Sunday, 30 December 2012

14 : Heart Track by Ellyna

Khairul Azad menghenyakkan tubuhnya ke katil. Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa? Azad memejamkan matanya. Argghhh! Bodohnya kau Azad! Kenapa kau buat dia menangis?

Poster Linkin Park di dinding kamar yang berwarna biru laut itu dipandang kosong. Wajah ceria Zulaikha menerjah ke dalam ingatan, sungguh manis senyuman itu, sungguh comel wajah Zulaikha apabila tersenyum begitu. Wajah yang mampu membuatkan dirinya tak keruan. Zulaikha, maafkan Azad, Azad tak sengaja, Azad tak niat pun nak kecilkan hati Zue. Tak terdetik pun. Dia menggeleng penuh kekesalan. Matanya berair. Khairul Azad tak pernah sekali pun mengalirkan air matanya hanya kerana perempuan, tapi kali ni, air mata lelakinya tidak dapat ditahan daripada mengalir. Maafkan aku Zulaikha. Maafkan aku.
Azad bangun lalu menyeluk poket beg slingnya di hujung katil. Earphone dicapai lalu disambung ke phone Sony Ericsson J20inya. Earphone disumbat ke telinga. Ikon radio di dalam phone dihidupkan. Siaran radio yang sedia ada tidak diambil pusing. Matanya dipejamkan sambil melayan lagu yang diputarkan oleh DJ.
 

**********
Laci meja dibuka, diari kecil dibuka. Dia mengusap diari yang sudah lama tidak dibuka. Air matanya mengalir apabila teringatkan kejadian di Secret Recipe. Zulaikha mengelap air matanya dengan belakang telapak tangan.

Zulaikha menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya dipejam rapat. Air mata mengalir lagi. Kali ini air mata itu dibiarkan mengalir. Diari diletakkan di sebelahnya. Dia bangun dengan malas dan radio terus dipasang untuk menghilangkan rasa sedih yang berbuku. Aishh..mana la lagu yang best.. punat radio ditekan lagi untuk mencari siaran radio. Gotcha! Eh? HotFM? Err bolehlaa.. Nak cari FlyFM radio ni susah sikit. Dengar aje la apa yang ada.
Suara Faizal Ismail yang terkenal dengan gelaran FBI berkumandang di corong radio. Lagu Lagi dan Lagi oleh Andra and The Backbone dimainkan.

Aku memang salah
Aku memang hina
Maafkanlah untuk semua


Apa yang terjadi
Tak mungkin kembali
Kini ku sendiri lagi


Karna kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Teriris lagi tercabik lagi


Aku memang salah
Aku memang hina
Maafkanlah untuk semua


Kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Karna kulewati batas
Melukai lagi dan lagi
Dan aku tak bisa tuk mengakhiri


Khairul Azad tersentak apabila mendengar lirik lagu tersebut. Matanya terus dipejam. Zulaikha? Serba salah menyerbu diri.

 
Apa yang terjadi
Tak mungkin kembali
Kini ku sendiri lagi


Karna kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Karna kulewati batas
Melukai lagi dan lagi
Dan aku tak bisa tuk mengakhiri


Aku memang salah
Aku memang hina
Maafkanlah untuk semua


Kau memang tak pantas
Tersakiti lagi dan lagi
Karna kulewati batas
Melukai lagi dan lagi


Kau memang tak pantas
Buat diriku ini tak tau diri
Kini ku sendiri lagi
Tak ada yang menemani
Dan jangan kembali…….lagi


Air mata Zulaikha makin laju mengalir mendengar bait-bait lagu tersebut. Muka terus ditekup dengan bantal.
 
**********

“Hey bro! Cheer up la. Kenapa ni?” Khairul Azad menggeleng. Farish menepuk belakang Azad. “Ni sah kau ada masalah cinta.” Duga Farish. “Aku tahu la perangai adik aku sorang ni. Muka macam tikus tertelan belacan campur budu gitu tipu la kalau tak ada masalah.” Farish mencapai botol air Revive di dalam beg slingnya. Penutup dibuka, bibir botol dibawa ke mulut. Aiseh.. lega.. Khairul Azad masih tetap membisu. Farish di sebelah dikerling sebentar, ‘Ewah mamat ni, wat iklan pula, tahula kau tu hensem.’ Desis hatinya. Matanya dipandang ke hadapan semula melihat budak-budak kecil main layang-layang.
Farish menghulurkan botol Revive ke arah Azad. Lambat-lambat botol itu diambil. Azad membuka menutup dan terus minum. Botol diberikan semula. “Hey bro. Habis air aku kau minum.” Farish menggeleng. Azad tersentak. “Eh, bila masa aku minum?” dengan muka toya Azad menjawab. “Ah sudah. Parah la kau ni.”

