Ok. Next, the fifth round. Go Eyza Go! huhuhu.. :D
Bukan main lagi ye si Zue dengan Azad kat surau.. bikin panas je!
ReplyDelete