Azad melihat seorang budak perempuan bergaun merah dalam lingkungan 4 tahun sedang bermain layang-layang bercorak kartun Angry Bird. Comel sungguh budaknya, dia berlari-lari tarik layang-layangnya supaya dapat terbang tapi angin terlampau kuat sampai layang-layang tersebut tidak dapat terbang. Gaun yang dipakainya juga menggerbang ditiup dek angin.

“Azad, tengok budak tu. Comel kan?” Farish bangun dari silanya menuju ke arah budak perempuan itu. “Wei, kau nak pergi mana?” Farish tidak menjawab. Azad hanya memerhati setiap langkah Farish.
“Adik nak abang tolong tak? Kesian Angry Bird tu tak dapat terbang.”

Budak perempuan itu mendongak memandang Farish. “Terima kashih. Takpela abang, mama saya tak bagi cakap dengan orang yang tak kenal. Assalamualaikum.” Pelat-pelat budak itu berkata-kata. Farish tersenyum.

Farish melutut agar ketinggiannya dengan budak itu separas. “Eh? Adik tengok muka abang ni macam budak jahat ke?” Budak perempuan itu menggeleng. “Meh sini, abang tolong terbangkan Angry Bird tu.” Budak perempuan itu memberikan tali yang dipegang kepada Farish. “Abang jangan curi tau.”
“Okey tapi adik kena tolong abang terbangkan Angry Bird ni. Boleh?” Budak perempuan itu teruja mendengarnya. “Nah, kartun Angry Bird ni adik pegang, tali ni abang pegang. Nanti bila abang lari, adik pun kena lari. Bila abang kira satu, dua, tiga, adik lepas. Okey?”

“Ait.. Ait Tuan.” Farish tergelak melihat keletah budak perempuan itu.
“Okey, jom, lari.” Mereka berdua berlari-lari anak di padang macam adik-beradik je. Farish melihat dan menguji kesesuaian kelajuan angin untuk memastikan layang-layang tersebut dapat terbang tinggi ke awan. Hensem juga mamat ni bila rambut dah kena tiup dengan angin. “Okey, satu, dua, tiga. Lepas.” Serentak itu budak perempuan itu melepas layang-layangnya sambil menolaknya ke atas dan akhirnya layang-layang itu terbang. Farish mengawal tali layang-layang itu dengan baik. Fuh, tak sangka, dah 10 tahun tak main tapi masih handal macam waktu kecil-kecil dulu. Farish sudah kembang sebelanga.

“Wahhh hebatnya abang!” Budak perempuan itu menepuk-nepuk tangannya. Tali layang-layang bertukar tangan. “Terima kashih abang.”
“Sama-sama adik. Nanti-nanti jumpa lagi. Nama adik sape?”

“Nia, mama panggil Nia. Nama penuh, Rania.” Rania masih leka melihat layang-layang Angry Bird di langit.

“Okeylah Nia, abang balik dulu.”
Farish berjalan menuju ke arah Azad. “Azad aku ciao dulu. Kalau kau rasa tak tenang, rasa hati tu sedih, kau solat, minta Allah petunjuk. Jangan liat sangat nak solat sebab solat ni tuntutan agama. Ni bukan aku yang suruh tapi Pencipta kita dan Nabi kita yang suruh. Banyakkan berdoa dan berzikir. Jangan layan sangat perasaan tu.”

“Okey bro. Next time jumpa lagi. Sorry, aku takde mood hari ni.” Azad serba-salah. Farish membuat symbol O.K dengan tangannya sebagai tanda okey lalu melangkah pergi.

**********
“Rania, abang Ayish rindu giler kat Rania. Foto Rania dipandang lama.” Wajah Rania tersenyum menampakkan lesung pipinya sambil memeluk belon. Rania Zafira, iaitu adik Farish yang telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu kerana demam panas sewaktu berumur 6 tahun. “Kalau Rania ada tadi mesti seronok, tadi abang jumpa budak perempuan nama dia Rania jugak, dia main layang-layang. Comel macam Rania. Kalau Rania ada lagi mesti Rania dah besar sekarang ni, dah masuk 16 tahun.” Farish tersenyum sendiri. Farish bangun lalu mengambil wuduk dan solat maghrib. Selepas solat, dia mendoakan semoga roh adiknya tenang di sana. Amin.
 
**********

“Minah blonde tu sape?” Quraisya mundar-mandir. “Agak-agak Zue kisah ke bila nampak cikgu kesayangan dia dengan minah blonde tahap tak ingat dunia tu?” Quraisya menggaru-garu kepalanya. Hak elah, kau pula yang busy body.. biaq pilahhh…

**********
“Azad, kau dah minta maaf kat Zue?” tanya Quraisya. “Belum.”

“Zulaikha tu asal? Nak menggedik sangat? Nak touching lebih-lebih. Aku relax je.” Miera menyampuk.
“Eh, kau senyaplah! Tak payah nak menyampuk. Ni takde kena mengena dengan kau jadi kau senyap.” Quraisya sudah menembak Miera. Miera membuat muka gedik. “Meluat aku tengok. Kau jangan nak kutuk Zue. Dia tak sama macam kau.” Entah kenapa Quraisya naik angin apabila mendengar kata-kata Miera. Miera beredar dari situ sambil melenggang-lenggang penuh kegedikan.

“Azad, kau cubalah buat yang terbaik. Berbaik dengan Zue. Aku tak suka tengok keadaan korang berdua macam ni. Tak seronok. Aku lagi suka tengok korang bergaduh macam dulu tapi bukan bergaduh macam ni. Kau faham kan maksud aku?”
Azad memandang wajah Quraisya. “Aku cuba tapi aku tak janji.” Azad  mengeluh.

**********
“Hello Quraisya, Sabtu ni datang rumah aku. Lepas zohor kau datang, sebelum zohor kau nak datang pun takpe, solat kat rumah aku je habis cerita.” Zulaikha memintal-mintal wayar telefon.

“Mana salam kau? Assalamualaikum di sana. Asal? Ada apa Sabtu ni sampai aku kena datang rumah kau.”
“Hehe, waalaikumussalam. Panggung Sabtu minggu ni cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai. Datanglah weih. Tengok Shahrukh dengan Kajol. Datanglah weih. Boringlah aku tengok sorang-sorang. Jomlah.” Zulaikha merengek-rengek di hujung talian.

“Hek eh? Sebab Rahul dengan Anjali?”
“Yelaa… Jomlah sayangku.”

“Mulalah tu buat perangai ngada-ngada dia. Yelaa… aku datang.”
Zulaikha menjerit bersorak. “Kau tak payahlah menjerit. Pekak telinga aku nanti.”

“Yeahha yang penting kau datang Sabtu ni. Okey bye darling.”
“Okey bye sayang. Wek geli-geleman aku mendengarnya. Haha.”

“Kalau tak meraban itu tak normal namanya. Okey tata."

"Zue, tunggu jap!"

"Kenapa Qur?"

"Jangan panggil aku Qur boleh tak? Hanya Opah aku aje yang dapat mandat untuk itu."

"Okey, sorry. Kenapa Hanis Quraisya?"

"Kau dah okey? Dengan Azad?"

"Err haha entah. Aku taknak cakap pasal ni yang penting aku bahagia."
"Kau tak payahlah nak gelak, aku tahu tu bukan cara kau gelak. Aku tahu tu bukan kau."

"Ngee.. comel tak aku senyum ni? Kalau kau nampaklah. Tak percaya pulak dia."

"Apa-apa pun, kau jangan layan perasaan sangat, aku kenal kau Ikha, bukan sehari aku kenal kau, bukan seminggu, bukan sebulan tapi dah 8 tahun aku kenal kau. Aku sayang kau, aku rindu kau yang dulu."

"Apa kau merepek ni sayangku." Mata Zulaikha sudah mula berkaca tapi cuba ditahan daripada mengalir kerana Quraisya cukup mengenali dirinya, caranya, dan nada suaranya.

"Haha, aku teremo pulak. Weih Zue, Zinger Burger dengan sape hari tu?" Quraisya mengubah topik.

"Mana la aku tahu. Eh, mama aku dah bising ni, dia suruh aku tidur. Selamat malam. Jumpa esok. Bye."

"Okey. Bye."

Hurm, Cikgu Zihni dengan siapa eh hari tu?
 
*****************

Ini Part 14 cerita ni. Haha. Maaf lambat. Memang lambat giler Ellyna post kali ni. Sorry ye my friends. Cite kali ni macam tak best je tapi terima kasih sebab baca. Comment je kalau rasa nak comment. Cerita ni dah di update untuk kali kedua. harap maklum kepada pembaca. thank you. arigato gozaimasu. Next is Kyra waka waka eh eh.. :D hehu..  

3 comments:

  1. One of the best entries ever. Suka that part main layang-layang. ...and amboi, iklan revive ye? Haha. Apaper pun, hope Azad dpt go through segala kesusahan to seek for forgiveness. Zue seems keras kepala je. Haha.

    ReplyDelete
  2. Chapter 14 sudah di update semula.. harap maklum.. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. part layang-layang tu susah juga nak buat bagi real, susah nak describe keadaan waktu tu kat taman tu.. :) iklan Revive memang terbaik.. Air nya sedap.. :) Azad, good luck minta maaf kat Zulaikha.. Zulaikha dah kecik hati jadi, hurmm pandai-pandai Azad la yep.. :)

    ReplyDelete